moga2 barokah mendahului...

Friday, February 19, 2016

C.I.N.T.A



        C.I.N.T.A
Seandainya cinta ini mampu dikongsi, ingin aku khabarkan ke seluruh dunia…
Seandainya rasa ini mampu diberi, ingin saja aku bahagikan agar semua dapat merasa apa yang aku rasa…
Namun, cinta itu, rasa itu hanyalah satu zarah yang bersemadi jauh di lubuk hati yang paling dalam…
Cinta kepada siapa?
Pertama-tamanya sudah tentulah kepada Dia yang Maha Mencipta,
Segala aturan dari Dia adalah yang terbaik untuk hamba-Nya ini,
Disaat semua jari menuding kearah diri ini Dia tetap sentiasa menanti,
Sabar, dan tak jemu-jemu menanti hamba-Nya ini kembali kepada-Nya,
Seterusnya rasa cinta ini diserahkan pada kedua ibu bapa yang banyak sekali berkorban untuk diri ini,
Tanpa mereka siapalah aku sekarang, mungkin kekal sebagai hanya seorang insan tanpa tujuan,
Yang hanya menunggu dan pasrah dengan ketentuan,
Tapi kerana merekalah aku punya satu kekuatan,
Kekuatan untuk terus melangkah,
Kerana merekalah aku punya satu matlamat yang kuat untuk terus bergerak,
Dan juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu,
Yang sentiasa di sisi aku saat suka dan duka,
Sahabat,
Sesungguhnya biarlah Allah sahaja yang membalas segala kebaikanmu kepadaku,
Moga-moga biarpun beribu manusia yang ingin mengata, moga persahabatan ini terus teguh,kekal hingga ke jannah,
Dan buat insan yang istimewa yang aku sendiri tidak tahu siapa,
Biarlah itu hanya menjadi rahsia Allah,
Asalkan aku diberi kekuatan untuk terus mengubah diri ini menjadi hamba Allah yang sebaik mungkin,
Menjadi anak yang sebaik mungkin,
Dan menjadi sahabat yang sebaik mungkin,
Moga-moga dengan itu aku akan dihadiahkan insan terbaik yang mampu membimbing diri ini ke jalanMu.



Tuesday, February 16, 2016

Rindu...

Entah kenapa hari ini aku rasa rindu sangat. Rindu pada kampung halaman. Rindu pada insan2 tersayang yang selama ini terlalu banyak memberikan aku kekuatan. Aku rindu untuk pulang ke pangkuan mereka. Namun, ku tetap kuatkan semangat, mana mungkin aku pulang dengan tangan kosong. Tak mungkin aku akan sia-siakan pengorbanan yang sudah dicurahkan. Aku teringat ada satu kisah pada zaman Rasulullah saw di mana ada seorang sahabat baginda datang meminta izin untuk menyertai peperangan. Rasulullah saw lantas bertanya "Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa?" sahabat itu menjawab "Ya." "Seandainya begitu berjuanglah untuk kedua ibu bapa kamu dahulu."

Ibu bapa hanyalah pinjaman dari Allah, jadi hargailah mereka selagi termampu. Jangan menyesal di kemudian hari seandainya semua sudah terlambat.