"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." surah Muhammad,ayat 7
moga2 barokah mendahului...
Sunday, October 4, 2020
Saturday, October 3, 2020
DI SEBALIK 'RAHSIA'
Tiada apa yang betul betul kita tahu, yang betul betul kita yakin akan terjadi seperti mana yang kita idamkan. Sejauh mana sempurnanya perancangan kita, mesti Allah akan akhiri dengan perancangan-Nya dan semua itu adalah rahsia. Rahsia yang kita sendiri tak dapat meneka, mahupun terjangkau dek akal kerana sehebat mana pun kita, setinggi mana pun pangkat kita, seluas mana pun ilmu kita, kita tetap hamba-Nya. Dia yang menciptakan kita, bahkan setiap aliran darah kita adalah milik-Nya. Setiap urat saraf kita dibawah penguasaan-Nya.
"Maka nikmat Tuhan-mu yang mana lagi ingin kamu dustakan."
TIGA PROSES BERSIHKAN HATI
- Buang satu demi satu sikap mazmumah yang masih ada dalam diri
- Tanam satu demi satu sikap mahmudah ke dalam diri
- Kekalkan sikap mahmudah yang ditanam
Tidak ada yang pernah sempurna, apa yang mampu kita lakukan, sentiasa buat yang terbaik. Untuk menjadi baik, kita tak perlu ubah diri 100% dimata manusia, itu hipokrit namanya, tapi ubahlah dengan perlahan-lahan untuk sentiasa lebih dekat dengan Pencipta. Allah Maha Tahu sedangkan kita tak tahu apa-apa.
Salam muhasabah😊🌈🌈🌈
Friday, October 2, 2020
TAKUT UNTUK BERMIPI?
Dalam hidup ini tiada yang percuma. Semua memerlukan pengorbanan, kesungguhan. Tapi permulaannya adalah bila anda berani untuk bermimpi, berani untuk ada angan angan. Dari situlah akan bermulanya langkah. Tanpa impian, tiada apa yang dapat dicapai. Kenapa tak berani bermimpi? Sedangkan:
"Aku(Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku".
Andai indah impian itu maka indahlah hidup kita. Andai buruk impian itu, maka buruklah hidup kita. Dan apabila dah berusaha, yakinlah Allah akan memberi bila tiba waktunya. Allah itu lebih memahami setiap keperluan hamba-Nya..
Salam muhasabah😊🌈🌈🌈