~PROLOG~
Teman, Tiadalah kata tanpa bicara, sunyilah
Adam tanpa Hawa di sisi,
tiadalah Hidayah dan Rahmat tanpa izin Ilahi..
Teman,
Jika ku
hanyut,tariklah dengan azimat nabi,
Jika ku tersungkur,papahlah daku dengan semangat Muhammad, kecekalan
Isa,dan semangat waja Hamzah…
Dan…,
Jika
ditakdirkan aku terpejam,
Iringlah daku dengan ayat-ayat
suci milik-Nya..
Berjanjilah temanku,ukhwah dan ikatan kita takkan luput selamanya..
Bingkisan
buat teman-teman seperjuangan…
TAKDIR
kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang.MEMBERI apa yang tidak dirancang.MEMAKSA kita mengalirkan air mata
kesedihan serta MEMBUATKAN kita rasa
kehilangan…namun takdir juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN,menyulam erti KASIH
SAYANG,menanam erti PERSAHABATAN,menghadiahi KEMANISAN dalam KEGEMBIRAAN,menyemai benih KEAKRABAN…serta
memberi peluang menilai siapa SAHABAT,siapa
KAWAN dan siapa KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan…
Sedar tak sedar sudah
hampir lima tahun kita berteduh di sini.Esok merupakan hari terakhir kita
bersama.Memang sulit untuk mengucapkan kata-kata perpisahan namun itulah
hakikat yang harus diterima dengan hati yang terbuka.Mana mungkin kita akan
menemui sahabat seperti ini lagi.Setiap detik,saat,ketika yang kita lalui
bersama akan sentiasa terpahat jauh di lubuk sanubari.Setiap peristiwa yang
telah terjadi pastinya akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.Walau
berat hati untuk melepaskan tetapi bercinta tidak semestinya bersama.Apa yang
penting,nilai keikhlasan yang menyulami setiap tautan ukhwah yang
terjalin.Ukhwah kita untuk selamanya.Kita tidak merindukan pertemuan di dunia
tetapi kita menantikan pertemuan di sana yang lebih abadi.
Aku tahu aku tidak layak
untuk berharap apa-apa kerana aku bukanlah sesiapa untuk menjadi ikutan namun
cukuplah seandainya kita semua dapat keluar dengan membawa identiti Islam yang
mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai tunjang asas dalam meneladeni
kehidupan.Seterusnya aku juga berharap setelah kita semua sudah mampu bergelar
sebagai seorang doktor mahupun jurutera agar tidak sesekali melupakan jasa
insan-insan yang pernah hadir mewarnai hidup ini dengan warna-warna yang indah.
Jasa guru-guru terlalu bernilai dalam mengejar kejayaan duniawi mahupun
ukhrawi.
Ketahuilah teman bahawa
sahabat merupakan antara insan yang dekat di hati kita.Aku berharap agar dikau
akan memakai cermin mata keikhlasan dalam menilai antara kaca dan permata,batu
dan berlian.Perhatikanlah insan di sekelilingmu!Dalami dan selamilah hati serta
tingkah mereka,setelah itu terpulanglah kepadamu sama ada ingin mengambil yang
baik agar dirimu menjadi insan gemilang atau mengambil yang buruk kelak dirimu
akan tenggelam.Pilihan di tanganmu… Aku hanya mampu menasihati bukannya memaksa
untuk diikuti.
Mereka semua sudah
teresak-esak.Malam ini merupakan malam terakhir mereka bersama.Esok merupakan
subjek peperiksaan SPM yang terakhir,iaitu subjek
al-Quran&as-Sunnah.Iringan lagu instrumental yang menyedihkan menambahkan
lagi kesayuan yang sudah sedia hadir di tangkai hati.
“Selepas ini kamu semua
akan dilepaskan kembali ke laut.”Kata-kata Ustaz Abdullah masih
terngiang-ngiang di cuping telinga mereka.Kata-kata yang begitu tersirat maknanya untuk ditafsirkan.akan bersambung....
No comments:
Post a Comment