moga2 barokah mendahului...

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, February 19, 2016

C.I.N.T.A



        C.I.N.T.A
Seandainya cinta ini mampu dikongsi, ingin aku khabarkan ke seluruh dunia…
Seandainya rasa ini mampu diberi, ingin saja aku bahagikan agar semua dapat merasa apa yang aku rasa…
Namun, cinta itu, rasa itu hanyalah satu zarah yang bersemadi jauh di lubuk hati yang paling dalam…
Cinta kepada siapa?
Pertama-tamanya sudah tentulah kepada Dia yang Maha Mencipta,
Segala aturan dari Dia adalah yang terbaik untuk hamba-Nya ini,
Disaat semua jari menuding kearah diri ini Dia tetap sentiasa menanti,
Sabar, dan tak jemu-jemu menanti hamba-Nya ini kembali kepada-Nya,
Seterusnya rasa cinta ini diserahkan pada kedua ibu bapa yang banyak sekali berkorban untuk diri ini,
Tanpa mereka siapalah aku sekarang, mungkin kekal sebagai hanya seorang insan tanpa tujuan,
Yang hanya menunggu dan pasrah dengan ketentuan,
Tapi kerana merekalah aku punya satu kekuatan,
Kekuatan untuk terus melangkah,
Kerana merekalah aku punya satu matlamat yang kuat untuk terus bergerak,
Dan juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu,
Yang sentiasa di sisi aku saat suka dan duka,
Sahabat,
Sesungguhnya biarlah Allah sahaja yang membalas segala kebaikanmu kepadaku,
Moga-moga biarpun beribu manusia yang ingin mengata, moga persahabatan ini terus teguh,kekal hingga ke jannah,
Dan buat insan yang istimewa yang aku sendiri tidak tahu siapa,
Biarlah itu hanya menjadi rahsia Allah,
Asalkan aku diberi kekuatan untuk terus mengubah diri ini menjadi hamba Allah yang sebaik mungkin,
Menjadi anak yang sebaik mungkin,
Dan menjadi sahabat yang sebaik mungkin,
Moga-moga dengan itu aku akan dihadiahkan insan terbaik yang mampu membimbing diri ini ke jalanMu.



Sunday, November 4, 2012

indahnya cinta...




cinta itu indah,
seandainya yang bercinta itu bijak dalam menunaikan tanggungjawab dalam percintaan,
cinta itu manis,
seandainya yang bercinta itu benar ikhlas untuk mencintai,
cinta itu hebat, 
seandainya yang bercinta itu sedia untuk mengorbankan dirinya bukan tenggelam di lautan nafsu tetapi di lautan cinta yang penuh dengan kesyahduan,
cinta itu harum, 
seandainya ia ditujukan pada tempat yang betul 
cinta kepada Pencipta itulah yang terutama,
kerana Si Pencipta itulah Pemilik Cinta.


p/s:just a simple post for some motivation




Tuesday, September 18, 2012

ku ingin mencintaimu kerana Ilahi



cinta merupakan anugerah yang paling terindah kurniaan dari Ilahi...bohonglah jika seseorang itu mengatakan hatinya tidak pernah jatuh cinta kerana cinta itu fitrah...rasa cinta itulah yang menyatukan dua hati insan...

saya ingin berkongsi satu mutiara tentang kisah cinta di mana Fatimah iaitu puteri kesayangan Rasulullah saw,ketika beliau di tanya oleh suaminya iaitu Saidina Ali bin Abi Tolib adakah dia pernah mencintai seseorang sebelum mereka berkahwin...

dalam tertunduk Fatimah menjawab:ya,aku pernah mencintai seseorang sebelum ini.kali ini giliran Ali  pula yang tertunduk menahan rasa kecewa dan hampa yang bersarang di hati .Fatimah menyambung lagi;aku mencintai seseorang lelaki yang amat pemurah dan sering merendah diri.dia tidak lain tidak bukan ialah Saidina Ali bin Abi Tolib...

Saidina Ali tersenyum...

SubhanAllah,indahnya percintaan itu.Percintaan yang berlandaskan syariat Islam semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi...percintaan yang akan kekal abadi hingga ke syurga,insya Allah...

sungguh,terasa hati ini begitu cemburu melihat keindahan percintaan ini...jika dibandingkan dengan cinta zaman sekarang yang hanya mengikut hawa nafsu telah mencemarkan keindahan cinta yang hakiki...

kerana cinta yang hakiki itu milik Ilahi...

Wednesday, April 4, 2012

sahabat selamanya...





alhamdulillah,bersyukur kepada-Nya kerana saya dapat mengecapi rasa rindu ini yang rasanya sungguh indah tanpa mampu saya gambarkan dengan kata-kata...

ternyata untaian ukhwah yang terjalin kerana Ilahi itu terlalu bererti...begitu indah sekali...jika dibandingkan dengan perasaan cinta yang berlandaskan hawa nafsu...saling merindu untuk bersua kembali...saling menasihati kesilapan diri...saling menyayangi...masya Allah,saya benar-benar terharu...

terlalu manis rasanya rasa rindu itu...

oleh itu saya mahu mengajak anda semua untuk sama-sama mencintai sahabat anda kerana Dia...
ayuhlah bersama-sama kita kecapi rasa manis itu...

sahabatku,
seandainya bulan itu mampu berbicara akanku suruh ia berbicara padamu kalau aku begitu merinduimu,
seandainya matahari itu mampu mendengar akanku katakan padanya betapa aku mencintaimu,
namun,
aku tahu cukuplah Allah sebagai saksi,
biarlah hanya pada-Nya aku khabarkan kerinduan ini...
buatmu,sahabatku yang teristimewa...
dan aku juga berharap kau akan melakukan hal yang sama denganku,
doaku semoga untaian ukhwah kita terus berkekalan...

salam sayang buat sahabatku...