"jaga-jaga,askar datang."
"hish,takutnya."
"wah,askar."
dan bermacam-macam lagilah yang kami dengar.namun bila teringatkan kembali terasa begitu rindu untuk mengulangi saat-saat itu..memang fitrah manusia untuk mula menghargai sesuatu bila sesuatu itu sudah hilang dari pandangan...aku mula belajar untuk menghargai apa sahaja yang telah ditakdirkan...mungkin itu adalah yang terbaik untukku dari-Mu...
sedikit renungan untuk semua:
Ya Rasulullah, Kami
rindu padamu, Seandainya rindu itu ditulis pastinya tidak akan cukup dakwat
mahupun kertas yang digunakan, Betapa hati ini merinduimu, Walaupun atma ini
tahu cinta ini tidaklah setanding dengan cintamu kepada kami, Kami ini insan biasa
yang sering terleka, Sering terlupa akan pengorbananmu yang begitu besar
sekali, Semata-mata untuk kami, Tidak dapat dinafikan itu, Walaupun cinta kami
terlalu kecil kami mohon terimalah cinta dari insan yang hina lagi lemah ini.
Kita selalu kata kita cintakan rindukan
Rasulullah saw tapi di mana buktinya.Adakah pada perarakan yang sering kita
ikuti saban tahun????Pada kenduri kesyukuran yang kita adakan demi menyambut
kelahiran Baginda????Namun sejurus selepas selesai aktiviti perarakan mahupun
majlis kesyukuran kita terus alpa,lupa pada tujuan kita yang sebenarnya.Lupa
pada penghayatan Maulidur Rasul dalam erti kata yang sebenarnya.Betulkah
tindakan kita itu.Kalau begitu itu bukan cinta namanya.Itu hanyalah kebutaan
semata-mata.Sedari ataupun tidak kita telah memurahkan nilai cinta yang
sebenarnya. Cinta itu satu perasaan yang begitu suci yang bertunjangkan
keimanan dan disulami dengan kejujuran dan keikhlasan serta ketulusan.Kalau
benar cinta di mana buktinya????Kalau benar cinta mengapa tidak berani
berkorban demi orang yang dicintai????Maulidur Rasul bukanlah pada sambutannya
tetapi pada penghayatannya.Sudahkah kita mengamal peribadi Rasulullah dalam
kehidupan seharian???Sudahkah kita menjadikan sunnah Baginda sebagai rutin
harian??Betulkah kita sudah benar-benar mengenali peribadi Rasulullah atau
hanya sekadar menjadi ‘PAK
TURUT’???Istilah ada mengatakan “tak kenal maka tak cinta”...so,di mana kita
sebenarnya?????????Tepuk dada tanyalah iman...
Salam maulidur
rasul, moga2 maulidur rasul tahun ini menjanjikan perubahan pada diri kita...
Ingatlah!!!
#Maulidur rasul
bukan pada sambutan tetapi pada
penghayatan...
#Allah tidak
mengubah nasib seseorang sehingga dia mengubah dirinya sendiri...
JOM SAMA-SAMA
MUHASABAH CINTA KITA KEPADA ALLAH,RASULULLAH.................
No comments:
Post a Comment