moga2 barokah mendahului...

Wednesday, March 9, 2016

Dia al-Fateh... KITA???


Mendengar kisah al-Fateh cukup membuatkan dada ini terasa berdegup kencang sekali. Begitu indah kisah hidup, pengembaraan seorang pejuang Islam ini dalam menawan kota Konstantinopel. Bermula dari sabda Rasulullah s.a.w y bermksud: 

"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..."  hadis riwayat Imam Ahmad

Seawal usia 3 tahun ibunya selalu berpesan "Taklukilah kota ini(Konstantinopel) dengan al-Quran, kesultanan dan kasih-sayang sesama manusia." Begitu besar harapan seorang ibu kepada anaknya agar dapat menegakkan Islam di kota itu.

Pada usia 12 tahun, jikalau pada zaman ini kanak-kanak sedang sibuk mengejar teknologi, smartphone, whats app, facebook, tapi pada usia ini Sultan Muhammad Al- Fateh telah diberikan tanggungjawab untuk memerintah Uthmaniyyah.

Dan kerana segala kesungguhannya dia telah mencapai apa yang diinginkan. Namun dimanakah kita sekarang? Adakah kita juga sudah mampu mencapai target kita? Menggapai apa yang kita garapkan? Ataupun kita masih lagi tergantung tanpa arah tujuan? Masih menanti sesuatu datang untuk menyedarkan? 

Bangkitlah, seandainya tidak mampu untuk menjadi al-Fateh sekurang-kurangnya jadilah diri sendiri yang mampu memberikan sesuatu kepada orang lain.

Kita tak akan ke mana-mana andai kita hanya menunggu...
Wallahualam.