moga2 barokah mendahului...

Tuesday, February 28, 2012

bahagiakah???

bercakap soal bahagia pastinya dengan yakin ramai akan berkata saya sudah menemui kebahagiaan...ada rumah besar,suami@isteri yang handsome@cantik,ada anak-anak yang cute,ada pekerjaan yang bagus dan macam-macam lagilah....tapi apa sebenarnya bahagia ni???ish2...susah jugak...lebih susah dari addmaths lagi...

bahagia itu subjektif...kadang-kadang daripada luaran kita nampak seseorang itu sangat bahagia dan gembira namun disebalik semua gelak tawa dan senda guraunya tidak mustahil terselit seribu kedukaan yang sedang menghimpit...

ikutkan pandangan mata,mata akan menipu,ikutkan pandangan nafsu sering melulu tapi jika kita ikutkan pandangan hati itulah yang hakiki..yang pastinya akan membawa kita kebahagiaan abadi...

tapi bukannya senang untuk mencari pandangan hati yang benar-benar ikhlas dan suci kerana hati kita sering kalah dengan hawa nafsu,sering tertipu dengan pandangan mata...

namun walau apapun,sentiasalah mencuba untuk mendekati Ilahi kerana kita tak akan pernah rugi...
cintakan Ilahi dan berusaha untuk melakukan hal-hal yang disukai-Nya sebanyak mungkin...
insya Allah,kita akan merasa bahagia...
kedengaran mudah tetapi untuk mengamalkannya tidaklah semudah itu tapi berusahalah selagi yang termampu kerana Allah menilai kepada usaha bukan pada hasilnya...
selamat berbahagia!!!

anda boleh melawati:



wallahualam...

5 target


  • membentuk peribadi muslim yang patuh kepada Islam secara menyeluruh.
  • membentuk keluarga yang Muslim
  • membentuk masyarakat Islam.
  • membentuk negara Islam.
  • membentuk semula sistem khilafah
anda boleh melawati:

Saturday, February 25, 2012

To Allah we return...

sememangnya hidup ini bukanlah seindah yang kita jangka...kerana ianya penuh dengan dugaan dan cabaran... dan semua itu semata-mata untuk menguji keimanan hamba-hamba yang di kasihi-Nya...Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya...terjemahan ayat al-Quran itu begitu mendalam ertinya namun diri ini bukanlah seseorang yang mahir dalam menafsirkan ayat-ayat Allah yang suci itu...namun yang pasti ayat itu banyak mengajar kita untuk terus bersabar,terus berusaha dalam melewati hari-hari yang sukar...

dunia hanyalah merupakan perhiasan yang tidak kekal...setiap apa yang terjadi dalam hidup kita...yang pernah kita lalui,tidak kira sama ada pahit ataupun manis pasti mempunyai hikmah disebaliknya...apa yang penting pegangan kita dengan janji-janji Ilahi yang sememangnya pasti...

mungkin pada awalnya kita akan merasakan sedikit perit dan sakit kerana kita semua hanyalah insan biasa yang memiliki kelemahan tersendiri...tapi jangan lupa kerana kita juga memiliki kelebihan yang tersendiri...asif jiddan kerana kali ini memang ketandusan idea untuk dikongsikan...

Allah did not promise that life would be easy but He did promise that He would be with you in every single step of our life as long as you want Him too...

syukran sahabatku,Ilya atas kiriman mesej yang begitu bermakna...

harap post yang terlalu pendek ini dapat menyuntik sedikit rasa insaf dalam sanubari diri saya dan anda semua...


sinarilah hidupmu dengan nur iman...

Tuesday, February 21, 2012

aku cemburu...


setiap kali merenung wajah adik lelakiku yang baru berusia setahun dua bulan itu,aku merasa cemburu.cemburu bila memikirkan betapa dia masih suci,masih belum ternoda dengan sebarang dosa.begitu jauh sekali dengan diri aku ini yang seringkali membuat dosa.diri ini sudah terlalu kotor dipaliti dengan maksiat.andai dibandingkan dengan pasir di muka bumi ini pastinya dosa aku melebihinya.

dosa...sesuatu yang paling ditakuti oleh semua manusia...namun bila aku melihat dunia hari ini,aku menjadi bingung.manusia seakan-akan langsung tidak mengenal erti apa itu dosa...kemungkaran dilakukan tanpa segan silu....ke mana hilangnya jati diri Muslim?seandainya beginilah sikap manusia sekarang,tidak mustahil jika satu hari nanti sudah tiada lagi nilai Islam di dunia ini...

ketika itu juga aku mula terfikir apa yang aku telah lakukan?adakah hanya sekadar berdiam diri dan menjadi penonton setia?aku menggeleng...betapa hinanya diri ini...jika tidak mampu berbuat apa-apa untuk Islam...

aku merenung lagi ke dalam diriku...

Monday, February 20, 2012

ku ikhlas mencintaimu,sahabat...

   dia masih ingat lagi ketika dia baru mengenali Idham.Ketika itu jiwanya kosong,hidupnya hambar,atmanya seakan-akan mencari sesuatu.Tapi dia tidak pasti apa yang dicari.Kemewahan hidup yang dimiliki seakan tidak memberi apa-apa makna.Dia keresahan.Dia kebuntuan.
 
  "jauh termenung."suara itu membuatkannya berpaling.lelaki yang menegurnya hanya tersenyum.mesra.wajah itu kelihatan begitu tenang.pandangannya masih terlekat di wajah itu.

   "kamu ada masalah?"lelaki itu bertanya ramah.entah kenapa jiwanya sedikit tersentuh dengan keprihatinan lelaki itu namun mulutnya seakan terkunci menyebabkan dia hanya mampu berdiam diri.memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong.lelaki itu kembali bersuara.

   "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."Allah.buat pertama kalinya nama itu terpacul daripada mulutnya setelah sekian lama dia hidup.ketika dia berusia 6tahun,dia tidak pernah meninggalkan solat tapi itu semua dulu,sekarang sudah lain.Sudah lama dia tidak bersolat apatahlagi mengaji.

   sejak dari itu dia mula mengenal Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Idham banyak membantunya.Dia mula memahami erti persahabatan yang semata-mata untuk mencapai keredaan Ilahi.Hidupnya mula disulami dengan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.

   namun sejak akhir-akhir ini dia dapat merasakan Idham semakin menjauhkan diri daripadanya.berkali-kali dia cuba menafikan perasaan itu tapi itulah kenyataannya.Idham sudah jarang datang melawatnya di pejabat mahupun di rumah.telefon tidak pernah diangkat.

   hari itu dia dikhabarkan dengan satu berita.rupa-rupanya Idham mengalami masalah buah pinggang.kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi dan memerlukan penderma.mungkin Allah memberinya peluang untuk dia membuktikan betapa dia mencintai sahabatnya itu semata-mata kerana Allah swt.Yang pasti dia tidak perlu tahu hal itu...


keimanan adalah paksi,
bilamana kita mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
kita akan berusaha membuatnya bahagia,
dan berkongsi apa-apa sahaja agar dapat sama-sama melangkah ke syurga,
di saat dia gembira kita akan merasa senang,
di saat dia sedih kita akan merasa gundah,
itulah yang dinamakan sahabat...


Saturday, February 18, 2012

langkahlah untuk berhijrah

5H

  • HATI-kuat azam untuk insaf...
  • HAMPIRI ORANG2 YANG POSITIF
  • HINDARI ORANG2 YANG NEGATIF
  • HAJAT-bermatlamat penting dan berazam untuk mencapai matlamat
  • HIJRAH-bersama-samanya ada rahmat
ciri sahabat yang baik ialah membimbing ke arah kebaikan...
jadi bersama-samalah kita melestarikan erti persahabatan yang telah dibina...
salam ukhwah...

palestin...nantikan aku


Kesunyian malam menggamit memoriku menerjah silam.Perlahan-lahan mindaku semakin hanyut dibuai kenangan lalu yang pastinya tidak mungkin aku lupakan. Keganasan manusia yang telah meragut nyawa kesemua ahli keluargaku dengan rakusnya.Aku sering bertanya pada diriku,apakah di muka bumi ini hanya ada aku dan ahli keluarga serta penduduk Palestin yang berjuang untuk Islam?Di mana saudaraku yang lain?Yang berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad?
Aku jadi penasaran.
            Di saat itu,aku baru berusia enam tahun.Apalah sangat yang aku tahu?Sekadar bermain pondok-pondok pada setiap petang dan belajar mengaji pada waktu pagi.Kami sekeluarga hidup bahagia hinggalah satu ketika,walid pulang dalam keadaan tergesa-gesa dan meminta kami melarikan diri.Aku terdengar perbualan walid dan umi namun aku langsung tidak memahaminya. Hanya satu perkataan yang masih kukuh terpahat di ingatanku.Zionis laknatullah. Ya,aku pasti dengan itu.Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang di telingaku suara-suara yang menjerit ketakutan.Masih terbayang-bayang wajah-wajah yang menangis kesakitan.
            “Umi mesti bawa anak-anak kita pergi dari sini sekarang juga.Tempat ini sudah tidak selamat untuk kita tinggal.”Jeritan walid mengejutkan kami semua.Walid berjeda seketika.
            “Zionis laknatullah telah menyerang kawasan kita.Mereka mahukan tempat ini.Mereka mahukan masjid al-Aqsa.”Umi sudah mula menangis.Walid memeluk umi.Erat.
            “Macam mana dengan abang?”Walid hanya tersenyum sambil tangannya mengelus-ngelus rambut umi.
            “Hidup abang hanya untuk berbakti kepada bumi Palestin.Abang akan pertahankan masjid al-Aqsa.Jangan risaukan abang.Kamu harus pulang ke Malaysia.Doakan abang syahid di sini.”Air mata umi menitis semakin laju.Umi hanya mengangguk lemah.
            Walaupun berat untuk umi tempuhi,umi tetap tabah.Tambahan pula,umi sedang sarat mengandung.Sememangnya itulah pengorbanan yang harus diberikan buat suami tercinta.Buat terakhir kalinya walid mencium dahiku.Aku yang tidak mengerti apa-apa hanya membatukan diri.
            “Abang janji dengan walid mesti jaga umi dan adik.”Walid sempat berbisik di cuping telingaku.Anggukanku membuatkan walid tersenyum.Peluru-peluru semakin lebat menghujani kami semua.Aku hanya mengekori ibu sambil tanganku memegang erat tangan Hana.Satu-satunya adik perempuanku yang baru berusia empat tahun.
            Petang sudah mula merangkak ke malam.Aku lihat ibu mulai kepenatan.Nafas ibu tercungap-tercungap.Aku juga sudah keletihan kerana harus menggendong Hana.Kami berhenti rehat seketika.Kerana keletihan,kami tertidur. Malang tidak berbau kerana tentera Zionis Berjaya menemui tempat persembunyian kami.Di depan mataku,umi diperkosa dan kemudian perut umi dibelah dan janin yang berada di dalam perut umi ditarik keluar.Aku melihat umi hanya tersenyum sebelum menghembuskan nyawanya yang terakhir.Jelas kedengaran kalimah syahadah di mulut umi.
            Tentera Zionis bertambah berang dengan perlakuan umi yang sepertinya mengejek mereka.Tanpa perikemanusiaan mereka memperkosa pula Hana.Air hangat mula mengalir laju membasahi pipi.Hana meronta-ronta kesakitan.Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana kedua tangan dan kakiku diikat.Mereka akhirnya mengacukan senapang di setiap penjuru tubuh Hana.Di tangan,kepala, kaki dan perut.Dalam sekelip mata mereka melepaskan tembakan.Bang!!!Darah memercik keluar.Badan Hana hancur berkecai.Aku terduduk.Walid,maafkan abang.Mereka ketawa terbahak-bahak.Aku tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.Seingat aku,aku terjatuh dan kepalaku terhantuk batu.

HOSPITAL SELAYANG,KUALA LUMPUR
            Al-Amin melihat sekeliling.Kelihatan walid,umi dan Hana sedang melambai ke arahnya.Umi sedang menggendong seorang bayi.Adik.Aku bermonolog sendirian.Mereka hanya tersenyum memandangku.Walid menghampiri lantas membisikkan sesuatu.
            “Walid tak pernah salahkan abang.Begitu juga dengan umi dan Hana.Kami sayang abang dan akan sentiasa menanti abang di sini.”Walid mengatur langkah.Meninggalkan aku yang masih kaget.Mereka semua akhirnya hilang disebalik cahaya.Al-Amin menangis sepuas-puasnya.
            “Alhamdulillah,adik dah sedarkan diri.”Lelaki itu hanya tersenyum mesra kepadaku.Aku memerhati keadaan sekeliling.Tempat ini begitu asing untukku.
            “Adik jangan risau,segalanya selamat.Berehatlah dulu.”Mataku terpejam semula.Rupa-rupanya aku sudah berada di Malaysia.Lelaki tadi merupakan adik lelaki arwah ibukuMungkin ini yang terbaik untuk diriku.
           
KEM TAHANAN,GAZA
            “Kamu yakin dengan keputusan kamu?”Jeneral Hallens bertanya.Sinis.Ketawanya begitu mengjengkelkan.Tangannya pantas menghalakan sebilah pedang  di leher walid.Sambil tersenyum,walid mengangguk pasti.Allahu akbar.Pedang itu akhirnya memisahkan kepala walid daripada tubuhnya.Walid telah syahid.

                                                                    

            Namun aku sedih sekali melihat masyarakat di sini yang semakin alpa dengan kehidupan mereka.Hukum Allah sudah tidak dihiraukan lagi.Yang ada hanya kehendak untuk memuaskan nafsu serakah.Sungguh,aku amat kecewa melihat sikap masyarakat di sini yang langsung tidak mensyukuri nikmat Tuhan.Tunggulah tuntutan daripada kami di padang Mahsyar kelak.Aku nekad walau apapun yang terjadi,aku pasti kembali semula ke Palestin.
           
            “Palestin,nantikan aku.”
            

SECEBIS HARAPAN



Tanpa kusedari air mata tiba-tiba bercucuran membasahi pipi.Suasana khali  seketika.Keriuhan para mahasiswa yang berada di sekitar seakan tidak langsung memasuki ke dalam mindaku.Kisah silam mula melayari cepu fikiranku.Satu demi satu peristiwa hadir di minda seperti sebuah skrin.Semakin menyesakkan dan memedihkan.Begitu menusuk hingga ke relung hati.Cikgu Lee.Tiba-tiba nama itu meniti di bibirku.
Madrasah Al-Islam.Pertama kali kakiku melangkah ke sini,aku menggalas satu misi.Mencari ilmu sebanyak yang mungkin.Sewaktu itu aku masih mentah,masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan.Aku berharap agar aku akan mendapat secebis harapan untuk meneruskan perjalanan hidupku yang penuh dengan mehnah dan onak duri.
            Pada mulanya keputusanku begitu memberangsangkan.Setiap kali imtihan,aku akan dinobatkan sebagai pelajar contoh.Aku begitu mengharapkan kepulangan ibu bapaku untuk bersama-sama berkongsi kebahagiaan itu.Namun,aku semakin bosan untuk menanti dan terus menanti.Jiwaku begitu dahagakan kasih sayang daripada mereka.Tidak dapat kunafikan,kasih sayang nenek begitu melimpah namun kasih ibu bapa tiada tandingannya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya.
            Kisah hidupku tidaklah begitu menarik.Ayahku meninggal kerana terlibat dengan dadah.Sewaktu itu,aku baru berusia sepuluh tahun.Bayangkan pada usia yang sebegitu muda aku terpaksa hidup dalam cemuhan masyarakat.Aku hanya tinggal berdua bersama ibuku sehinggalah hadir seorang insan yang ku kira sebagai penyelamat ke dalam hidup kami.Uncle Chen.Tulus,aku amat menyenangi sikapnya yang peramah dan mudah mesra.Senang cerita,Uncle Chen sudah kuanggap seperti seorang ayah.Namun,kedukaan menjengah kembali ke dalam kamus hidupku.Uncle Chen melarikan diri bersama ibu ke Thailand.Aku keseorangan.Kesepian.Mujur ada nenek yang mampu mengisi kekosongan itu walaupun tidak sepenuhnya.
            Aku dapat merasakan semakin lama aku semakin hanyut.Alpa tujuanku datang ke sini.Aku inginkan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang aku mahu tanpa perlu dikongkong oleh sesiapapun.Jiwaku  memberontak.Lepak,rokok,lumba haram seakan sebati dengan hidupku.Litar mana yang tidak pernah aku jejaki?Lorong mana yang tidak pernah aku tempuhi?Juara Rempit.Gelaran itu sudah sinonim dengan hidupku.
            “Mir,jadi tak malam ni?”aku mengangguk.
            Malam ini merupakan penentu kalau kehebatan aku di litar lumba memang tidak boleh ditandingi.Aku memang pantang dicabar.Malam itu,seperti biasa aku .Aku tersenyum puas.Tiba-tiba telingaku menangkap suatu bunyi yang begitu membingitkan.Aku terdiam.Polis!!!Peluh dingin mula memercik di dahiku.Dalam kekalutan,aku dapat merasakan aku telah melanggar sesuatu.Segalanya kabur dipandanganku.
            “Amir,apa dah jadi ni?”lirih suara nenek kedengaran di cuping telingaku.Aku melilau memandang sekeliling.Tempat ini begitu asing di mataku.Disebalik gerigi besi yang memisahkan aku dengan dunia luar.Nenek masih memegang erat tanganku.Diwajahnya tergambar kekecewaannya padaku.Maafkan aku nenek.Pegangan nenek semakin mengendur.Nenek masih mampu tersenyum ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku tergamam.’Ah,persetankan semua ini.Lepas ni kau bebas melakukan apa saja Amir.’Keesokannya aku dibebaskan.Sejak itu merokok menjadi rutin harianku.Pelajaran sudah lama aku tinggalkan.
             
            “Amir,kamu sedar tak apa yang kamu lakukan ini akan menjejaskan masa depan kamu sendiri?”
            “Aku bahagia dengan hidup aku.Kau tak perlu susah-susah habiskan masa layan orang macam aku ni.”Jawapan itu membuatkan Cikgu Lee terdiam seketika.Dia menunduk.Aku masih tidak berganjak.Azan Zohor mula berkumandang memecah kesunyian antara kami.Entah kenapa aku merasakan diriku begitu kerdil di bumi ciptaan Tuhan ini.Air mataku mula menitis membasahi pipi.Timbul rasa insaf di hatiku. Namun keegoan melangkaui segalanya.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi aku balik dulu.”Tanpa menunggu sebarang jawapan aku membuka langkah meninggalkan ruangannya.
Bermula dari hari itu,Cikgu Lee tidak pernah berhenti bertanya khabarku.Kadang-kadang dia akan memberiku hadiah.Anehnya,hatiku terasa bahagia walaupun akalku masih belum mampu menerima.Dalam diam,aku mula menyayangi Cikgu Lee sebagai seorang abang yang selalu memberikan aku dorongan dan semangat untuk terus hidup.Namun perasaan itu tidak pernah aku pamerkan kerana aku masih sangsi dengan keikhlasannya.
            “Kau tahu tak sebenarnya Cikgu Lee tu ada AIDS.Aku tak boleh nak bayangkan macam mana kalau penyakit tu merebak.Aku tak nak jadi mangsa”.Dadaku mula berdegup kencang.Mail tersenyum sinis memandangku.
            “Biasanya,kalau orang yang ada penyakit macam tu bukan orang baik-baik.Entah apa yang dia lakukan sampai dapat virus tu.Mana tahu,depan kita punyalah baik,pijak semut pun tak mati tapi rupa-rupanya penagih dadah macam ayah si Amir.Agak-agaknya orang yang rapat dengan Amir semuanya kena musibah,tak hairanlah kalau mak sendiri tak nak mengaku anak”.Mulut Mail semakin lantang berbicara.Aku terkedu.Kenapa mesti diungkit hal yang telah berlaku?
            Aku hanya mampu berdiam diri.Hatiku hancur.Benarkah Cikgu Lee seperti itu?Aku tak sepatutnya mempercayai bangsa lain.Pesan arwah datukku masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Seperti baru semalam aku berbual dengannya. Aku mara ke ruangan Cikgu Lee.
            “Aku benci kau.Kenapa kau buat aku macam ni?Kau memang tak ada perasaan”.Aku melepaskan kemarahan.Segala barang yang pernah aku terima aku lemparkan ke lantai.Hatiku puas.Menyedari kami menjadi perhatian umum,laju langkah ku atur meninggalkan Cikgu Lee yang masih terpinga-pinga.Aku sempat menoleh ke belakang.dia hanya memandangku dengan pandangan yang kosong.Sejak itu aku langsung tidak berhubung dengan Cikgu Lee sehinggalah suatu hari Cikgu Asmadi datang menemuiku di asrama.
            “Amir,sebenarnya orang yang ikat jamin awak hari itu ialah Cikgu Lee.Dia suruh cikgu merahsiakannya kerana takut Amir akan salah faham.”Belum sempat aku membuka langkah,Cikgu Asmadi memaut lenganku.Kemas.
            “Kamu nak ke mana?”
            “Saya nak jumpa Cikgu Lee.Saya nak minta maaf.Banyak salah saya dengan dia.”
            “Dah terlambat.”Dahiku mula berkerut seribu, tanda tidak memahami apa yang Cikgu Asmadi perkatakan.Suasana khali seketika.Aku masih menanti Cikgu Asmadi menyambung percakapannya.
            “Dia dah tak ada.Dia tinggalkan kamu sepucuk surat.Dia dah maafkan kamu.”Aku terduduk.Aku sedar aku telah silap menilai Cikgu Lee.Cikgu mendapat virus HIV kerana telah menderma darah kepada seorang mangsa kemalangan yang rupa-rupanya menghidapi AIDS. Pera/saanku begitu sukar untuk diluahkan.Sedih,geram.Semuanya menguasai benakku.Air mataku mula menitis laju.
            Amir,
            Cikgu minta maaf andai kehadiran cikgu telah menyusahkan hidup Amir.Ikhlas cikgu katakan cikgu amat menyayangimu.Mungkin cikgu terlalu mengikut perasaan dek wajahmu persis seperti adik lelaki cikgu yang meninggal dunia dua tahun yang lepas.Majulah Amir,buktikan pada orang lain yang Amir tak lemah.Cikgu yakin dengan kemampuan kamu.Langit tak selalunya mendung,esok pasti cerah jua.             
                                                                                     Salam sayang,
                                                                                     Cikgu Lee.
                             
            Aku sudah nekad,pemergian cikgu bukanlah penyebab untuk aku berputus asa.Aku akan buktikan aku boleh berjaya tanpa perlu bergantung kepada orang lain.Semangatku untuk belajar mula membara. Pembelajaranku semakin baik.Aku telah mendapat 12A dalam Peperiksaan SPM baru-baru ini dan ditawarkan belajar di Jordan dalam bidang kedoktoran.
“Amir,jom bergambar”.Suara Hafiz mengejutkan aku.Aku tersenyum cuma sebelum mengatur langkah menuju ke arahnya.Terima kasih,cikgu,kehadiranmu memberikan aku kekuatan untuk terus bangkit.Ilmu merupakan sesutu yang amat berharga.Segulung ijazah yang kugenggam tidak akan kupersia-siakan.

Friday, February 17, 2012

Benarkah cinta???

Alhamdulillah,aku selamat sampai ke rumah.Petang tadi kami berjumpa dengan kak naqibah usrah kami,Kak Ziana dan suaminya Abang Afiq untuk berbincang mengenai kem adik-adik tingkatan satu.Sepatutnya diadakan pada hujung minggu ini tetapi terpaksa ditangguh atas sebab-sebab tertentu.Memanglah rasa terkilan itu tetap hadir jauh di lubuk hati namun kami pasrah mungkin itu merupakan ujian daripada Ilahi yang pastinya akan lebih mematangkan kami semua...Aku pasti itu kerana kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan...

Sejurus selepas solat maghrib di surau berhampiran kami akhirnya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di ekspo.Meskipun itu tidaklah beberapa elok tetapi biasalah jiwa remaja...Aku sendiri tidak mampu menolaknya.
Kelihatan begitu ramai orang membanjiri kawasan ekspo.Aku tersenyum...Akal jahatku mula bertanya?Agak- agaknya adakah jika ceramah agama yang di adakan,orang ramai seperti ini juga akan hadir??

Apakah bukti cinta kita kepada Ilahi????

Aku sedar aku bukannya seseorang yang baik tapi kalau boleh aku ingin mengajak kita semua berfikir sedalam-dalamnya....

mungkin itu sahaja untuk malam ini....sama-samalah kita mengejar mardhatillah...
insya Allah...

Thursday, February 16, 2012

HARAMKAN VALENTINE DAY!!!

                                      


VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain.Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

 



Wednesday, February 15, 2012

Ya Rasulullah

melihatkan adikku yang pulang dari sekolah dengan memakai baju kurung aku tersenyum.kenangan demi kenangan mula hadir di layar ingatan.aku masih ingat lagi ketika sambutan Maulidur Rasul di sekolah pada tahun lepas.itu merupakan sambutan yang terakhir sebagai seorang pelajar...kebetulan waktu itu baju kurung kelas kami bercorak askar...malu jangan dicakaplah ,boleh dikatakan satu sekolah mentertawakan kami...

"jaga-jaga,askar datang."

"hish,takutnya."

"wah,askar."

dan bermacam-macam lagilah yang kami dengar.namun bila teringatkan kembali terasa begitu rindu untuk mengulangi saat-saat itu..memang fitrah manusia untuk mula menghargai sesuatu bila sesuatu itu sudah hilang dari pandangan...aku mula belajar untuk menghargai apa sahaja yang telah ditakdirkan...mungkin itu adalah yang terbaik untukku dari-Mu...

sedikit renungan untuk semua:


Ya Rasulullah, Kami rindu padamu, Seandainya rindu itu ditulis pastinya tidak akan cukup dakwat mahupun kertas yang digunakan, Betapa hati ini merinduimu, Walaupun atma ini tahu cinta ini tidaklah setanding dengan cintamu kepada kami, Kami ini insan biasa yang sering terleka, Sering terlupa akan pengorbananmu yang begitu besar sekali, Semata-mata untuk kami, Tidak dapat dinafikan itu, Walaupun cinta kami terlalu kecil kami mohon terimalah cinta dari insan yang hina lagi lemah ini.
Kita selalu kata kita cintakan rindukan Rasulullah saw tapi di mana buktinya.Adakah pada perarakan yang sering kita ikuti saban tahun????Pada kenduri kesyukuran yang kita adakan demi menyambut kelahiran Baginda????Namun sejurus selepas selesai aktiviti perarakan mahupun majlis kesyukuran kita terus alpa,lupa pada tujuan kita yang sebenarnya.Lupa pada penghayatan Maulidur Rasul dalam erti kata yang sebenarnya.Betulkah tindakan kita itu.Kalau begitu itu bukan cinta namanya.Itu hanyalah kebutaan semata-mata.Sedari ataupun tidak kita telah memurahkan nilai cinta yang sebenarnya. Cinta itu satu perasaan yang begitu suci yang bertunjangkan keimanan dan disulami dengan kejujuran dan keikhlasan serta ketulusan.Kalau benar cinta di mana buktinya????Kalau benar cinta mengapa tidak berani berkorban demi orang yang dicintai????Maulidur Rasul bukanlah pada sambutannya tetapi pada penghayatannya.Sudahkah kita mengamal peribadi Rasulullah dalam kehidupan seharian???Sudahkah kita menjadikan sunnah Baginda sebagai rutin harian??Betulkah kita sudah benar-benar mengenali peribadi Rasulullah atau hanya sekadar menjadi  ‘PAK TURUT’???Istilah ada mengatakan “tak kenal maka tak cinta”...so,di mana kita sebenarnya?????????Tepuk dada tanyalah iman...
Salam maulidur rasul, moga2 maulidur rasul tahun ini menjanjikan perubahan pada diri kita...

Ingatlah!!!

#Maulidur rasul bukan pada sambutan tetapi pada penghayatan...

#Allah tidak mengubah nasib seseorang sehingga dia mengubah dirinya sendiri...
JOM SAMA-SAMA MUHASABAH CINTA KITA KEPADA ALLAH,RASULULLAH.................

min aina???

manusia merupakan makhluk terakhir yang diciptakan oleh Allah swt.

penciptaan manusia:

  • tanah-surah al-Rum,ayat 20
  • tanah yang bercampur dengan air-surah al-An'am,ayat 2
  • tanah liat(yang sudah diubah dan diciptakan semula)-surah al-Sofaat,ayat 11
  • tanah liat yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya-surah al-Hijr,ayat 28
  • tanah liat kering
  • air


mengapa manusia diciptakan?
untuk beribadat kepada Allah-suran al-Baqarah ayat 30

"sesiapa yang melalui masa mudanya dalam suatu keadaan,maka dia akan melalui masa tuanya dalam keadaan yang sama."

memburu syahid

hari ini aku menghabiskan buku Khalid memburu syahid...rasanya sudah lama buku itu diletakkan di dalam almari setelah aku membacanya buat kali pertama...perjuangan Khalid begitu menyentuh perasaanku... benarlah kata orang membaca kali kedua akan memberikan lebih kepuasan dan pemahaman yang lebih mendalam...aku akui kelemahan diri kerana sememangnya sikapku hanya membaca sesuatu buku sekali...kecualilah buku-buku yang aku benar-benar minati terutamanya karya Zaid Akhtar dan Fatimah Syarha...

tatkala melihat api perjuangan yang cukup membara dalam diri Khalid al-Walid,aku mula tertanya-tanya mampukah aku untuk mempunyai semangat sepertinya?beliau begitu merindukan syahid dan lebih senang berada di medan pertempuran berbanding berada di rumah bersama keluarga...subhanAllah...hati aku benar-benar tertawan...mampukah aku untuk mencintai syahid?terasa begitu kecil sekali diri ini...

persoalan demi persoalan mula bermain di ruang minda...apa yang aku telah lakukan untuk Islam selama aku hidup?rasanya tidak ada apa-apa yang istimewa...

hati aku semakin tersentuh apabila membaca tentang perjuangan panglima tiga serangkai...Zaid,Jaafar dan Abdullah yang syahid dalam mempertahankan panji-panji Islam...Nabi Muhammad telah bermimipi mereka bertiga sedang tidur di atas katil emas di syurga...siapa yang tidak menginginkan syurga???

aku tetap kekal sedar apalah sangat perjuanganku ini jika dibandingkan dengan perjuangan orang-orang terdahulu...terlalu kecil...


untuk renungan bersama aku selitkan syair Abdullah bin Rawahah sebelum beliau syahid:

wahai diriku,saya sudah bersumpah,
walau apa terjadi saudara mesti turun juga,
sama ada saudara suka ataupun tidak,
apabila orang ramai sudah menemui syahid,
bunyi senjata bergemerincing dengan rancaknya,
mengapa pula saudara masih tidak mahu syurga?
sudah lama saudara duduk tenang,
padahal tidaklah saudara ini,
melainkan berasal daripada setitik air tersisa...

mujahadah merupakan kunci utama dalam semua konteks kehidupan,

Imam al-Ghazali pernah berkata
"tanda kecintaan kepada Allah ialah dia utamakan perkara yang Allah sukai berbanding hawa nafsu mereka."

moga-moga dapat menjadi pengajaran buat kita semua...buat diri aku teruskan memburu syahid meskipun ianya terlalu sukar buat diri yang hina lagi tidak berdaya ini...

Tuesday, February 14, 2012

Palestin-Di manakah aku?



Khalil Ismail al-Haya,Ketua Whip HAMAS berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

  • kami telah dipilih oleh Allah swt untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan masjid al-Aqsa.
  • kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.
  • kami juga telah dipilh untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.
  • selama lebih 60 tahun,kami hidup di medan pertempuran.selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.
  • mengapa?hanya kerana kami mengucapkan lailahaillalah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
  • kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.
  • kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.
  • namun kami memerlukan bantuan dan sokongan anda.
  • jikalau kami gugur syahid,dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.
  • kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua,
  • kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda."


rujukan:Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

fi qalbi

setiap kali bersendirian,
fikiranku pasti akan melayang,
menerjah kembali masa silam,
menilai setiap detik yang digunakan,
Ya Allah,
tidak terhitung dosa yang dilakukan,
begitu banyak maksiat,
aku menangis,
diri ini begitu kotor,hina sekali,
di hadapan-Mu,

terasa begitu tidak layak,
untuk memikul amanah yang diberikan,
masihkah ada telinga untuk mendengar ucapanku?
masihkah ada hati untuk menerima kehadiranku?
hamba-Mu ini sering tersasar,
selalu tersilap membuat percaturan,
terkadang sering nafsu menjadi ikutan,

Ya Allah,
hanya kepada-Mu aku kembali,
terimalah cintaku Ya Rabbi...

p/s: saja jer hendak berpuitis.bukannya pandai sangat pun...hehe...tiba-tiba sahaja minda ini teringat kepada kiriman mesej daripada Wan nur Hadirah:

ya Allah,
malunya dengan-Mu,
dangkalnya ilmu,
ceteknya iman,
sikitnya amal,
di usia muda menerima risikan,
tidak menyangka sama sekali,
usaha mensolehahkan diri,mendapat perhatian sebegini rupa,
jawapan apa yang harus diberikan,
andai yang datang adalah yang terbaik dari-Mu,
mohon sahabat doakan,
agar bijak menimbang,lamaran emas cuma sekali,
walau berat mulut ingin mengatakan "ya,aku terima risikannya",
tapi hati mendesak...insya Allah selepas istikharah...
kutemui juga jawapannya,moga-moga berkah mendahului,
dalam malu...hati berkata "ya,ana terima risikan perjuangan ini"...


salam rindu...salam juang...salam sayang...



insya Allah...moga dapat menjadi renungan bersama...

Monday, February 13, 2012

4 jenis racun hati


  • berlebihan dalam berbicara
  • berlebihan dalam memandang
  • berlebihan dalam makan
  • berlebihan dalam bergaul
dan jangan lupa pesan saidatina Aisyah R.A:
"sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang(lelaki)

p/s;bersama-samalah kita menuju mardhatillah...
     peringatan juga buat diri yang hina ini...

sms berantai

Assalamualaikum
Baca dan teliti:
"Allah aku cintai Kau& aku perlukan Kau...datanglah ke hatiku..."
kirim pada 10 orang dan lihat keajaiban malam ini...
tolong jangan delete.ia benar-benar terjadi.Ini SMS dari ibu Ali Said-juru kunci sayyida Makkah yang bermimpi bertemu Rasulullah SAW.beliau berpesan:"kuatkan aqidah dalam ibadah kerana dunia ini sudah goyah& tua"..sebar sms ini ke 10 muslim,Insya Allah dalam waktu 10 hari akan dapat rezeki besar&jika tidak disebar tunggulah kesulitan yang tiada henti-henti...

p/s; AWAS!!!JANGAN SESEKALI TERPEDAYA DENGAN KIRIMAN MESEJ SEBEGINI...

yakinlah dengan Allah.DIA lah yang berhak menentukan segala-galanya.

tautan hati

feeling alone?..
InnAllahama'ana(sesungguhnya Allah bersama kita)

wishing something?..
Man jadda wajadda(siapa yang berusaha,dia akan berjaya)

missing somebody?..
Ma fi qalbi ghairullah(dalam hatiku cukuplah ada Allah)

saw evil or do evil?..
Inni akhafullah(sesungguhnya aku takut kepada Allah)

setiap perkara yang betul niat perjuangannya akan mendapat banyak ujian dan cubaan...itu tandanya Allah tunjukkan perhatian terhadap apa yang kita nak buat..la tahzan dan innAllahama'ana..jgn putus asa kerana ana yakin Allah bersama sahabat-sahabat ana...


kiriman mesej itu benar-benar membuatkan hati aku cukup tersentuh...begitu indahnya nilai persahabatan semata-mata kerana Allah.Aku mula bertambah yakin jika kita melakukan sesuatu kerana kita tidak akan pernah mengalami kekecewaan sepertimana jika kita berharap kepada manusia...

sahabat,izinkan aku untuk mencintaimu kerana Allah.meskipun aku merasakan siapalah diri ini untuk menjadi sahabatmu...

sebetulnya aku hampir putus asa dengan perjuangan ini namun aku kembali sedar inilah tanggungjawab yang harus dipikul walau apa jua cabaran yang menanti...

kepada sahabat-sahabat aku yang lain ketahuilah diri ini begitu ikhlas mencintaimu kerana Ilahi... maafkanlah untuk segala yang tidak berkenan dihati kerana aku hanya insan biasa yang sering tersilap membuat perhitungan... uhibbukumfillah...



SALAM KEMAAFAN!!!
SALAM KERINDUAN!!!
SALAM PERJUANGAN!!!
SALAM 1 AGAMA!!!

Allah yubarik fikum...
Insya Allah...

Sunday, February 12, 2012

tazkirah

taqwa-apa yang diperintah dilakukan dan apa yang ditegah dijauhi

5 sifat untuk menjadi mukmin sejati:

  • muroqobah-   rasa sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah swt
  • muhasabah-   menghitung amal
  • muaqobah-    ada perasaan menyalahkan diri sendiri
  • mujahadah-    sentiasa berjuang untuk memperoleh sesuatu
  • mulazamah-    berterusan melakukan kebaikan
semoga kita sama-sama mengamalkannya dalam mencapai mardhatillah..insya Allah...

buka mata...buka hati

Ya Allah terangkan hatiku dengan cahaya hidayah-Mu...seperti Kau terangkan bumi dengan matahari selama-lamanya.

     Aku terkesima.Mengapa ya?Pandanganku masih tertancap ke arah wanita di hadapanku.Pakaiannya yang begitu mencolok mata pastinya mampu menarik perhatian sesiapapun yang melihat.Aku menggeleng perlahan.Jahilnya masyarakat Islam sekarang.Aku tertanya-tanya.Bukan pakaian yang seharusnya dibuka tapi bukalah matamu seluas-luasnya dalam menilai sesuatu...


                     Dunia merupakan perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Nah!sudah terbukti betapa indahnya wanita.Tapi apa yang aku lihat sekarang ialah nilai wanita begitu rendah di mata dunia.Benarkah??Buktinya wanita dijadikan alat untuk melariskan sesuatu barang.Jika kita perhatikan semakin ramai wanita yang dijadikan duta-duta kebanyakan iklan di media massa.Aku jadi bingung...Sebenarnya apa yang ingin dijual??Barang itukah atau wanitakah?Maaf jika terpaksa aku katakan betapa rendahnya nilai seorang wanita.Aku semakin sedih melihat semua ini.

  Bukan kerana apa tapi kerana aku cukup memahami isi hati seorang wanita.Ayuh!bangkitlah wanita!!! Semoga Islam terus gah dengan kehadiranmu!!!Fikir-fikirkanlah........

Saturday, February 11, 2012

KEMBALI bahagian 1
















KEMBALI
~PROLOG~
Teman,                                                                                                                                                                                         Tiadalah kata tanpa bicara,                                                                                                                                  sunyilah Adam tanpa Hawa di sisi,                                                                                                               tiadalah Hidayah dan Rahmat tanpa izin Ilahi..                                                                                              Teman,                                                                                                                                                                Jika ku hanyut,tariklah dengan azimat nabi,                                                                                                           Jika ku tersungkur,papahlah daku dengan semangat Muhammad,                                                                       kecekalan Isa,dan semangat waja Hamzah…                                                                                                       Dan…,                                                                                                                                                                      Jika ditakdirkan aku terpejam,                                                                                                                           Iringlah daku dengan ayat-ayat suci milik-Nya..                                                                             Berjanjilah temanku,ukhwah dan ikatan kita takkan luput selamanya..
Bingkisan buat teman-teman seperjuangan…
TAKDIR kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang.MEMBERI apa yang tidak dirancang.MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta MEMBUATKAN kita rasa kehilangan…namun takdir juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN,menyulam erti KASIH SAYANG,menanam erti PERSAHABATAN,menghadiahi KEMANISAN dalam KEGEMBIRAAN,menyemai benih KEAKRABAN…serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT,siapa KAWAN dan siapa KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan…
Sedar tak sedar sudah hampir lima tahun kita berteduh di sini.Esok merupakan hari terakhir kita bersama.Memang sulit untuk mengucapkan kata-kata perpisahan namun itulah hakikat yang harus diterima dengan hati yang terbuka.Mana mungkin kita akan menemui sahabat seperti ini lagi.Setiap detik,saat,ketika yang kita lalui bersama akan sentiasa terpahat jauh di lubuk sanubari.Setiap peristiwa yang telah terjadi pastinya akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.Walau berat hati untuk melepaskan tetapi bercinta tidak semestinya bersama.Apa yang penting,nilai keikhlasan yang menyulami setiap tautan ukhwah yang terjalin.Ukhwah kita untuk selamanya.Kita tidak merindukan pertemuan di dunia tetapi kita menantikan pertemuan di sana yang lebih abadi.
Aku tahu aku tidak layak untuk berharap apa-apa kerana aku bukanlah sesiapa untuk menjadi ikutan namun cukuplah seandainya kita semua dapat keluar dengan membawa identiti Islam yang mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai tunjang asas dalam meneladeni kehidupan.Seterusnya aku juga berharap setelah kita semua sudah mampu bergelar sebagai seorang doktor mahupun jurutera agar tidak sesekali melupakan jasa insan-insan yang pernah hadir mewarnai hidup ini dengan warna-warna yang indah. Jasa guru-guru terlalu bernilai dalam mengejar kejayaan duniawi mahupun ukhrawi.
Ketahuilah teman bahawa sahabat merupakan antara insan yang dekat di hati kita.Aku berharap agar dikau akan memakai cermin mata keikhlasan dalam menilai antara kaca dan permata,batu dan berlian.Perhatikanlah insan di sekelilingmu!Dalami dan selamilah hati serta tingkah mereka,setelah itu terpulanglah kepadamu sama ada ingin mengambil yang baik agar dirimu menjadi insan gemilang atau mengambil yang buruk kelak dirimu akan tenggelam.Pilihan di tanganmu… Aku hanya mampu menasihati bukannya memaksa untuk diikuti.
Mereka semua sudah teresak-esak.Malam ini merupakan malam terakhir mereka bersama.Esok merupakan subjek peperiksaan SPM yang terakhir,iaitu subjek al-Quran&as-Sunnah.Iringan lagu instrumental yang menyedihkan menambahkan lagi kesayuan yang sudah sedia hadir di tangkai hati.
“Selepas ini kamu semua akan dilepaskan kembali ke laut.”Kata-kata Ustaz Abdullah masih terngiang-ngiang di cuping telinga mereka.Kata-kata yang begitu tersirat  maknanya untuk ditafsirkan.


akan bersambung....

tazkirah

sabda Rasulullah saw:
"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah selain daripada dua titisan dan dua kesan.Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah.Manakala dua kesan ialah berjuang di jalan Allah dan kesan menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah."-At-tirmidzi-

"malu dan iman saling berpasangan.Bila salah satunya hilang,maka yang lain turut hilang."

"jauhkanlah dengki(hasad)kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." -riwayat abu daud-

sabda Rasulullah saw:
"sesungguhnya besarnya pahala yang diperolehi bergantung kepada besarnya sesuatu ujian yang diberikan Allah dan Allah hanya memberi ujian kepada hamba-hamba yang dicintai-Nya."

"70,000 umat nabi Muhammad masuk syurga tanpa dihisab,kerana bertawakal."

Indahnya Bahasa Arab

semestinya bila menyebut sahaja Bahasa Arab ramai akan berkata...susahlah,tak berminatlah,berbelit-belitlah. Tapi lupakah kita Bahasa Arab itu merupakan bahasa Al-Quran,bahasa penghuni Syurga.Aku tersenyum sendirian.Bukan apa terasa seperti terkena batang hidung sendiri.Jujur aku katakan Bahasa Arab bukanlah bahasa kegemaranku kerana bagiku ianya cukup susah.Pernah satu saat aku berfikir untuk tidak mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh hinggalah satu saat seseorang telah menyedarkan aku. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.

Ibnu Taimiyah pernah berkata:
"Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama dan mengetahuinya adalah wajib."

tiba-tiba aku teringat kepada salah satu maudhu' yang aku baca dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki karya  Pahrol Mohd. Juoi.Tajuknya:Kau,Aku dan Kami dalam kurniaan rezeki.Aku termenung lagi.

"bila Allah gunakan 'Kami' itu menunjukkan ada keterlibatan pihak lain dalam perlakuan dan ketentuan-Nya.Contohnya dalam pemberian rezeki kepada manusia,Allah gunakan ganti nama 'Kami'."

"sebab dalam pemberian rezeki Allah libatkan matahari,hujan,air,haiwan dan lain-lain.Buah-buahan yang dimakan manusia misalnya,ada campurtangan makhluk lain yang menyampaikan rezeki daripada Allah kepada kita."

"bila Allah gunakan ana atau aku,Allah selalunya merujuk kepada pengampunan dosa,penerimaan taubat. Maksudnya dalam pengampunan dosa dan penerimaan taubat Allah menggunakan ganti nama diri-Nya sendiri.Allah tidak melibatkan 'saluran-saluran' dalam kalangan makhluk-makhluk lain.Maksudnya Allah secara langsung mengampunkan dosa para hamba-Nya yang bertaubat...Itu sebabnya Allah gunakan 'Aku' bukan lagi 'Kami'..."

Buku itu membuatkan saya benar-benar terfikir.Bagaimana untuk memahami kalamullah tanpa mencintai bahasa Arab?Tetapi ternyata lebih sukar untuk memahami bahasa Arab jika tidak mengenalinya? Tak kenal maka tak cinta.....

KAKA...

                                             to my group,i really love u all...

hari ini aku merasakan begitu rindu untuk pulang ke sekolah.Begitu banyak knangan yang terukir indah di situ. Sungguh sekolah itu memberi makna yang begitu mendalam dalam hidup ini.Begitu banyak mentarbiyah diri ini untuk menjadi seorang insan yang berguna.Aku begitu rindu suasana itu.Suasana saling bergelak ketawa,bertukar cerita.Semuanya seakan mengejar aku.Menmbawa aku kembali mengenang peristiwa-peristiwa indah yang pernah aku lakarkan bersamamu dulu.Seandainya kenangan itu bisa aku ukirkan kembali,pasti aku rela untuk mengulanginya tapi aku sudah sedia maklum waktu itu tidak bisa diputarkan kembali walau apapun caranya.Hidup mesti diteruskan.Aku sedar perjalanan ini masih lagi panjang.Masih jauh di depan.


                                          gambar kelas 5mb1...always in memory...


hidup ini sering berputar.Terkadang kita berada di atas,terkadang kita berada di bawah.Seandainya kita berada di atas janganlah sesekali merasakan begitu selesa kerana itu semua tidak kekal dan seandainya kita berada di bawah janganlah begitu mudah kecewa dan berputus asa kerana Allah itu Maha Adil. Seseorang pernah berkata kepada aku kalau langit itu tidak selalunya mendung.Aku masih ingat kata-kata itu kerana ianya banyak memberikan dorongan dan motivasi buat diri yang hina ini.Walauapapun yang kita lakukan kembalilah kepada Ilahi kerana Dia merupakan sebaik-baik penolong.

memang tidak dapat dinafikan sahabat merupakan orang yang banyak mengubah cara hidup kita selain ibu bapa.OLeh itu,bijaksanalah dalam memilih sahabat..

namun tidak cukup dengan itu,guru-guru juga merupakan insan yang seharusnya kita hormati dan sayangi seluruh hidup kita.Jasa mereka amatlah besar.Tanpa mereka mungkin kita tidak akan mengenal ABC... kadang-kadang mungkin kita terlupa bahawa mereka juga merupakan insan yang pernah hadir dalam hidup kita dengan memberikan warna-warna yang indah.

                                          cg.zahariah dan cg.rokiah...

                                          ust. kamaluddin,ust. azwa,ust. mat lazim, sir zambala
                           ust. firdaus                                                        
ust. sulaiman











SMKAKA TAKKAN LUPUT DARI INGATAN INI...insya Allah...asif jiddan tak sempat nak upload semua gambar...

Friday, February 10, 2012

BINGKISAN BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG


Assalamualaikum w.b.t.......                                                                                                          salam sayang buat ukhti,                                                                                                               suka akak ingin bertanya kaifahaluki,wahai adikku?apa khabar iman didadamu?masih adakah sifat sabar yang sentiasa menyelimuti tubuhmu?masih adakah malu yang menjadi perhiasanmu?masih segarkan taqwa yang menyelubungimu?Ingatlah bahawa kasih-sayang Allah itu amat luas.Allah pernah berkata
 “Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman.”ali-Imran:139.
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan hujan,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.Allah berikan kita kesusahan dan rintangan sebab Dia nak berikan kesenangan jika kita tabah dan terus berusaha
SEMEMANGNYA AKAK AKUI CUBAAN DAN RINTANGAN INI BUKANLAH MUDAH UNTUK DITEMPUH DAN MEMERLUKAN TAHAP KESABARAN YANG CUKUP TINGGI.JUJUR AKAK KATAKAN AKAK SENDIRI PERNAH MENGELUH...PERNAH RASA PUTUS ASA...NAMUN AKAK KEMBALI SEDAR KERANA ITU MERUPAKAN SATU AMANAH YANG HARUS DIPIKUL DENGAN SEBAIK MUNGKIN.AKAK AKUI DIRI INI SEBENARNYA TERLALU HINA DAN TIDAK LAYAK SAMA SEKALI UNTUK MEMBERI KEPADA ORANG LAIN.APATAH LAGI KEPADA ADIK-ADIK YANG HEBAT-HEBAT INI...
TAPI AKAK TETAP INGIN BERKATA-KATA:
SAYANGILAH DAN HARGAILAH SESUATU SEMASA IA MASIH ADA DI DEPAN KITA...TIPULAH KALAU AKAK KATAKAN TIDAK MERINDUI SAAT-SAAT DULU...BERADA DI SEKOLAH YANG BANYAK MENTARBIYAH DIRI YANG HINA INI...BERADA DI SAMPING GURU-GURU YANG TIDAK JEMU-JEMU MEMBERIKAN SEMANGAT KETIKA DIRI INI HAMPIR REBAH...BERADA DI SAMPING SAHABAT-SAHABAT YANG SERING MENGINGATKAN DIRI INI KEPADA ILAHI... SEMUA ITU SANGAT INDAH UNTUK DIKENANG KEMBALI..
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba untuk menjadi orang lain...tak guna terlalu mencari kesempurnaan kerana tetap akan hadir ketidaksempurnaan.. setiap insan tidak ada yang sempurna kecuali junjungan besar kita,nabi muhammad s.a.w...amalkanlah peribadi baginda...seterusnya berserahlah kepada ilahi...hanya dia yang layak menilai diri kita...
Jangan pernah mengharapkan kasih ataupun perhatian daripada orang lain kerana satu hari nanti kita akan kecewa...hati manusia boleh beralih arah walaupun sahabat kita sendiri...sebab itulah,mencinta bukan semestinya untuk di cinta...cukuplah jika kita melihat orang2 yang kita sayang dan cintai itu bahagia...tidak semestinya dia akan bahagia apabila bersama kita...
Hormatilah orang2 di sekeliling tanpa mengenal siapa...