moga2 barokah mendahului...

Thursday, December 12, 2013

MUSLIM UNITED

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya sudah lama tangan ini tidak menulis.Terasa diri ini begitu banyak kekurangan.Kadang-kadang terasa begitu tidak kuat untuk meneruskan langkah,terasa ingin saja aku mengalah,berhenti di tengah jalan.Namun setiap kali rasa itu hadir,Allah hadirkan jua sesuatu untuk menyedarkan diri ini dari mimpi.Membawa aku ke jalan-Nya.Baiknya Allah,meskipun kadang2 aku melupakan Dia tapi tetap berikan aku segala nikmat.

Semalam aku mengikuti program MUSLIM UNITED.SUBHANALLAH,hati ini benar-benar terharu dengan kehadiran seorang non-muslim yang bagiku cukup2 istimewa,dengan lantang dia menerangkan mengenai ikhtilat.Malahan,dia juga berazam untuk melabuhkan lagi pakaiannya untuk menutup aurat. Allahuakbar,di saat umat islam sendiri mempertikaikan tentang islam masih ada lagi insan lain yang mencintai dan mengagumi Islam,benarlh Islam tidak pernah jatuh meskipun tidak mendapat sokongan daripada sesiapa tetapi kita yang akan jatuh tanpa Islam,Ya,itulah hakikatnya.

Nikmat Allah begitu banyak untuk kita persoalkan perintah dan larangan-Nya.Jadi sebenarnya kita yang rugi jika kita menolak Islam.Fikir-fikirkanlah kerana kita juga satu masa nanti akan bertemu dengan-Nya.

Wallahualam

Friday, September 20, 2013

some words....

sahabat,
entah kenapa kali ini hati ini begitu perit,
pedih sekali untuk aku menelan kata-katamu,
betapa jahatnya aku dimatamu,sahabat,
biarlah,
manusia boleh berkata apa sahaja,
engkau boleh membenciku,
namun,
apa yang pasti,
DIA lebih mengetahui segalanya,
diri ini tak pernah berhenti menyayangimu,
kerana,
aku cinta padamu hanya kerana-NYA,
moga2 engkau bahagia selalu.

Friday, September 13, 2013

ku rindukan-Mu

alhamdulillah...sungguh indah kurniaan Allah,,

ada saatnya kita akan merasa kesunyian sangat2,
tapi mungkin DIA ingin memberitahu DIA sentiasa ada untuk kita,
ada saatnya kita akan merasa sedih sangat2,
tapi mungkin DIA ingin memberitahu DIA rindu untuk mendengar kita mengadu pada-NYA,
ada saatnya kita akan merasa kehilangan seseorang yang tersayang,
tapi mungkin DIA ingin menegur kita bahawa kasih sayang manusia itu tidak kekal,

when we feel sad,just look at the blue sky,
remembered to HIM,
ISA we will feel so calm,

lets change ourself...
DIA sentiasa ada untuk hamba2-NYA...

Sunday, June 16, 2013

Hidup ini adalah ANUGERAH...

x semestinya jika kita menyayangi seseorang kita harus bersamanya selama-lamanya,
andai insan itu lebih bahagia dengan tidak bersama kita,
mengapa harus kita lukai hati insan tercinta,
       
         Dalam kehidupan ini tak semua benda kita akan dapat.Meskipun kita telah berusaha yang termampu, membuat perancangan yang terbaik, menyusun strategi yang terhebat, namun kemungkinan untuk gagal itu tetap ada kerana kita merancang tapi ternyata perancangan Allah itu lebih baik.Tidak ada perkara yang terjadi saja2.Bahkan kita semua dijadikan-Nya juga bukan untuk saja2.Kita semua mempunyai peranan masing2.Jangan hanya kerana tidak mendapat sesuatu yang kita benar2 hajatkan,kita mula putus asa dengan kehidupan ini.Berjalan harus ke depan,bukan ke belakang.

        Kadang-kadang Allah hilangkan kita sesuatu kerana Dia rindu untuk mendengar kita mengadu kepada-Nya.Wallahualam.Moga2 ada manfaatnya untuk semua.


Wednesday, February 27, 2013

just smile






pepatah ada mengatakan begitu sukar untuk mendapatkan kepercayaan tapi lebih sukar untuk menjaga kepercayaan yang diberikan.ya,itu memang benar kerana sudah lumrah manusia menjadi seorang yang pelupa dan sering melakukan kesilapan...

jika hati kau merasa sakit kerana ditipu ingatlah bahawa engkau juga manusia yang juga tidak lepas daripada melakukan kesalahan...memang,bukan mudah untuk berlapang dada namun itulah antara peribadi Nabi Muhammad yang perlu kita contohi.nikmati setiap detik yang masih ada selagi masih berkesempatan...

bersyukurlah kerana kita masih diberikan nikmat untuk hidup...

p/s:just a simple post from me...

Thursday, February 14, 2013

palestin,kami datang

sejak pertama kali mendengar namamu,
hati ini sudah tertambat,
mungkin ada yang memerli,
ah,biarkan...
asalkan hati ini bahagia,
orang boleh mengata,orang boleh menghina,
namun hasrat di hati ini takkan pudar,
inshaa allah,takkan sesekali,
sekali hati ini sudah tertaut,
selama-lamanya akan terus terikat,
Ya Allah,aku mohon Kau kabulkanlah cinta ini,
seandainya hati ini terleka,Kau sedarkanlah kembali,
seandainya hati ini goyah,Kau teguhkanlah hati ini,
sungguh diri ini hanya insan yang lemah,
lagi hina yang mendamba reda-Mu.

Palestin sentiasa di hati!!!

Sunday, January 27, 2013

lontaran hati






masa semakin pantas berjalan.Ah!sukarnya untuk meluahkan kata.jika dulu sewaktu mula2 ke sini, jiwa bagaikan meronta-ronta minta dilepaskan keluar...tapi sekarang seakan ada sesuatu yang mengikat jiwa aku di sini,terasa seakan begitu berat untuk melangkah ke luar dari sini...ada sesuatu yang terjadi di sini yang membuatkan saat2 di sini yang aku lalui terasa begitu manis,terasa begitu nikmat sekali meskipun apa jua halangan yang melanda inshaa allah akan ditempuh dengan berani kerana ada yang akan menguatkan aku di saat aku hampir terjatuh...mana mungkin aku sanggup melepaskan saat2 itu...namun,itulah ketentuan yang harus diterima...setiap permulaan akan ada pengakhiran...dan setiap pertemuan akan ada perpisahan...

buat sahabat2 yang aku sayang,ingatlah perjuangan kita masih belum selesai.walau ke mana sekalipun kita pergi,tujuan kita tetap sama...menuju keredaan Ilahi!!!

PALESTIN!!!
wait for US!!!

Tuesday, January 15, 2013

HKR 2013

kelmarin heboh di dada2 akhbar,di corong2 radio malahan tidak ketinggalan juga di kaca2 televisyen yang mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 tidak berjaya mencapai matlamat.dan juga pkr telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.aduhai,kalau betul ingin memancing simpati kenapa harus dinafikan perkara yang sudah nyata,sudah terang lagi besuluh.aku kebingungan,hanya insan yang bodoh sahaja yang akan mempercayai berita2 seperti itu.jauh panggang dari api.mata ini masih lagi boleh melihat dengan jelas inshaa allah seramai mana rakyat yang berhimpun,seramai mana insan yang begitu menginginkan kebenaran agar terlaksana.kenapa mesti menafikan ketentuan Allah swt?kenapa harus memperbodohkan diri sendiri dengan semata-mata hanya kerana harta dunia yang tidak berkekalan ini?inikah yang dipanggil generasi ulul albab?ah,generasi ulul albab bukan hanya sekadar menghafaz al-Quran atau mengkhatamkan al-Quran seawal usia enam tahun tetapi generasi ulul albab adalah satu generasi yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya tanpa mengambil separuh2.

usah terlalu banyak menipu kerana janji Allah itu pasti berlaku.pesananku pilihan ada ditangan masing2.mahu terus-terusan memikul dosa ataupun mahu menambah pahala.ingatlah pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mentaati perintah Allah dan bukannya dengan mudah tunduk pada orang lain.wallahualam.

Friday, January 4, 2013

bingkisan buat sahabat2 tersayang...



alhamdulillah,kita masih lagi bernafas...kita masih mempunyai sahabat2 di sisi kita yang inshaa allah akan sentiasa menyokong perjuangan kita...malam ini tiba2 terasa ingin berkongsi sesuatu yang saya petik daripada buku Hilal Asyraf yang bertajuk Batu-bata Kehidupan...

"bukan semua orang faham berkenaan ukhwah.ya,kita sayang sahabat kita.tetapi apakah sahabat kita itu faham makna ukhwah seperti yang kita faham?kalau kita faham bahawa ukhwah yang tertinggi adalah itsar(melebihkan sahabat daripada diri sendiri)dan ukhwah terendah adalah berlapang dada,apakah sahabat kita faham perkara yang sama?kalau sahabat kita faham,apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?
....Ya,jangan harapkan daripada sahabat apa-apa.
....ya,kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita.
kita korbankan harta kita untuk sahabat kita.
kita korban apa sahaja.semuanya untuk ukhwah kita."

alangkah indahnya ukhwah.ingat!hargailah sesuatu ketika masih ada masa kerana tak selalunya kita akan diberi peluang.jangan menyesali sesuatu yang telah berlalu.

buat sahabat2 saya,ketahuilah saya amat mencintai anda semua kerana Allah,kerana perjuangan kita.
ukhwah kita adalah semata-mata kerana-Nya.mohon maaf andai ada yang tersalah.wallahualam

Tuesday, January 1, 2013

assalamualaikum tahun baru...

2013
pejam celik2 tahun baru sudah menjengah tiba.tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirainya,mempertemukan kita dengan tahun baru yang pastinya akan menjanjikan seribu satu dugaan dan cabaran yang memerlukan pengorbanan dan kecekalan jiwa untuk mengharunginya.

buat saya masa untuk tinggal di matrik pahang ini hanyalah tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi.masa berlalu begitu pantas.rasanya masih baru hari pertama ketika kaki saya melangkah masuk ke kawasan matrik ini.semua yang berlaku pastinya akan meninggalkan seribu satu kenangan dalam kamus hidup ini.seandainya anda ada membenci sesuatu peristiwa atau saat itu janganlah terlalu terlampau membencinya kerana satu saat nanti pastinya anda akan merindui saat itu.dan seandainya anda merasa sudah penat dengan sesuatu itu janganlah mengeluh kerana sebenarnya itulah yang akan mematangkan anda dalam mengharungi arus kehidupan kelak.semua yang terjadi dalam hidup ini bukanlah satu kebetulan tetapi inilah suratan dari Tuhan. hidup,mati,jodoh pertemuan...itu semua adalah ketentuan-Nya...takdir Allah tidak pernah salah tetapi kita yang sering tersalah menafsirkannya...kerana itulah perbezaan antara hamba dan Pencipta...

hamba sering tersilap dalam menilai.janganlah sesekali mengharap agar anda akan menemui seseuatu yang sempurna akan tetapi berusahalah untuk mencari kesempurnaan itu dalam diri anda dulu kerana mungkin ada yang anda terlepas pandang.hakikatnya,tidak ada satu pun yang sempurna di dunia ini melainkan junjungan agung kita Nabi Muhammad saw.peribadi beliau adalah yang paling agung.

janganlah juga berfikir kalau andalah manusia yang paling banyak diuji kerana pastinya masih ada ramai lagi manusia yang menanggung ujian lebih berat dari anda.bagi saya setiap manusia itu diuji dengan sesuatu mengikut kemampuannya dan kerasionalannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu.Allah mempunyai cara yang tersendiri untuk menguji hamba-Nya.

akhirulkalam,moga2 post kali ini dapat memberikan kita sedikit manfaat untuk meneruskan perjalanan.salam ukhwahfillah.

Ibnu Mas'ud berkata:
"perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah..."

salam amul jadid 2013