Kesunyian malam menggamit memoriku menerjah silam.Perlahan-lahan
mindaku semakin hanyut dibuai kenangan lalu yang pastinya tidak mungkin aku
lupakan. Keganasan manusia yang telah meragut nyawa kesemua ahli keluargaku
dengan rakusnya.Aku sering bertanya pada diriku,apakah di muka bumi ini hanya
ada aku dan ahli keluarga serta penduduk Palestin yang berjuang untuk Islam?Di
mana saudaraku yang lain?Yang berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad?
Aku jadi
penasaran.
Di saat itu,aku baru berusia enam
tahun.Apalah sangat yang aku tahu?Sekadar bermain pondok-pondok pada setiap
petang dan belajar mengaji pada waktu pagi.Kami sekeluarga hidup bahagia
hinggalah satu ketika,walid pulang dalam keadaan tergesa-gesa dan meminta kami
melarikan diri.Aku terdengar perbualan walid dan umi namun aku langsung tidak
memahaminya. Hanya satu perkataan yang masih kukuh terpahat di ingatanku.Zionis
laknatullah. Ya,aku pasti dengan itu.Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang
di telingaku suara-suara yang menjerit ketakutan.Masih terbayang-bayang
wajah-wajah yang menangis kesakitan.
“Umi mesti bawa anak-anak kita pergi
dari sini sekarang juga.Tempat ini sudah tidak selamat untuk kita
tinggal.”Jeritan walid mengejutkan kami semua.Walid berjeda seketika.
“Zionis laknatullah telah menyerang
kawasan kita.Mereka mahukan tempat ini.Mereka mahukan masjid al-Aqsa.”Umi sudah
mula menangis.Walid memeluk umi.Erat.
“Macam mana dengan abang?”Walid
hanya tersenyum sambil tangannya mengelus-ngelus rambut umi.
“Hidup abang hanya untuk berbakti
kepada bumi Palestin.Abang akan pertahankan masjid al-Aqsa.Jangan risaukan
abang.Kamu harus pulang ke Malaysia.Doakan abang syahid di sini.”Air mata umi
menitis semakin laju.Umi hanya mengangguk lemah.
Walaupun berat untuk umi tempuhi,umi
tetap tabah.Tambahan pula,umi sedang sarat mengandung.Sememangnya itulah
pengorbanan yang harus diberikan buat suami tercinta.Buat terakhir kalinya
walid mencium dahiku.Aku yang tidak mengerti apa-apa hanya membatukan diri.
“Abang janji dengan walid mesti jaga
umi dan adik.”Walid sempat berbisik di cuping telingaku.Anggukanku membuatkan
walid tersenyum.Peluru-peluru semakin lebat menghujani kami semua.Aku hanya
mengekori ibu sambil tanganku memegang erat tangan Hana.Satu-satunya adik
perempuanku yang baru berusia empat tahun.
Petang sudah mula merangkak ke
malam.Aku lihat ibu mulai kepenatan.Nafas ibu tercungap-tercungap.Aku juga
sudah keletihan kerana harus menggendong Hana.Kami berhenti rehat seketika.Kerana
keletihan,kami tertidur. Malang
tidak berbau kerana tentera Zionis Berjaya menemui tempat persembunyian kami.Di
depan mataku,umi diperkosa dan kemudian perut umi dibelah dan janin yang berada
di dalam perut umi ditarik keluar.Aku melihat umi hanya tersenyum sebelum
menghembuskan nyawanya yang terakhir.Jelas kedengaran kalimah syahadah di mulut
umi.
Tentera Zionis bertambah berang
dengan perlakuan umi yang sepertinya mengejek mereka.Tanpa perikemanusiaan
mereka memperkosa pula Hana.Air hangat mula mengalir laju membasahi pipi.Hana
meronta-ronta kesakitan.Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana kedua tangan
dan kakiku diikat.Mereka akhirnya mengacukan senapang di setiap penjuru tubuh
Hana.Di tangan,kepala, kaki dan perut.Dalam sekelip mata mereka melepaskan
tembakan.Bang!!!Darah memercik keluar.Badan Hana hancur berkecai.Aku
terduduk.Walid,maafkan abang.Mereka ketawa terbahak-bahak.Aku tidak pasti apa
yang berlaku selepas itu.Seingat aku,aku terjatuh dan kepalaku terhantuk batu.
HOSPITAL
SELAYANG,KUALA LUMPUR
Al-Amin melihat sekeliling.Kelihatan
walid,umi dan Hana sedang melambai ke arahnya.Umi sedang menggendong seorang
bayi.Adik.Aku bermonolog sendirian.Mereka hanya tersenyum memandangku.Walid
menghampiri lantas membisikkan sesuatu.
“Walid tak pernah salahkan
abang.Begitu juga dengan umi dan Hana.Kami sayang abang dan akan sentiasa
menanti abang di sini.”Walid mengatur langkah.Meninggalkan aku yang masih
kaget.Mereka semua akhirnya hilang disebalik cahaya.Al-Amin menangis
sepuas-puasnya.
“Alhamdulillah,adik dah sedarkan
diri.”Lelaki itu hanya tersenyum mesra kepadaku.Aku memerhati keadaan
sekeliling.Tempat ini begitu asing untukku.
“Adik jangan risau,segalanya
selamat.Berehatlah dulu.”Mataku terpejam semula.Rupa-rupanya aku sudah berada
di Malaysia.Lelaki tadi merupakan adik lelaki arwah ibukuMungkin ini yang
terbaik untuk diriku.
KEM
TAHANAN,GAZA
“Kamu yakin dengan keputusan
kamu?”Jeneral Hallens bertanya.Sinis.Ketawanya begitu mengjengkelkan.Tangannya
pantas menghalakan sebilah pedang di
leher walid.Sambil tersenyum,walid mengangguk pasti.Allahu akbar.Pedang itu
akhirnya memisahkan kepala walid daripada tubuhnya.Walid telah syahid.
☺ ☺ ☺ ☺
☺ ☺ ☺
Namun aku sedih sekali melihat
masyarakat di sini yang semakin alpa dengan kehidupan mereka.Hukum Allah sudah
tidak dihiraukan lagi.Yang ada hanya kehendak untuk memuaskan nafsu
serakah.Sungguh,aku amat kecewa melihat sikap masyarakat di sini yang langsung
tidak mensyukuri nikmat Tuhan.Tunggulah tuntutan daripada kami di padang
Mahsyar kelak.Aku nekad walau apapun yang terjadi,aku pasti kembali semula ke
Palestin.
“Palestin,nantikan aku.”
No comments:
Post a Comment