moga2 barokah mendahului...

Saturday, February 11, 2012

Indahnya Bahasa Arab

semestinya bila menyebut sahaja Bahasa Arab ramai akan berkata...susahlah,tak berminatlah,berbelit-belitlah. Tapi lupakah kita Bahasa Arab itu merupakan bahasa Al-Quran,bahasa penghuni Syurga.Aku tersenyum sendirian.Bukan apa terasa seperti terkena batang hidung sendiri.Jujur aku katakan Bahasa Arab bukanlah bahasa kegemaranku kerana bagiku ianya cukup susah.Pernah satu saat aku berfikir untuk tidak mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh hinggalah satu saat seseorang telah menyedarkan aku. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.

Ibnu Taimiyah pernah berkata:
"Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama dan mengetahuinya adalah wajib."

tiba-tiba aku teringat kepada salah satu maudhu' yang aku baca dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki karya  Pahrol Mohd. Juoi.Tajuknya:Kau,Aku dan Kami dalam kurniaan rezeki.Aku termenung lagi.

"bila Allah gunakan 'Kami' itu menunjukkan ada keterlibatan pihak lain dalam perlakuan dan ketentuan-Nya.Contohnya dalam pemberian rezeki kepada manusia,Allah gunakan ganti nama 'Kami'."

"sebab dalam pemberian rezeki Allah libatkan matahari,hujan,air,haiwan dan lain-lain.Buah-buahan yang dimakan manusia misalnya,ada campurtangan makhluk lain yang menyampaikan rezeki daripada Allah kepada kita."

"bila Allah gunakan ana atau aku,Allah selalunya merujuk kepada pengampunan dosa,penerimaan taubat. Maksudnya dalam pengampunan dosa dan penerimaan taubat Allah menggunakan ganti nama diri-Nya sendiri.Allah tidak melibatkan 'saluran-saluran' dalam kalangan makhluk-makhluk lain.Maksudnya Allah secara langsung mengampunkan dosa para hamba-Nya yang bertaubat...Itu sebabnya Allah gunakan 'Aku' bukan lagi 'Kami'..."

Buku itu membuatkan saya benar-benar terfikir.Bagaimana untuk memahami kalamullah tanpa mencintai bahasa Arab?Tetapi ternyata lebih sukar untuk memahami bahasa Arab jika tidak mengenalinya? Tak kenal maka tak cinta.....

No comments:

Post a Comment