moga2 barokah mendahului...

Saturday, February 18, 2012

SECEBIS HARAPAN



Tanpa kusedari air mata tiba-tiba bercucuran membasahi pipi.Suasana khali  seketika.Keriuhan para mahasiswa yang berada di sekitar seakan tidak langsung memasuki ke dalam mindaku.Kisah silam mula melayari cepu fikiranku.Satu demi satu peristiwa hadir di minda seperti sebuah skrin.Semakin menyesakkan dan memedihkan.Begitu menusuk hingga ke relung hati.Cikgu Lee.Tiba-tiba nama itu meniti di bibirku.
Madrasah Al-Islam.Pertama kali kakiku melangkah ke sini,aku menggalas satu misi.Mencari ilmu sebanyak yang mungkin.Sewaktu itu aku masih mentah,masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan.Aku berharap agar aku akan mendapat secebis harapan untuk meneruskan perjalanan hidupku yang penuh dengan mehnah dan onak duri.
            Pada mulanya keputusanku begitu memberangsangkan.Setiap kali imtihan,aku akan dinobatkan sebagai pelajar contoh.Aku begitu mengharapkan kepulangan ibu bapaku untuk bersama-sama berkongsi kebahagiaan itu.Namun,aku semakin bosan untuk menanti dan terus menanti.Jiwaku begitu dahagakan kasih sayang daripada mereka.Tidak dapat kunafikan,kasih sayang nenek begitu melimpah namun kasih ibu bapa tiada tandingannya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya.
            Kisah hidupku tidaklah begitu menarik.Ayahku meninggal kerana terlibat dengan dadah.Sewaktu itu,aku baru berusia sepuluh tahun.Bayangkan pada usia yang sebegitu muda aku terpaksa hidup dalam cemuhan masyarakat.Aku hanya tinggal berdua bersama ibuku sehinggalah hadir seorang insan yang ku kira sebagai penyelamat ke dalam hidup kami.Uncle Chen.Tulus,aku amat menyenangi sikapnya yang peramah dan mudah mesra.Senang cerita,Uncle Chen sudah kuanggap seperti seorang ayah.Namun,kedukaan menjengah kembali ke dalam kamus hidupku.Uncle Chen melarikan diri bersama ibu ke Thailand.Aku keseorangan.Kesepian.Mujur ada nenek yang mampu mengisi kekosongan itu walaupun tidak sepenuhnya.
            Aku dapat merasakan semakin lama aku semakin hanyut.Alpa tujuanku datang ke sini.Aku inginkan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang aku mahu tanpa perlu dikongkong oleh sesiapapun.Jiwaku  memberontak.Lepak,rokok,lumba haram seakan sebati dengan hidupku.Litar mana yang tidak pernah aku jejaki?Lorong mana yang tidak pernah aku tempuhi?Juara Rempit.Gelaran itu sudah sinonim dengan hidupku.
            “Mir,jadi tak malam ni?”aku mengangguk.
            Malam ini merupakan penentu kalau kehebatan aku di litar lumba memang tidak boleh ditandingi.Aku memang pantang dicabar.Malam itu,seperti biasa aku .Aku tersenyum puas.Tiba-tiba telingaku menangkap suatu bunyi yang begitu membingitkan.Aku terdiam.Polis!!!Peluh dingin mula memercik di dahiku.Dalam kekalutan,aku dapat merasakan aku telah melanggar sesuatu.Segalanya kabur dipandanganku.
            “Amir,apa dah jadi ni?”lirih suara nenek kedengaran di cuping telingaku.Aku melilau memandang sekeliling.Tempat ini begitu asing di mataku.Disebalik gerigi besi yang memisahkan aku dengan dunia luar.Nenek masih memegang erat tanganku.Diwajahnya tergambar kekecewaannya padaku.Maafkan aku nenek.Pegangan nenek semakin mengendur.Nenek masih mampu tersenyum ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku tergamam.’Ah,persetankan semua ini.Lepas ni kau bebas melakukan apa saja Amir.’Keesokannya aku dibebaskan.Sejak itu merokok menjadi rutin harianku.Pelajaran sudah lama aku tinggalkan.
             
            “Amir,kamu sedar tak apa yang kamu lakukan ini akan menjejaskan masa depan kamu sendiri?”
            “Aku bahagia dengan hidup aku.Kau tak perlu susah-susah habiskan masa layan orang macam aku ni.”Jawapan itu membuatkan Cikgu Lee terdiam seketika.Dia menunduk.Aku masih tidak berganjak.Azan Zohor mula berkumandang memecah kesunyian antara kami.Entah kenapa aku merasakan diriku begitu kerdil di bumi ciptaan Tuhan ini.Air mataku mula menitis membasahi pipi.Timbul rasa insaf di hatiku. Namun keegoan melangkaui segalanya.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi aku balik dulu.”Tanpa menunggu sebarang jawapan aku membuka langkah meninggalkan ruangannya.
Bermula dari hari itu,Cikgu Lee tidak pernah berhenti bertanya khabarku.Kadang-kadang dia akan memberiku hadiah.Anehnya,hatiku terasa bahagia walaupun akalku masih belum mampu menerima.Dalam diam,aku mula menyayangi Cikgu Lee sebagai seorang abang yang selalu memberikan aku dorongan dan semangat untuk terus hidup.Namun perasaan itu tidak pernah aku pamerkan kerana aku masih sangsi dengan keikhlasannya.
            “Kau tahu tak sebenarnya Cikgu Lee tu ada AIDS.Aku tak boleh nak bayangkan macam mana kalau penyakit tu merebak.Aku tak nak jadi mangsa”.Dadaku mula berdegup kencang.Mail tersenyum sinis memandangku.
            “Biasanya,kalau orang yang ada penyakit macam tu bukan orang baik-baik.Entah apa yang dia lakukan sampai dapat virus tu.Mana tahu,depan kita punyalah baik,pijak semut pun tak mati tapi rupa-rupanya penagih dadah macam ayah si Amir.Agak-agaknya orang yang rapat dengan Amir semuanya kena musibah,tak hairanlah kalau mak sendiri tak nak mengaku anak”.Mulut Mail semakin lantang berbicara.Aku terkedu.Kenapa mesti diungkit hal yang telah berlaku?
            Aku hanya mampu berdiam diri.Hatiku hancur.Benarkah Cikgu Lee seperti itu?Aku tak sepatutnya mempercayai bangsa lain.Pesan arwah datukku masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Seperti baru semalam aku berbual dengannya. Aku mara ke ruangan Cikgu Lee.
            “Aku benci kau.Kenapa kau buat aku macam ni?Kau memang tak ada perasaan”.Aku melepaskan kemarahan.Segala barang yang pernah aku terima aku lemparkan ke lantai.Hatiku puas.Menyedari kami menjadi perhatian umum,laju langkah ku atur meninggalkan Cikgu Lee yang masih terpinga-pinga.Aku sempat menoleh ke belakang.dia hanya memandangku dengan pandangan yang kosong.Sejak itu aku langsung tidak berhubung dengan Cikgu Lee sehinggalah suatu hari Cikgu Asmadi datang menemuiku di asrama.
            “Amir,sebenarnya orang yang ikat jamin awak hari itu ialah Cikgu Lee.Dia suruh cikgu merahsiakannya kerana takut Amir akan salah faham.”Belum sempat aku membuka langkah,Cikgu Asmadi memaut lenganku.Kemas.
            “Kamu nak ke mana?”
            “Saya nak jumpa Cikgu Lee.Saya nak minta maaf.Banyak salah saya dengan dia.”
            “Dah terlambat.”Dahiku mula berkerut seribu, tanda tidak memahami apa yang Cikgu Asmadi perkatakan.Suasana khali seketika.Aku masih menanti Cikgu Asmadi menyambung percakapannya.
            “Dia dah tak ada.Dia tinggalkan kamu sepucuk surat.Dia dah maafkan kamu.”Aku terduduk.Aku sedar aku telah silap menilai Cikgu Lee.Cikgu mendapat virus HIV kerana telah menderma darah kepada seorang mangsa kemalangan yang rupa-rupanya menghidapi AIDS. Pera/saanku begitu sukar untuk diluahkan.Sedih,geram.Semuanya menguasai benakku.Air mataku mula menitis laju.
            Amir,
            Cikgu minta maaf andai kehadiran cikgu telah menyusahkan hidup Amir.Ikhlas cikgu katakan cikgu amat menyayangimu.Mungkin cikgu terlalu mengikut perasaan dek wajahmu persis seperti adik lelaki cikgu yang meninggal dunia dua tahun yang lepas.Majulah Amir,buktikan pada orang lain yang Amir tak lemah.Cikgu yakin dengan kemampuan kamu.Langit tak selalunya mendung,esok pasti cerah jua.             
                                                                                     Salam sayang,
                                                                                     Cikgu Lee.
                             
            Aku sudah nekad,pemergian cikgu bukanlah penyebab untuk aku berputus asa.Aku akan buktikan aku boleh berjaya tanpa perlu bergantung kepada orang lain.Semangatku untuk belajar mula membara. Pembelajaranku semakin baik.Aku telah mendapat 12A dalam Peperiksaan SPM baru-baru ini dan ditawarkan belajar di Jordan dalam bidang kedoktoran.
“Amir,jom bergambar”.Suara Hafiz mengejutkan aku.Aku tersenyum cuma sebelum mengatur langkah menuju ke arahnya.Terima kasih,cikgu,kehadiranmu memberikan aku kekuatan untuk terus bangkit.Ilmu merupakan sesutu yang amat berharga.Segulung ijazah yang kugenggam tidak akan kupersia-siakan.

No comments:

Post a Comment