moga2 barokah mendahului...

Wednesday, February 15, 2012

memburu syahid

hari ini aku menghabiskan buku Khalid memburu syahid...rasanya sudah lama buku itu diletakkan di dalam almari setelah aku membacanya buat kali pertama...perjuangan Khalid begitu menyentuh perasaanku... benarlah kata orang membaca kali kedua akan memberikan lebih kepuasan dan pemahaman yang lebih mendalam...aku akui kelemahan diri kerana sememangnya sikapku hanya membaca sesuatu buku sekali...kecualilah buku-buku yang aku benar-benar minati terutamanya karya Zaid Akhtar dan Fatimah Syarha...

tatkala melihat api perjuangan yang cukup membara dalam diri Khalid al-Walid,aku mula tertanya-tanya mampukah aku untuk mempunyai semangat sepertinya?beliau begitu merindukan syahid dan lebih senang berada di medan pertempuran berbanding berada di rumah bersama keluarga...subhanAllah...hati aku benar-benar tertawan...mampukah aku untuk mencintai syahid?terasa begitu kecil sekali diri ini...

persoalan demi persoalan mula bermain di ruang minda...apa yang aku telah lakukan untuk Islam selama aku hidup?rasanya tidak ada apa-apa yang istimewa...

hati aku semakin tersentuh apabila membaca tentang perjuangan panglima tiga serangkai...Zaid,Jaafar dan Abdullah yang syahid dalam mempertahankan panji-panji Islam...Nabi Muhammad telah bermimipi mereka bertiga sedang tidur di atas katil emas di syurga...siapa yang tidak menginginkan syurga???

aku tetap kekal sedar apalah sangat perjuanganku ini jika dibandingkan dengan perjuangan orang-orang terdahulu...terlalu kecil...


untuk renungan bersama aku selitkan syair Abdullah bin Rawahah sebelum beliau syahid:

wahai diriku,saya sudah bersumpah,
walau apa terjadi saudara mesti turun juga,
sama ada saudara suka ataupun tidak,
apabila orang ramai sudah menemui syahid,
bunyi senjata bergemerincing dengan rancaknya,
mengapa pula saudara masih tidak mahu syurga?
sudah lama saudara duduk tenang,
padahal tidaklah saudara ini,
melainkan berasal daripada setitik air tersisa...

mujahadah merupakan kunci utama dalam semua konteks kehidupan,

Imam al-Ghazali pernah berkata
"tanda kecintaan kepada Allah ialah dia utamakan perkara yang Allah sukai berbanding hawa nafsu mereka."

moga-moga dapat menjadi pengajaran buat kita semua...buat diri aku teruskan memburu syahid meskipun ianya terlalu sukar buat diri yang hina lagi tidak berdaya ini...

No comments:

Post a Comment