Assalamualaikum w.b.t.......
salam sayang buat ukhti,
suka akak ingin
bertanya kaifahaluki,wahai adikku?apa khabar iman didadamu?masih adakah sifat
sabar yang sentiasa menyelimuti tubuhmu?masih adakah malu yang menjadi
perhiasanmu?masih segarkan taqwa yang menyelubungimu?Ingatlah bahawa kasih-sayang
Allah itu amat luas.Allah pernah berkata
“Dan
janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling
tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman.”ali-Imran:139.
Kadang-kadang
Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan hujan,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan
kita pelangi yang indah.Allah berikan kita kesusahan dan rintangan sebab Dia
nak berikan kesenangan jika kita tabah dan
terus berusaha
SEMEMANGNYA AKAK
AKUI CUBAAN DAN RINTANGAN INI BUKANLAH MUDAH UNTUK DITEMPUH DAN MEMERLUKAN
TAHAP KESABARAN YANG CUKUP TINGGI.JUJUR AKAK KATAKAN AKAK SENDIRI PERNAH
MENGELUH...PERNAH RASA PUTUS ASA...NAMUN AKAK KEMBALI SEDAR KERANA ITU
MERUPAKAN SATU AMANAH YANG HARUS DIPIKUL DENGAN SEBAIK MUNGKIN.AKAK AKUI DIRI
INI SEBENARNYA TERLALU HINA DAN TIDAK LAYAK SAMA SEKALI UNTUK MEMBERI KEPADA
ORANG LAIN.APATAH LAGI KEPADA ADIK-ADIK YANG HEBAT-HEBAT INI...
TAPI AKAK TETAP
INGIN BERKATA-KATA:
SAYANGILAH DAN
HARGAILAH SESUATU SEMASA IA MASIH ADA DI DEPAN KITA...TIPULAH KALAU AKAK
KATAKAN TIDAK MERINDUI SAAT-SAAT DULU...BERADA DI SEKOLAH YANG BANYAK
MENTARBIYAH DIRI YANG HINA INI...BERADA DI SAMPING GURU-GURU YANG TIDAK
JEMU-JEMU MEMBERIKAN SEMANGAT KETIKA DIRI INI HAMPIR REBAH...BERADA DI SAMPING
SAHABAT-SAHABAT YANG SERING MENGINGATKAN DIRI INI KEPADA ILAHI... SEMUA ITU
SANGAT INDAH UNTUK DIKENANG KEMBALI..
Jadilah diri
sendiri dan jangan cuba untuk menjadi orang lain...tak guna terlalu mencari
kesempurnaan kerana tetap akan hadir ketidaksempurnaan.. setiap insan tidak ada
yang sempurna kecuali junjungan besar kita,nabi muhammad s.a.w...amalkanlah
peribadi baginda...seterusnya berserahlah kepada ilahi...hanya dia yang layak
menilai diri kita...
Jangan pernah
mengharapkan kasih ataupun perhatian daripada orang lain kerana satu hari nanti
kita akan kecewa...hati manusia boleh beralih arah walaupun sahabat kita
sendiri...sebab itulah,mencinta bukan semestinya untuk di cinta...cukuplah jika
kita melihat orang2 yang kita sayang dan cintai itu bahagia...tidak semestinya
dia akan bahagia apabila bersama kita...
Hormatilah orang2
di sekeliling tanpa mengenal siapa...
No comments:
Post a Comment