"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." surah Muhammad,ayat 7
moga2 barokah mendahului...
Showing posts with label SMKAKA. Show all posts
Showing posts with label SMKAKA. Show all posts
Saturday, April 21, 2012
journey of muslim
Alhamdulillah wasyukurilah akhirnya hari ini kami berjaya menyudahkan kem ibadat untuk adik-adik pelajar tingkatan satu.Journey of muslim.Ramai yang tertanya-tanya kenapa begitu nama yang diberikan.Jawapannya mudah.Solat merupakan tiang agama.Nah sudah terang lagi bersuluh solat merupakan satu titik permulaan bagi perjalanan hidup seorang muslim.Tanpa solat jiwa akan terasa kosong tanpa cinta kepada Sang Pencipta.Maka pastinya akan berlaku pelbagai kemaksiatan kerana tiada rasa takut mahupun segan kepada Dia untuk melakukan kemungkaran.
Solat dapat mencegah kemungkaran.Tidak kurang juga ramai yang hanya melakukan solat sekadar nama sahaja tanpa mengira rukun mahupun syarat ibadah tersebut.Justeru itu kem ibadah ini dilakukan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada adik-adik mengenai solat sekaligus merapatkan silaturrahim antara adik-adik tingkatan satu dengan bekas pelajar smkaka.
Kepada semua sahabat yang turut menjayakan kem ini semoga terus istiqamah.sesungguhnya tiada yang mudah dalam berdakwah.Selama lebih kurang dua hari,dua malam kami berkampung di smkaka begitu banyak perkara yang dipelajari.Ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang sentiasa memberikan dorongan kepada kami semua.syukran jiddan.Semoga kem yang diadakan dapat memberikan sedikit manfaat buat adik-adik tingkatan 1 dan juga buat diri kami semua.Amin.
wallahualam...
semoga Allah reda...
Saturday, February 11, 2012
Indahnya Bahasa Arab
semestinya bila menyebut sahaja Bahasa Arab ramai akan berkata...susahlah,tak berminatlah,berbelit-belitlah. Tapi lupakah kita Bahasa Arab itu merupakan bahasa Al-Quran,bahasa penghuni Syurga.Aku tersenyum sendirian.Bukan apa terasa seperti terkena batang hidung sendiri.Jujur aku katakan Bahasa Arab bukanlah bahasa kegemaranku kerana bagiku ianya cukup susah.Pernah satu saat aku berfikir untuk tidak mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh hinggalah satu saat seseorang telah menyedarkan aku. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.
Ibnu Taimiyah pernah berkata:
"Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama dan mengetahuinya adalah wajib."
tiba-tiba aku teringat kepada salah satu maudhu' yang aku baca dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd. Juoi.Tajuknya:Kau,Aku dan Kami dalam kurniaan rezeki.Aku termenung lagi.
"bila Allah gunakan 'Kami' itu menunjukkan ada keterlibatan pihak lain dalam perlakuan dan ketentuan-Nya.Contohnya dalam pemberian rezeki kepada manusia,Allah gunakan ganti nama 'Kami'."
"sebab dalam pemberian rezeki Allah libatkan matahari,hujan,air,haiwan dan lain-lain.Buah-buahan yang dimakan manusia misalnya,ada campurtangan makhluk lain yang menyampaikan rezeki daripada Allah kepada kita."
"bila Allah gunakan ana atau aku,Allah selalunya merujuk kepada pengampunan dosa,penerimaan taubat. Maksudnya dalam pengampunan dosa dan penerimaan taubat Allah menggunakan ganti nama diri-Nya sendiri.Allah tidak melibatkan 'saluran-saluran' dalam kalangan makhluk-makhluk lain.Maksudnya Allah secara langsung mengampunkan dosa para hamba-Nya yang bertaubat...Itu sebabnya Allah gunakan 'Aku' bukan lagi 'Kami'..."
Buku itu membuatkan saya benar-benar terfikir.Bagaimana untuk memahami kalamullah tanpa mencintai bahasa Arab?Tetapi ternyata lebih sukar untuk memahami bahasa Arab jika tidak mengenalinya? Tak kenal maka tak cinta.....

KAKA...
to my group,i really love u all...
hari ini aku merasakan begitu rindu untuk pulang ke sekolah.Begitu banyak knangan yang terukir indah di situ. Sungguh sekolah itu memberi makna yang begitu mendalam dalam hidup ini.Begitu banyak mentarbiyah diri ini untuk menjadi seorang insan yang berguna.Aku begitu rindu suasana itu.Suasana saling bergelak ketawa,bertukar cerita.Semuanya seakan mengejar aku.Menmbawa aku kembali mengenang peristiwa-peristiwa indah yang pernah aku lakarkan bersamamu dulu.Seandainya kenangan itu bisa aku ukirkan kembali,pasti aku rela untuk mengulanginya tapi aku sudah sedia maklum waktu itu tidak bisa diputarkan kembali walau apapun caranya.Hidup mesti diteruskan.Aku sedar perjalanan ini masih lagi panjang.Masih jauh di depan.
gambar kelas 5mb1...always in memory...
hidup ini sering berputar.Terkadang kita berada di atas,terkadang kita berada di bawah.Seandainya kita berada di atas janganlah sesekali merasakan begitu selesa kerana itu semua tidak kekal dan seandainya kita berada di bawah janganlah begitu mudah kecewa dan berputus asa kerana Allah itu Maha Adil. Seseorang pernah berkata kepada aku kalau langit itu tidak selalunya mendung.Aku masih ingat kata-kata itu kerana ianya banyak memberikan dorongan dan motivasi buat diri yang hina ini.Walauapapun yang kita lakukan kembalilah kepada Ilahi kerana Dia merupakan sebaik-baik penolong.
memang tidak dapat dinafikan sahabat merupakan orang yang banyak mengubah cara hidup kita selain ibu bapa.OLeh itu,bijaksanalah dalam memilih sahabat..
namun tidak cukup dengan itu,guru-guru juga merupakan insan yang seharusnya kita hormati dan sayangi seluruh hidup kita.Jasa mereka amatlah besar.Tanpa mereka mungkin kita tidak akan mengenal ABC... kadang-kadang mungkin kita terlupa bahawa mereka juga merupakan insan yang pernah hadir dalam hidup kita dengan memberikan warna-warna yang indah.
cg.zahariah dan cg.rokiah...
ust. kamaluddin,ust. azwa,ust. mat lazim, sir zambala
ust. firdaus
ust. sulaiman
SMKAKA TAKKAN LUPUT DARI INGATAN INI...insya Allah...asif jiddan tak sempat nak upload semua gambar...

Friday, February 10, 2012
BINGKISAN BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG
Assalamualaikum w.b.t.......
salam sayang buat ukhti,
suka akak ingin
bertanya kaifahaluki,wahai adikku?apa khabar iman didadamu?masih adakah sifat
sabar yang sentiasa menyelimuti tubuhmu?masih adakah malu yang menjadi
perhiasanmu?masih segarkan taqwa yang menyelubungimu?Ingatlah bahawa kasih-sayang
Allah itu amat luas.Allah pernah berkata
“Dan
janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling
tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman.”ali-Imran:139.
Kadang-kadang
Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan hujan,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan
kita pelangi yang indah.Allah berikan kita kesusahan dan rintangan sebab Dia
nak berikan kesenangan jika kita tabah dan
terus berusaha
SEMEMANGNYA AKAK
AKUI CUBAAN DAN RINTANGAN INI BUKANLAH MUDAH UNTUK DITEMPUH DAN MEMERLUKAN
TAHAP KESABARAN YANG CUKUP TINGGI.JUJUR AKAK KATAKAN AKAK SENDIRI PERNAH
MENGELUH...PERNAH RASA PUTUS ASA...NAMUN AKAK KEMBALI SEDAR KERANA ITU
MERUPAKAN SATU AMANAH YANG HARUS DIPIKUL DENGAN SEBAIK MUNGKIN.AKAK AKUI DIRI
INI SEBENARNYA TERLALU HINA DAN TIDAK LAYAK SAMA SEKALI UNTUK MEMBERI KEPADA
ORANG LAIN.APATAH LAGI KEPADA ADIK-ADIK YANG HEBAT-HEBAT INI...
TAPI AKAK TETAP
INGIN BERKATA-KATA:
SAYANGILAH DAN
HARGAILAH SESUATU SEMASA IA MASIH ADA DI DEPAN KITA...TIPULAH KALAU AKAK
KATAKAN TIDAK MERINDUI SAAT-SAAT DULU...BERADA DI SEKOLAH YANG BANYAK
MENTARBIYAH DIRI YANG HINA INI...BERADA DI SAMPING GURU-GURU YANG TIDAK
JEMU-JEMU MEMBERIKAN SEMANGAT KETIKA DIRI INI HAMPIR REBAH...BERADA DI SAMPING
SAHABAT-SAHABAT YANG SERING MENGINGATKAN DIRI INI KEPADA ILAHI... SEMUA ITU
SANGAT INDAH UNTUK DIKENANG KEMBALI..
Jadilah diri
sendiri dan jangan cuba untuk menjadi orang lain...tak guna terlalu mencari
kesempurnaan kerana tetap akan hadir ketidaksempurnaan.. setiap insan tidak ada
yang sempurna kecuali junjungan besar kita,nabi muhammad s.a.w...amalkanlah
peribadi baginda...seterusnya berserahlah kepada ilahi...hanya dia yang layak
menilai diri kita...
Jangan pernah
mengharapkan kasih ataupun perhatian daripada orang lain kerana satu hari nanti
kita akan kecewa...hati manusia boleh beralih arah walaupun sahabat kita
sendiri...sebab itulah,mencinta bukan semestinya untuk di cinta...cukuplah jika
kita melihat orang2 yang kita sayang dan cintai itu bahagia...tidak semestinya
dia akan bahagia apabila bersama kita...
Hormatilah orang2
di sekeliling tanpa mengenal siapa...
kerinduan ini
Hari ini entah kenapa aku merasakan benar-benar kesepian.Aku benar-benar seperti teraba-raba dalam terang. Jiwa ini terasa kekosongan,seperti dahagakan sesuatu.Ya Rabbi,aku benar-benar merindui-Mu.Kadang- kadang aku benci dengan diriku sendiri.Kenapa aku masih mengharapkan cinta@perhatian daripada manusia?Aku tahu cinta manusia itu tidak kekal namun kenapa aku masih mengharapkannya?Aku cuba untuk membuangnya, belajar untuk menerima seadanya tapi ternyata ianya tidak semudah yang aku sangkakan.Aku memang sedang berperang dengan perasaanku sendiri.Bila bersendirian begini,barulah terasa kalau cinta Ilahi itu yang paling bermakna dalam kehidupan ini.Walau apapun cinta kepada seseorang yang bergelar manusia tetap tidak dapat aku elakkan.Maafkan aku ,Ya Allah kerana terkadang cinta itu melebihi cintaku pada-Mu.Insan yang hina ini gagal untuk mencintai-Mu dengan sepenuh hati.Aku akan terus mencuba walaupun aku tahu ianya amat sukar.
Bantulah daku Ya Rabbi...
Bantulah daku Ya Rabbi...
Subscribe to:
Posts (Atom)