dia masih ingat lagi ketika dia baru mengenali Idham.Ketika itu jiwanya kosong,hidupnya hambar,atmanya seakan-akan mencari sesuatu.Tapi dia tidak pasti apa yang dicari.Kemewahan hidup yang dimiliki seakan tidak memberi apa-apa makna.Dia keresahan.Dia kebuntuan.
"jauh termenung."suara itu membuatkannya berpaling.lelaki yang menegurnya hanya tersenyum.mesra.wajah itu kelihatan begitu tenang.pandangannya masih terlekat di wajah itu.
"kamu ada masalah?"lelaki itu bertanya ramah.entah kenapa jiwanya sedikit tersentuh dengan keprihatinan lelaki itu namun mulutnya seakan terkunci menyebabkan dia hanya mampu berdiam diri.memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong.lelaki itu kembali bersuara.
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."Allah.buat pertama kalinya nama itu terpacul daripada mulutnya setelah sekian lama dia hidup.ketika dia berusia 6tahun,dia tidak pernah meninggalkan solat tapi itu semua dulu,sekarang sudah lain.Sudah lama dia tidak bersolat apatahlagi mengaji.
sejak dari itu dia mula mengenal Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Idham banyak membantunya.Dia mula memahami erti persahabatan yang semata-mata untuk mencapai keredaan Ilahi.Hidupnya mula disulami dengan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.
namun sejak akhir-akhir ini dia dapat merasakan Idham semakin menjauhkan diri daripadanya.berkali-kali dia cuba menafikan perasaan itu tapi itulah kenyataannya.Idham sudah jarang datang melawatnya di pejabat mahupun di rumah.telefon tidak pernah diangkat.
hari itu dia dikhabarkan dengan satu berita.rupa-rupanya Idham mengalami masalah buah pinggang.kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi dan memerlukan penderma.mungkin Allah memberinya peluang untuk dia membuktikan betapa dia mencintai sahabatnya itu semata-mata kerana Allah swt.Yang pasti dia tidak perlu tahu hal itu...
keimanan adalah paksi,
bilamana kita mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
kita akan berusaha membuatnya bahagia,
dan berkongsi apa-apa sahaja agar dapat sama-sama melangkah ke syurga,
di saat dia gembira kita akan merasa senang,
di saat dia sedih kita akan merasa gundah,
itulah yang dinamakan sahabat...
No comments:
Post a Comment