moga2 barokah mendahului...

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

selamatkan bumi Ilahi





SELAMATKAN BUMI ILAHI
Uj melepaskan pandangan jauh ke hadapan.Dia menggeliat perlahan sambil menghirup udara segar sekaligus menghembuskan gas karbon dioksida yang berlebihan di dalam badannya.Sungguh indah dan tenang suasana ini.Uj melihat sekeliling.Ternyata rakan-rakan yang lain juga sedang melakukan hal yang sama seperti dirinya.Um,Un, dan Us hanya tersenyum memandang ke arahnya.
“Uj.”Serentak mereka berempat berpaling.Kelihatan Uz  sedang berlari ke arah mereka.Nafasnya tercungap-cungap.
“Kenapa ini?”Un semakin tidak sabar melihat Uz yang tidak berkata apa-apa.
“Kalau ya pun,biarlah Uz bernafas dulu.”Uj cuba menenangkan.Kasihan juga dia melihat muka Uz yang sudah pucat itu.Menahan lelah.Pastinya sudah lama dia berlari.Um mengambil sedikit air untuk diberikan kepada Uz.
Sudah lama mereka berkawan dengan Uz.Uz merupakan seekor rama-rama yang cantik.Sejak kecil lagi Uz memang selalu bermain di kawasan Uj,Um,Un dan Us tinggal.Jadi kalau ada apa-apa yang berlaku Uz yang akan memberitahu mereka kerana mereka jarang keluar dari tempat itu.Keadaan di luar terlalu bahaya buat empat ekor anak semut itu untuk bermain.
“Mereka akan musnahkan tempat ini.Kita semua akan mati.”Uz akhirnya bersuara.Mereka semua terdiam seketika.Kalau tempat ini musnah,di mana mereka semua akan tinggal?
“Siapa mereka sebenarnya?Kenapa mereka hendak musnahkan tempat kita?”Un masih belum berpuas hati.
“Entahlah,aku juga tidak beberapa mengenali mereka semua.Cuma yang aku tahu mereka semua mempunyai badan yang besar dan tinggi.Sangat berbeza daripada kita semua.Mereka hidup dalam suasana saling mementingkan diri sendiri.Mereka gemar sekali bergaduh meskipun hanya kerana perkara-perkara yang tidak penting.Hanya itulah yang aku dengar daripada kawan-kawan di tempat aku tinggal.”Ujar Uz.
“Kejam sungguh mereka semua.Inikan bumi Allah.Tidak bolehkah mereka memberi kita sedikit ruang?”
“Habis itu sekarang apa yang kita hendak lakukan?”
“Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya moga-moga dilembutkan hati mereka semua.”Akhirnya Uj bersuara.Mereka semua mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Richard,esok kita akan mulakan penebangan hutan itu.”Richard hanya mendiamkan diri.Langsung tiada sebarang respons yang diberikan.Bukan apa,entahlah sejak akhir-akhir ini jiwanya terasa kosong. Kemewahan yang dimilikinya ternyata langsung tidak memberinya kebahagiaan.Entah apa yang dicari dia sendiri tidak pasti.Yang dia tahu,dia sedang mencari sesuatu.
“Tak mengapalah,Richard.Aku masih ada kerja untuk disiapkan.Kita jumpa dipejabat sahaja esok.”Talian dimatikan.Richard kembali melayan perasaannya.Pelbagai persoalan semakin menghimpit jiwanya.Semakin lama dia terasa semakin sesak.Tumpuannya kepada pemanduan semakin hilang.Tanpa disedari dia hampir melanggar seorang lelaki tua yang sedang melintas jalan.Dia lantas memberhentikan keretanya.
“Maafkan saya pak cik.Pak cik tidak apa-apakah?”Terketar-ketar dia menuturkan kata.
“Alhamdulillah.Pak cik masih lagi sihat.Allahuakbar.Dia masih berikan pak cik peluang untuk terus hidup di bumi-Nya ini.”Richard terkesima.Ada sesuatu seakan membuatkan hatinya sayu.
“Saya hantar pak cik balik?”Dia menarik nafas lega tatkala melihat lelaki tua itu mengangguk.
“Anak ini nak ke mana malam-malam begini?”Richard terdiam.Sebetulnya dia sendiri tidak pasti ke mana arah tujunya.Cuma dia benar-benar ingin menenangkan jiwanya yang sedang kacau.Dia ingin melupakan segalanya buat sementara waktu ini.
“Pak cik tadi saya dengar pak cik sebut Allahuakbar.Apa maksudnya?”Lelaki tua itu hanya tersenyum.
“Allahuakbar.Maksudnya Allah Maha Besar.Allah merupakan Pencipta seluruh alam ini dan Dia jugalah yang mentadbir seluruh alam ini.Pak cik sedih melihat manusia sekarang semakin suka merosakkan alam ini.Sikap tamak haloba menguasai diri mereka menyebabkan mereka menjadi manusia yang angkuh.”
“Tapi selalunya mereka melakukan itu untuk membangunkan sesebuah kawasan.”Richard masih belum puas hati dengan penyataan itu.
“Ya.Benar.Pak cik tidak nafikan itu tapi terfikirkah mereka berapa banyak keluarga binatang yang tinggal di kawasan yang mereka lapangkan.Mereka juga memiliki kehidupan mereka sendiri.Mereka juga mempunyai hak untuk tinggal di bumi ciptaan Allah ini.”Sekali lagi nama itu menggetarkan relung hatinya.
“Encik.”Ketukan cermin dari luar mengejutkannya dari tidur.Dia menggosok-gosokkan matanya.Adakah dia bermimpi?Ke mana lelaki tua itu?Dia turun dari kereta dan melangkah ke hadapan.Seakan ada sesuatu yang menariknya untuk ke sana.Di hadapannya tersergam sebuah masjid yang cukup indah dan menenangkan atmanya.
“Anak.”Richard lantas berpaling.Dia benar-benar terkejut.Wajah lelaki yang berdiri di hadapannya ini persis seperti lelaki tua itu.Lelaki itu hanya tersenyum ke arahnya.
“Pak cik?”
“Ya.”
“Bantu saya pak cik.Bantu saya mengenali Allah.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Hey,Richard,kau lewat.Kerja penebangan sudah hampir bermula sebentar saja lagi.”
“Batalkan semua ini.”
“Apa?Kau dah gilakah?”
“Aku kata batalkan semuanya.Pasal kosnya biar aku tanggung.Kau jangan risau.”
“Ta...tapi kenapa?”
“Selamatkan bumi Ilahi.”Richard tersenyum penuh makna lantas menapak pergi.Farid hanya memandang dengan pandangan yang kosong.
Uj,Um,Un,Us dan Uz hanya mampu tersenyum.Mereka lantas bersujud tanda syukur kepada Ilahi.

Saturday, March 10, 2012

nukilan seorang perindu

     Maria membuka diari itu perlahan-lahan.Bibirnya mula terkumat-kamit membaca patah-patah perkataan yang ditulis.Jiwanya mula tersentuh.

   diariku,
  Hari ini saya mendapat tahu bahawa ibu saya yang saya sayangi selama ini sebenarnya langsung tidak menyayangi saya malahan terlalu benci melihat wajah saya ini.Saya sedih sangat namun kepada siapa harus saya mengadu?ayah?jangan haraplah...ayah bukannya selalu berada di rumah...hanya balik sewaktu lapar sahaja,rumah ini sudah seperti hotel buatnya...dan yang paling menyakitkan,saya bukanlah anak ayah...
   
   Ibu saya diperkosa oleh kawan ayah saya sendiri dan ini semua gara-gara ayah berhutang lantaran kalah berjudi...dan sebab itulah ibu terlalu membenci diri ini namun adilkah bagi saya??saya tahu tidak layak untuk berfikiran seperti itu namun saya hanyalah insan kerdil yang terlalu lemah...

   Sakit kepala saya pula semakin bertambah perit rasanya...Di sekolah saya sering pengsan,mujurlah ada rakan-rakan yang menolong...

diariku,
   Hari ini pula saya diberitahu kalau sahabat saya yang paling rapat menghidapi penyakit barah otak...saya terlalu terkejut...untuk memberitahu ibu adalah mustahil...walaupun sahabat saya itu sering menipu saya dan tidaklah berapa saya kenali namun saya yakin saya akan tetap merasakan kesakitannya...keperitannya...

  diariku,
 Tubuh sahabat saya semakin lemah...dia sudah tidak mampu berdiri lagi,hanya terbaring lemah di katil...ibu sudah hampir seminggu tidak pulang...saya lapar sangat... sahabat baik saya juga sedang lapar namun ternyata dia lebih penyabar daripada saya yang sering merungut...

   diariku,
Rasanya saatnya sudah hampir tiba...badan sahabat saya sudah mulai menggigil namun ibu masih belum pulang...ke mana ibu pergi???saya benar-benar perlukan ibu tapi kenapa ibu tiada???saya juga dapat merasakannya kerana sahabat baik saya itu tidal lain tidak bukan ialah diri saya sendiri...apapun terima kasih ibu kerana sudi melahirkan saya ke dunia ini...saya sayang ibu...

      Air mata Maria mula menitis laju.

'maafkan ibu,Humaira'


p/S;hargailah sesuatu sementara masih mampu...

Saturday, March 3, 2012

kurindu pada-Mu

james melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya.ombak yang bergelora menghempas pantai. seakan mengerti gelora yang bersarang di jiwanya. dia mengeluh sendirian. suara kanak-kanak yang riang bermain langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya. fikirannya semakin jauh menerawang. semua yang dilakukan dirasakan tidak kena. ada-ada sahaja yang tidak berkenan dihati. entahlah,sejak akhir-akhir ini perasaannya sering terganggu.kemewahan yang dimilikinya langsung tidak mampu membuat hatinya tenang.sekarang,dia selalu saja mengasingkan diri.

dia dapat merasakan atmanya sedang menagihkan sesuatu tetapi apa? persoalan itu selalu membuatkan dia termenung.termenung kerana masih gagal untuk menemui jawapannya. dia masih memandang ke hadapan. kali ini lebih mendalam. begitu indah penciptaan laut ini.tetapi siapakah yang menciptakannya? semua benda pastinya ada Pencipta dan pastinya tidak terhasil dengan sendirinya. kepalanya mulai terasa sakit. dia memicit-micit kepalanya namun kesakitan yang dialaminya semakin mencengkam. terasa begitu perit sekali. pandangannya mula berbalam-balam.

***********************************************************************************
james membuka matanya. dia merasa begitu panas sekali.kelihatan api yang besar sedang menjulang-julang di bawahnya. badannya sudah berpeluh-peluh. tempat apakah ini? dia di mana?
'james,sekarang kau akan merasakan azab yang pedih kerana telah mendustakan Allah' suara itu kedengaran  jelas di cuping telinganya. dia mula ketakutan.dia menjerit meminta tolong namun suaranya seakan tersekat di kerongkong.

'tidak ada gunanya kamu menjerit. tidak ada sesiapa yang mampu menolong kamu melainkan Allah'

dia lantas terjaga.telinganya menangkap suara seorang perempuan sedang membaca sesuatu. begitu tenang hatinya. bacaan apakah itu dia tidak pasti. yang pasti itu bukanlah irama-irama yang sering didengarnya  di kelab-kelab malam dahulu. perempuan itu lantas berpaling ke arahnya. bibirnya spontan mengelopakkan senyuman.

"alhamdulillah,anak dah sedar. anak pak cik jumpa anak ni di tepi pantai.sudah hampir seminggu anak tak sedarkan diri."ramah lelaki itu berkata.

"siti,kamu tolong bawakan bubur untuk anak ini."

seorang perempuan keluar sambil menatang dulang.perempuan tadi. getus hatinya.

"tak mengapalah siti ayah ada kerja sebentar.kamu tolong tengok-tengokkan anak ini ya ?"perempuan itu hanya mengangguk.

"tangan awak belum sembuh jadi saya tolong suapkan." james hanya membatukan dirinya. perlahan-lahan perempuan itu menyuapkan bubur nasi kepadanya.tanpa disedari tangan james tertepis bubur itu dan akhirnya tertumpah di lantai.

"Allah!!!" james terpana tatkala mendengar kalimah yang terpacul itu. di luar jangkaan air matanya menitis laju. sebetulnya,dia sendiri tidak pasti mengapa dia boleh menitiskan airmata.perempuan itu terdiam.

"awak sakitkah?" james menggeleng

"si...siapa Allah?"tergagap-gagap dia menuturkan kata.




"abang." dia berpaling.

"ayah panggil.katanya ada hal yang nak dibincangkan."

"terima kasih.sekejap lagi abang pergi."Muhammad bin Abdullah. dia senang dengan nama barunya itu.sekarang hidupnya lebih terisi.baginya cukuplah cinta Allah buat dirinya. dia tidak perlukan yang lain. maafkan,abang siti. bukan niat abang untuk menolak namun dirasakan abang masih terlalu jahil dalam memiliki cinta Ilahi. biarlah abang begini. abang yakin andai ada jodoh antara kita pasti akan bersatu jua...


Monday, February 20, 2012

ku ikhlas mencintaimu,sahabat...

   dia masih ingat lagi ketika dia baru mengenali Idham.Ketika itu jiwanya kosong,hidupnya hambar,atmanya seakan-akan mencari sesuatu.Tapi dia tidak pasti apa yang dicari.Kemewahan hidup yang dimiliki seakan tidak memberi apa-apa makna.Dia keresahan.Dia kebuntuan.
 
  "jauh termenung."suara itu membuatkannya berpaling.lelaki yang menegurnya hanya tersenyum.mesra.wajah itu kelihatan begitu tenang.pandangannya masih terlekat di wajah itu.

   "kamu ada masalah?"lelaki itu bertanya ramah.entah kenapa jiwanya sedikit tersentuh dengan keprihatinan lelaki itu namun mulutnya seakan terkunci menyebabkan dia hanya mampu berdiam diri.memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong.lelaki itu kembali bersuara.

   "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."Allah.buat pertama kalinya nama itu terpacul daripada mulutnya setelah sekian lama dia hidup.ketika dia berusia 6tahun,dia tidak pernah meninggalkan solat tapi itu semua dulu,sekarang sudah lain.Sudah lama dia tidak bersolat apatahlagi mengaji.

   sejak dari itu dia mula mengenal Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Idham banyak membantunya.Dia mula memahami erti persahabatan yang semata-mata untuk mencapai keredaan Ilahi.Hidupnya mula disulami dengan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.

   namun sejak akhir-akhir ini dia dapat merasakan Idham semakin menjauhkan diri daripadanya.berkali-kali dia cuba menafikan perasaan itu tapi itulah kenyataannya.Idham sudah jarang datang melawatnya di pejabat mahupun di rumah.telefon tidak pernah diangkat.

   hari itu dia dikhabarkan dengan satu berita.rupa-rupanya Idham mengalami masalah buah pinggang.kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi dan memerlukan penderma.mungkin Allah memberinya peluang untuk dia membuktikan betapa dia mencintai sahabatnya itu semata-mata kerana Allah swt.Yang pasti dia tidak perlu tahu hal itu...


keimanan adalah paksi,
bilamana kita mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
kita akan berusaha membuatnya bahagia,
dan berkongsi apa-apa sahaja agar dapat sama-sama melangkah ke syurga,
di saat dia gembira kita akan merasa senang,
di saat dia sedih kita akan merasa gundah,
itulah yang dinamakan sahabat...


Saturday, February 18, 2012

palestin...nantikan aku


Kesunyian malam menggamit memoriku menerjah silam.Perlahan-lahan mindaku semakin hanyut dibuai kenangan lalu yang pastinya tidak mungkin aku lupakan. Keganasan manusia yang telah meragut nyawa kesemua ahli keluargaku dengan rakusnya.Aku sering bertanya pada diriku,apakah di muka bumi ini hanya ada aku dan ahli keluarga serta penduduk Palestin yang berjuang untuk Islam?Di mana saudaraku yang lain?Yang berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad?
Aku jadi penasaran.
            Di saat itu,aku baru berusia enam tahun.Apalah sangat yang aku tahu?Sekadar bermain pondok-pondok pada setiap petang dan belajar mengaji pada waktu pagi.Kami sekeluarga hidup bahagia hinggalah satu ketika,walid pulang dalam keadaan tergesa-gesa dan meminta kami melarikan diri.Aku terdengar perbualan walid dan umi namun aku langsung tidak memahaminya. Hanya satu perkataan yang masih kukuh terpahat di ingatanku.Zionis laknatullah. Ya,aku pasti dengan itu.Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang di telingaku suara-suara yang menjerit ketakutan.Masih terbayang-bayang wajah-wajah yang menangis kesakitan.
            “Umi mesti bawa anak-anak kita pergi dari sini sekarang juga.Tempat ini sudah tidak selamat untuk kita tinggal.”Jeritan walid mengejutkan kami semua.Walid berjeda seketika.
            “Zionis laknatullah telah menyerang kawasan kita.Mereka mahukan tempat ini.Mereka mahukan masjid al-Aqsa.”Umi sudah mula menangis.Walid memeluk umi.Erat.
            “Macam mana dengan abang?”Walid hanya tersenyum sambil tangannya mengelus-ngelus rambut umi.
            “Hidup abang hanya untuk berbakti kepada bumi Palestin.Abang akan pertahankan masjid al-Aqsa.Jangan risaukan abang.Kamu harus pulang ke Malaysia.Doakan abang syahid di sini.”Air mata umi menitis semakin laju.Umi hanya mengangguk lemah.
            Walaupun berat untuk umi tempuhi,umi tetap tabah.Tambahan pula,umi sedang sarat mengandung.Sememangnya itulah pengorbanan yang harus diberikan buat suami tercinta.Buat terakhir kalinya walid mencium dahiku.Aku yang tidak mengerti apa-apa hanya membatukan diri.
            “Abang janji dengan walid mesti jaga umi dan adik.”Walid sempat berbisik di cuping telingaku.Anggukanku membuatkan walid tersenyum.Peluru-peluru semakin lebat menghujani kami semua.Aku hanya mengekori ibu sambil tanganku memegang erat tangan Hana.Satu-satunya adik perempuanku yang baru berusia empat tahun.
            Petang sudah mula merangkak ke malam.Aku lihat ibu mulai kepenatan.Nafas ibu tercungap-tercungap.Aku juga sudah keletihan kerana harus menggendong Hana.Kami berhenti rehat seketika.Kerana keletihan,kami tertidur. Malang tidak berbau kerana tentera Zionis Berjaya menemui tempat persembunyian kami.Di depan mataku,umi diperkosa dan kemudian perut umi dibelah dan janin yang berada di dalam perut umi ditarik keluar.Aku melihat umi hanya tersenyum sebelum menghembuskan nyawanya yang terakhir.Jelas kedengaran kalimah syahadah di mulut umi.
            Tentera Zionis bertambah berang dengan perlakuan umi yang sepertinya mengejek mereka.Tanpa perikemanusiaan mereka memperkosa pula Hana.Air hangat mula mengalir laju membasahi pipi.Hana meronta-ronta kesakitan.Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana kedua tangan dan kakiku diikat.Mereka akhirnya mengacukan senapang di setiap penjuru tubuh Hana.Di tangan,kepala, kaki dan perut.Dalam sekelip mata mereka melepaskan tembakan.Bang!!!Darah memercik keluar.Badan Hana hancur berkecai.Aku terduduk.Walid,maafkan abang.Mereka ketawa terbahak-bahak.Aku tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.Seingat aku,aku terjatuh dan kepalaku terhantuk batu.

HOSPITAL SELAYANG,KUALA LUMPUR
            Al-Amin melihat sekeliling.Kelihatan walid,umi dan Hana sedang melambai ke arahnya.Umi sedang menggendong seorang bayi.Adik.Aku bermonolog sendirian.Mereka hanya tersenyum memandangku.Walid menghampiri lantas membisikkan sesuatu.
            “Walid tak pernah salahkan abang.Begitu juga dengan umi dan Hana.Kami sayang abang dan akan sentiasa menanti abang di sini.”Walid mengatur langkah.Meninggalkan aku yang masih kaget.Mereka semua akhirnya hilang disebalik cahaya.Al-Amin menangis sepuas-puasnya.
            “Alhamdulillah,adik dah sedarkan diri.”Lelaki itu hanya tersenyum mesra kepadaku.Aku memerhati keadaan sekeliling.Tempat ini begitu asing untukku.
            “Adik jangan risau,segalanya selamat.Berehatlah dulu.”Mataku terpejam semula.Rupa-rupanya aku sudah berada di Malaysia.Lelaki tadi merupakan adik lelaki arwah ibukuMungkin ini yang terbaik untuk diriku.
           
KEM TAHANAN,GAZA
            “Kamu yakin dengan keputusan kamu?”Jeneral Hallens bertanya.Sinis.Ketawanya begitu mengjengkelkan.Tangannya pantas menghalakan sebilah pedang  di leher walid.Sambil tersenyum,walid mengangguk pasti.Allahu akbar.Pedang itu akhirnya memisahkan kepala walid daripada tubuhnya.Walid telah syahid.

                                                                    

            Namun aku sedih sekali melihat masyarakat di sini yang semakin alpa dengan kehidupan mereka.Hukum Allah sudah tidak dihiraukan lagi.Yang ada hanya kehendak untuk memuaskan nafsu serakah.Sungguh,aku amat kecewa melihat sikap masyarakat di sini yang langsung tidak mensyukuri nikmat Tuhan.Tunggulah tuntutan daripada kami di padang Mahsyar kelak.Aku nekad walau apapun yang terjadi,aku pasti kembali semula ke Palestin.
           
            “Palestin,nantikan aku.”
            

SECEBIS HARAPAN



Tanpa kusedari air mata tiba-tiba bercucuran membasahi pipi.Suasana khali  seketika.Keriuhan para mahasiswa yang berada di sekitar seakan tidak langsung memasuki ke dalam mindaku.Kisah silam mula melayari cepu fikiranku.Satu demi satu peristiwa hadir di minda seperti sebuah skrin.Semakin menyesakkan dan memedihkan.Begitu menusuk hingga ke relung hati.Cikgu Lee.Tiba-tiba nama itu meniti di bibirku.
Madrasah Al-Islam.Pertama kali kakiku melangkah ke sini,aku menggalas satu misi.Mencari ilmu sebanyak yang mungkin.Sewaktu itu aku masih mentah,masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan.Aku berharap agar aku akan mendapat secebis harapan untuk meneruskan perjalanan hidupku yang penuh dengan mehnah dan onak duri.
            Pada mulanya keputusanku begitu memberangsangkan.Setiap kali imtihan,aku akan dinobatkan sebagai pelajar contoh.Aku begitu mengharapkan kepulangan ibu bapaku untuk bersama-sama berkongsi kebahagiaan itu.Namun,aku semakin bosan untuk menanti dan terus menanti.Jiwaku begitu dahagakan kasih sayang daripada mereka.Tidak dapat kunafikan,kasih sayang nenek begitu melimpah namun kasih ibu bapa tiada tandingannya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya.
            Kisah hidupku tidaklah begitu menarik.Ayahku meninggal kerana terlibat dengan dadah.Sewaktu itu,aku baru berusia sepuluh tahun.Bayangkan pada usia yang sebegitu muda aku terpaksa hidup dalam cemuhan masyarakat.Aku hanya tinggal berdua bersama ibuku sehinggalah hadir seorang insan yang ku kira sebagai penyelamat ke dalam hidup kami.Uncle Chen.Tulus,aku amat menyenangi sikapnya yang peramah dan mudah mesra.Senang cerita,Uncle Chen sudah kuanggap seperti seorang ayah.Namun,kedukaan menjengah kembali ke dalam kamus hidupku.Uncle Chen melarikan diri bersama ibu ke Thailand.Aku keseorangan.Kesepian.Mujur ada nenek yang mampu mengisi kekosongan itu walaupun tidak sepenuhnya.
            Aku dapat merasakan semakin lama aku semakin hanyut.Alpa tujuanku datang ke sini.Aku inginkan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang aku mahu tanpa perlu dikongkong oleh sesiapapun.Jiwaku  memberontak.Lepak,rokok,lumba haram seakan sebati dengan hidupku.Litar mana yang tidak pernah aku jejaki?Lorong mana yang tidak pernah aku tempuhi?Juara Rempit.Gelaran itu sudah sinonim dengan hidupku.
            “Mir,jadi tak malam ni?”aku mengangguk.
            Malam ini merupakan penentu kalau kehebatan aku di litar lumba memang tidak boleh ditandingi.Aku memang pantang dicabar.Malam itu,seperti biasa aku .Aku tersenyum puas.Tiba-tiba telingaku menangkap suatu bunyi yang begitu membingitkan.Aku terdiam.Polis!!!Peluh dingin mula memercik di dahiku.Dalam kekalutan,aku dapat merasakan aku telah melanggar sesuatu.Segalanya kabur dipandanganku.
            “Amir,apa dah jadi ni?”lirih suara nenek kedengaran di cuping telingaku.Aku melilau memandang sekeliling.Tempat ini begitu asing di mataku.Disebalik gerigi besi yang memisahkan aku dengan dunia luar.Nenek masih memegang erat tanganku.Diwajahnya tergambar kekecewaannya padaku.Maafkan aku nenek.Pegangan nenek semakin mengendur.Nenek masih mampu tersenyum ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku tergamam.’Ah,persetankan semua ini.Lepas ni kau bebas melakukan apa saja Amir.’Keesokannya aku dibebaskan.Sejak itu merokok menjadi rutin harianku.Pelajaran sudah lama aku tinggalkan.
             
            “Amir,kamu sedar tak apa yang kamu lakukan ini akan menjejaskan masa depan kamu sendiri?”
            “Aku bahagia dengan hidup aku.Kau tak perlu susah-susah habiskan masa layan orang macam aku ni.”Jawapan itu membuatkan Cikgu Lee terdiam seketika.Dia menunduk.Aku masih tidak berganjak.Azan Zohor mula berkumandang memecah kesunyian antara kami.Entah kenapa aku merasakan diriku begitu kerdil di bumi ciptaan Tuhan ini.Air mataku mula menitis membasahi pipi.Timbul rasa insaf di hatiku. Namun keegoan melangkaui segalanya.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi aku balik dulu.”Tanpa menunggu sebarang jawapan aku membuka langkah meninggalkan ruangannya.
Bermula dari hari itu,Cikgu Lee tidak pernah berhenti bertanya khabarku.Kadang-kadang dia akan memberiku hadiah.Anehnya,hatiku terasa bahagia walaupun akalku masih belum mampu menerima.Dalam diam,aku mula menyayangi Cikgu Lee sebagai seorang abang yang selalu memberikan aku dorongan dan semangat untuk terus hidup.Namun perasaan itu tidak pernah aku pamerkan kerana aku masih sangsi dengan keikhlasannya.
            “Kau tahu tak sebenarnya Cikgu Lee tu ada AIDS.Aku tak boleh nak bayangkan macam mana kalau penyakit tu merebak.Aku tak nak jadi mangsa”.Dadaku mula berdegup kencang.Mail tersenyum sinis memandangku.
            “Biasanya,kalau orang yang ada penyakit macam tu bukan orang baik-baik.Entah apa yang dia lakukan sampai dapat virus tu.Mana tahu,depan kita punyalah baik,pijak semut pun tak mati tapi rupa-rupanya penagih dadah macam ayah si Amir.Agak-agaknya orang yang rapat dengan Amir semuanya kena musibah,tak hairanlah kalau mak sendiri tak nak mengaku anak”.Mulut Mail semakin lantang berbicara.Aku terkedu.Kenapa mesti diungkit hal yang telah berlaku?
            Aku hanya mampu berdiam diri.Hatiku hancur.Benarkah Cikgu Lee seperti itu?Aku tak sepatutnya mempercayai bangsa lain.Pesan arwah datukku masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Seperti baru semalam aku berbual dengannya. Aku mara ke ruangan Cikgu Lee.
            “Aku benci kau.Kenapa kau buat aku macam ni?Kau memang tak ada perasaan”.Aku melepaskan kemarahan.Segala barang yang pernah aku terima aku lemparkan ke lantai.Hatiku puas.Menyedari kami menjadi perhatian umum,laju langkah ku atur meninggalkan Cikgu Lee yang masih terpinga-pinga.Aku sempat menoleh ke belakang.dia hanya memandangku dengan pandangan yang kosong.Sejak itu aku langsung tidak berhubung dengan Cikgu Lee sehinggalah suatu hari Cikgu Asmadi datang menemuiku di asrama.
            “Amir,sebenarnya orang yang ikat jamin awak hari itu ialah Cikgu Lee.Dia suruh cikgu merahsiakannya kerana takut Amir akan salah faham.”Belum sempat aku membuka langkah,Cikgu Asmadi memaut lenganku.Kemas.
            “Kamu nak ke mana?”
            “Saya nak jumpa Cikgu Lee.Saya nak minta maaf.Banyak salah saya dengan dia.”
            “Dah terlambat.”Dahiku mula berkerut seribu, tanda tidak memahami apa yang Cikgu Asmadi perkatakan.Suasana khali seketika.Aku masih menanti Cikgu Asmadi menyambung percakapannya.
            “Dia dah tak ada.Dia tinggalkan kamu sepucuk surat.Dia dah maafkan kamu.”Aku terduduk.Aku sedar aku telah silap menilai Cikgu Lee.Cikgu mendapat virus HIV kerana telah menderma darah kepada seorang mangsa kemalangan yang rupa-rupanya menghidapi AIDS. Pera/saanku begitu sukar untuk diluahkan.Sedih,geram.Semuanya menguasai benakku.Air mataku mula menitis laju.
            Amir,
            Cikgu minta maaf andai kehadiran cikgu telah menyusahkan hidup Amir.Ikhlas cikgu katakan cikgu amat menyayangimu.Mungkin cikgu terlalu mengikut perasaan dek wajahmu persis seperti adik lelaki cikgu yang meninggal dunia dua tahun yang lepas.Majulah Amir,buktikan pada orang lain yang Amir tak lemah.Cikgu yakin dengan kemampuan kamu.Langit tak selalunya mendung,esok pasti cerah jua.             
                                                                                     Salam sayang,
                                                                                     Cikgu Lee.
                             
            Aku sudah nekad,pemergian cikgu bukanlah penyebab untuk aku berputus asa.Aku akan buktikan aku boleh berjaya tanpa perlu bergantung kepada orang lain.Semangatku untuk belajar mula membara. Pembelajaranku semakin baik.Aku telah mendapat 12A dalam Peperiksaan SPM baru-baru ini dan ditawarkan belajar di Jordan dalam bidang kedoktoran.
“Amir,jom bergambar”.Suara Hafiz mengejutkan aku.Aku tersenyum cuma sebelum mengatur langkah menuju ke arahnya.Terima kasih,cikgu,kehadiranmu memberikan aku kekuatan untuk terus bangkit.Ilmu merupakan sesutu yang amat berharga.Segulung ijazah yang kugenggam tidak akan kupersia-siakan.