moga2 barokah mendahului...

Sunday, October 12, 2014

aku ingin menjadi pejuang!!!

siapakah aku?
diri ini tidaklah sehebat mana,
tidak layak untuk bergelar pejuang...
namun sampai bila?
harus berdiam dan menyendiri,

setiap insan itu pasti punya kelebihan dan kekurangan,
tidak ada insan yang lebih dalam segala aspek,
tidak ada insan yang sempurna,
waima dia itu sesiapa pun,
kecuali Rasulullah SAW,,,

pejuang itu tidak semestinya mesti di medan perang,
pejuang itu tidak semestinya harus seorang yang pintar bermain pedang,
mahupun seorang yang pintar bermain kata,
kerana pejuang itu adalah seorang yang ingin berjuang,
berani menyahut perjuangan,
kita lebih kenal siapa diri kita,
mungkin insan lain bisa mengata,
namun mungkin mereka juga alpa,
kalau mereka juga tidak sempurna,

ke manakah harus berjuang?
di medan ini,
di medan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
di medan persinggahan yang sarat dengan tribulasi yang mendatang,
berjuanglah untuk segala kebaikan,
berjuanglah dengan segala keazaman,

jangan gentar andai rebah,
tapi belajarlah untuk bangun setelah rebah,
kerana itulah hakikat perjuangan!!!

Thursday, October 9, 2014

Allahurabbi, jagalah diri kami

Jika kita menjaga hubungan dengan Allah,nescaya Allah akan menjaga hubungan kita dengan semua…


Entah kenapa kadang-kadang hati begitu mudah terasa dengan sikap manusia.Dengan adik-beradik,keluarga, sahabat mahupun kadang-kadang hal itu hanyalah sekelumit. Allah,mungkin tanpa kita sedar Allah sedang memberitahu kalau Dia sentiasa ada untuk kita. Kalau kita mengharapkan manusia untuk menjaga kita nescaya itu semua hanyalah akan memberikan kita kekecewaan. Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita dan hanya Dial ah yang lebih memahami kita kerana Dia adalah Pencipta…

Friday, January 24, 2014

something from my heart...







kehadirannya memberiku semangat baru,
kehadirannya mengajar aku bagaimana u senyum kmbali,
kehadirannya mengajar aku u terus kuat,
kehadirannya mengajar aku untuk terus melakar kngn indah,

tiada apa yang mampu aku ungkapkan betapa besar kurniaan DIA untukku,DIA menghadirkn aku seorang shbt yang sangt2 baek.SubhanALLAH ,terasa DIA begitu sayangkn diri ini,meskipun diri ini sering terleka,namun kasih-sayang DIA tiada henti,

buat shbat y sangt2 aku sayang,
ku titipkan doa untukmu,
semoga kau terus kuat menempuh hari2 yang mendatang,
seandainya lemah ketahuilah aku sentiasa ada untukmu, insha Allah,
ketahuilah bahawa diri ini begitu menyayangimu,sahabt

Wednesday, January 22, 2014

..................................



Menyayangi seseorang tak semestinya untuk disayangi kembali.Setiap insan yang hadir dalam kamus hidup kita semestinya akan mengucapkan selamat tinggal juga suatu hari nanti,sama ada cepat ataupun lambat,meskipun pahit namun itulah kenyataan yang harus ditelan.Pesimiskah untuk berfikiran seperti itu?Entah,aku sendiri tak mengerti kerana pengalaman benar-benar mengajar aku untuk tidak terlalu berharap pada sesiapa.Walau betapa sayang sekalipun kita kepada seseorang tak mustahil dialah orang yang pertama akan menuding jari ke arah kita kerana hati manusia mampu berubah sekelip mata tanpa kita mampu untuk menduga.
Lumrah manusia untuk menghargai sesuatu itu apabila telah kehilangan sesuatu.Mungkin kita tidak perasan dengan kehadirannya disisi,kita tidak perasan dalam diam kita telah melukainya,akhirnya bila dia tiada disisi kita akan mula terasa kehilangan.Saat itu kita akan menyesal dan akan berkata pada diri sendiri, “Kalaulah dia berada disisi aku sekarang,pastinya aku akan memberitahunya betapa aku sangat sayangkan dia.” Tapi saat itu kita hanya mampu menangis dan menangis kerana dia telah pergi jauh.
Mengucapkan sayang itu mudah tapi tak semudah untuk menyayangi.Untuk menyayangi memerlukan pengorbanan kerana tak semestinya kita juga akan disayangi.Menyayangi bererti kita semestinya bersedia untuk memberi bukannya hanya menunggu untuk diberi.Sejauh mana kita akan disayangi bukannya persoalan tapi sejauh manakah kita telah menyayangi.Memetik kata Hilal Asyraf dalam novel Sinergi, “Tak penting apa yang sahabat beri pada kita tapi lebih penting apa yang kita beri pada sahabat.”
Apapun,walau sayang mana kita pada sesuatu jangan pernah melebihi sayang kita kepada DIA yang telah menganugerahkan rasa sayang dalam hati kita.Kerana DIA kita tahu bagaimana rasa sayang itu,kerana DIA kita tahu bagaimana untuk menyayangi dan kerana DIA juga kita belajar bagaimana untuk menghargai sesuatu.Kadang-kadang DIA jauhkan sesuatu yang kita sayang kerana mahu kita belajar untuk menghargai dan pada masa yang sama menyedari yang kasih-sayang DIA yang kekal abadi untuk kita bukannya sesuatu yang kita sayang itu.
Jadi,kalau kita inginkan kasih sayang kita berkekalan,jadikanlah keimanan kepada DIA sebagai paksinya.Jika kita menyayangi kerana sesuatu kerana DIA,kita tidak akan mengharapkan balasan dari sesuatu itu kerana kita yakin dengan balasan dari ALLAH.Balasan dari DIA itu lebih berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan balasan dari manusia.
Jom berkasih-sayang kerana ALLAH.