moga2 barokah mendahului...

Sunday, December 23, 2012

nukilan aku...





hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
itulah lukisan alam.

hidup manusia di dunia tidak kekal.apa yang kita inginkan selama hidup di dunia?aku termenung sendirian.
dunia jambatan ke akhirat.jika orang sedang sibuk mengejar kemewahan dunia,aku ingin sekali menyelinap ke dunia ku sendiri mencari apa sebenarnya tujuan hidup ini...tatkala melihat sang unggas terbang aku merasakan begitu kerdil diri ini kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan.mampukah hidup yang masih tersisa ini untuk digunakan untuk menebus dosa2 lalu namun semua itu tidak mustahil kerana aku tahu dan kita semua tahu Allah itu baik...baik sangat2...biarlah,hati ini masih belum bersedia untuk mengetahui kebenaran...biarlah masa yang menentukan...apa saja yang bakal mendatang aku akan tempuhi dengan hati yang tenang kerana aku yakin Allah sentiasa di sisi meskipun kadang2 terasa seperti diri ini keseorangan...

buat renungan:

walau sesulit manapun ujian itu yakinlah pasti ada orang lain yang sedang mengalami ujian yang lebih perit daripada itu kerana Allah hanya menguji hamba2 yang dikasihi-Nya...

so,berbahagialah jika kita diuji kerana itu tandanya Allah masih sayangkan kita.wallahualam





Friday, December 21, 2012

simptom2 barah otak


Tanda-tanda awal barah otak menurut doktor yang aku temui pada 15 Jun 2012 yang lalu.

1.   Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.
( Pengalaman aku : Biasanya dalam jam 4 atau 5 pagi tulah sakit kepala aku tu datang menyerang sampailah jam 11 lebih.Mungkin kebetulan je)

2.   Gangguan penglihatan.

3.   Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.
( Sangat benar.Rasa seolah-olah otak aku 'cair')

4.   Gangguan percakapan

5.   Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.


6.   Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.


7.   Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.


8.   Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.

9.   Loya dan muntah-muntah.
( Memang perkara biasa terjadi sewaktu sakit tu datang menyerang)

Kesimpulannya:
Pasrah jelah.
Life must go on

p/s:saja je tuk perkongsian bersama.

Friday, December 14, 2012

betulkah tiada apa-apa

petang tadi kebosanan sempat aku lepak2 di bilik seorang sahabat dan membaca novel Cinta High Class nukilan pasangan bahagia novelis terkenal Dr. Farhan Hadi dan isterinya Fatimah Syarha Mohd Nordin...walaupun sudah berkali aku mengkhatamkan buku itu namun bait2 kata-katanya sudah cukup untuk menarik mataku untuk terus mengamati isi kandungannya...

aku terus meneroka sehinggalah aku menemui satu peristiwa yang aku rasakan sangat2 berguna jika dapat aku kongsikan...aku masih mengingati bait-bait tersebut walaupun mungkin banyak kata2 yang sudah ku olah dengan ayatku sendiri:

"Aku rasa presiden kita itu menyukaimu,Qaniah."Seorang kawan melontarkan pandangan.Qaniah hanya terdiam.

"Betul tu.Kamu berdua memang sepadan.Seorang soleh dan seorang lagi solehah."Kali ini Qaniah bersuara.

"Astaghfirullah,apakah baik jika seorang sahabat itu membawa sahabatnya kepada kelalaian?"

Bagi aku begitu mendalam sekali makna yang ingin disampaikan Qaniah.Seorang sahabat yang baik akan berusaha sekeras-kerasnya untuk membawa sahabat yang disayanginya ke jalan Allah dan bukannya berusaha untuk melalaikannya dengan perkara2 yang tidak berfaedah malah boleh mendatangkan dosa.Qaniah begitu takut seandainya hatinya mula merasai sesuatu yang aneh.Dia menginginkan cinta high class daripada insan yang bergelar suami.


'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

sebagai peringatan buat diri aku yang pelupa ini juga,
aku mohon kurangkanlah untuk memadankan sesiapa pun dengan mana2 insan kerana kita tidak tahu sejauh mana hati seseorang itu mampu bertahan dan seandainya timbul satu rasa yang tidak sepatutnya apakah kita ingin bertanggungjawab?wallahualam.selamat beramal

Thursday, December 6, 2012

secoret rasa

bismillahirrahmanirrahim



debaran pspm kian terasa.semuanya bagai menghimpit jiwa,semakin lama semakin menyesakkan minda.terasa begitu berat untuk meneruskan langkah.gusar juga andai ada yang bakal kecewa dengan diri yang hina ini.jika boleh ingin sahaja kembali ke saat dulu. namun itulah fitrah perjuangan kita.

buat sahabat2 yang disayangi kerana Allah,
kuatkanlah semangat kerana walau apa jua keputusan yang bakal kita terima nanti yakinlah itulah yang terbaik kurniaan dari Ilahi, hidup harus diteruskan.pertemuan kita di sini adalah satu kurniaan yang begitu indah dari Ilahi.moga2 ukhwah yang terbina ini akan terus kekal mewangi hingga ke pintu syurga kerana persahabatan kasih-sayang kita tidak lain tidak bukan adalah kerana-Nya.meskipun ramai yang mencemuh tapi yakinlah Allah amat menyayangi kita.aku berharap moga2 kalian semua akan terus tabah kerana inilah pengorbanan yang mesti kita laksanakan.

Sunday, December 2, 2012

ujian itu perasa kehidupan




seandainya engkau merasa kesunyian,
jangan lupa engkau masih ada Tuhan,
seandainya semua insan mula tidak memahami,
jangan terlupa untuk mengadu pada Ilahi,
seandainya bahumu terasa begitu berat,
ketahuilah Dia sedang meninggikan darjatmu seandainya engkau tabah untuk mengharunginya.

ujian demi ujian yang datang akan mematangkan kehidupan kerana di sebalik ujian yang menghampiri episod kehidupan memerlukan kita untuk berfikir jauh ke hadapan dalam mencari penyelesaian.seandainya kita sudah berusaha semaksima mungkin seterusnya berserahlah pada-Nya kerana hanya Dia yang layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Marilah kita renungi kisah Nabi Yusof dan Zulaikha.Kerana terpikat dengan ketampanan Yusof,Zulaikha telah membuat fitnah sehinggakan Nabi Yusof telah dipenjarakan namun apakah yang dikatakan oleh Nabi Yusof:

"Ya Allah,seandainya berada di penjara adalah yang terbaik untukku,aku reda."
Betapa kukuhnya keyakinan seorang Nabi kepada Sang Pencipta.Sememangya kehidupan dan dugaan tidak dapat dipisahkan kerana itulah yang memberi rasa kepada kehidupan.Jangan pernah terfikir untuk melarikan diri dari medan perjuangan kerana Allah sedang menguji sejauh mana keyakinan kita.Kembalilah kepada Ilahi,Pemilik Cinta Yang Hakiki kerana itulah yang menjadi kunci segala penyelesaian.

p/s:moga2 mampu menenangkan hati yang sedang keresahan,minda yang sedang kebuntuan,diri yang tidak keruan.wallahualam