Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah suratan alam,
Begitu aturan Tuhan.
Sememangnya dalam hidup ini kita tidak akan selalu di atas,
adakalanya bumi akan berputar, ada masanya kita pula akan berada di bawah.
Kalau kita rasa sedih, memang kita akan menangis walaupun cuba ditahan kerana
kita hanya insan yang lemah, namun selepas itu ingatlah diluar itu lagi ramai
insan yang lagi sedih daripada kita, kesedihan mereka lagi besar daripada
kesedihan kita. Lumrah manusia itu seorang yang lemah, namun yakinlah andai
kita berpegang teguh pada janji Allah, kita akan mampu menghadapi segala apa
jua rintangan.
Tidak lepas juga dengan diri ini, sentiasa mudah rapuh
dengan dugaan yang menjengah. Terkadang pernah terasa hendak melarikan diri
dari semua, tapi sampai bila? Masalah tidak akan pernah selesai dengan hanya
melarikan diri.
Demam final dah kian surut. Alhamdulillah selesai sudah 4
paper untuk semester ini.Buat semua yang masih belum habis, gunakanlah peluang,
ruang masa yang ada dengan sebaiknya. Andai rasa lelah, ingatlah insan- insan
yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kita.Ya, memang ada satu tahap
kita akan rasa down, nak berhenti namun fikir-fikirkanlah adakah itu yang
paling terbaik. Ramai yang mengeluh:
“Uh, camne erk nak studi tuk jadi dean list?”
“Susahla, macam mana nak studi nim?”
“Penatlah, lecturer nim macam2 keje dia bagi, ingat aku xde
keje lain ke?”
Saya selalu juga mengeluh. Lumrah manusia.Tapi selepas
itu saya akan bayangkan kesusahan ayah bekerja dibawah terik matahari, mahupun
ketika hujan lebat. Walaupun ayah demam, walaupun kaki ayah sakit tapi ayah
tetap bekerja, agar saya dan keluarga mampu hidup. Ayah tetap setia dengan
motosikalnya untuk ke mana-mana. Dia tidak pernah berkira dengan anak-anaknya,
meskipun jika untuk membeli untuk dirinya dia sangatlah kedekut. Tapi jika
untuk anak-anaknya dia akan usahakan seboleh yang mungkin.
Mana mungkin saya
mungkin mampu mengeluh sedangkan saya hari-hari belajar dalam aircond, dalam
keadaan yang cukup selesa, saya cuma hanya perlu berfikir, menghafal tanpa
menggunakan kudrat saya sedikit pun. Saya tak perlu fikir pom soal duit untuk
bayar bil, untuk perbelanjaan harian. Saya cuma hanya perlu belajar, dan
seandainya untuk itupun saya tak mampu, saya selalu mengeluh, mungkin tak layak
untuk saya bergelar seorang manusia. Kerana Allah kurniakan saya akal untuk
saya berfikir, agar saya belajar. Dan itulah satu-satunya beza antara
penciptaan manusia dan binatang. Akal.
Allahu, setiapkali terfikirkan itu, saya akan tersentap
sendirian. Dialah ayah yang paling terbaik untuk saya. Alhamdulillah, Allah sudi
kurniakan ayah sebaik itu untuk insan yang lemah ini.Kerana kurniaan terindah Allah
itulah, saya masih mampu berdiri di sini. Berdiri sebagai diri saya sendiri.
Ya, andai ada yang bertanya, itulah rahsia saya. Pegangan saya. Tak kisahlah
ape pom orang nak kata, orang tak rasa apa yang kita rasa.
Cukuplah Allah
sebagai saksi. #Palestin wait for me. Wallahualam.