moga2 barokah mendahului...

Sunday, December 23, 2012

nukilan aku...





hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
itulah lukisan alam.

hidup manusia di dunia tidak kekal.apa yang kita inginkan selama hidup di dunia?aku termenung sendirian.
dunia jambatan ke akhirat.jika orang sedang sibuk mengejar kemewahan dunia,aku ingin sekali menyelinap ke dunia ku sendiri mencari apa sebenarnya tujuan hidup ini...tatkala melihat sang unggas terbang aku merasakan begitu kerdil diri ini kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan.mampukah hidup yang masih tersisa ini untuk digunakan untuk menebus dosa2 lalu namun semua itu tidak mustahil kerana aku tahu dan kita semua tahu Allah itu baik...baik sangat2...biarlah,hati ini masih belum bersedia untuk mengetahui kebenaran...biarlah masa yang menentukan...apa saja yang bakal mendatang aku akan tempuhi dengan hati yang tenang kerana aku yakin Allah sentiasa di sisi meskipun kadang2 terasa seperti diri ini keseorangan...

buat renungan:

walau sesulit manapun ujian itu yakinlah pasti ada orang lain yang sedang mengalami ujian yang lebih perit daripada itu kerana Allah hanya menguji hamba2 yang dikasihi-Nya...

so,berbahagialah jika kita diuji kerana itu tandanya Allah masih sayangkan kita.wallahualam





Friday, December 21, 2012

simptom2 barah otak


Tanda-tanda awal barah otak menurut doktor yang aku temui pada 15 Jun 2012 yang lalu.

1.   Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.
( Pengalaman aku : Biasanya dalam jam 4 atau 5 pagi tulah sakit kepala aku tu datang menyerang sampailah jam 11 lebih.Mungkin kebetulan je)

2.   Gangguan penglihatan.

3.   Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.
( Sangat benar.Rasa seolah-olah otak aku 'cair')

4.   Gangguan percakapan

5.   Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.


6.   Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.


7.   Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.


8.   Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.

9.   Loya dan muntah-muntah.
( Memang perkara biasa terjadi sewaktu sakit tu datang menyerang)

Kesimpulannya:
Pasrah jelah.
Life must go on

p/s:saja je tuk perkongsian bersama.

Friday, December 14, 2012

betulkah tiada apa-apa

petang tadi kebosanan sempat aku lepak2 di bilik seorang sahabat dan membaca novel Cinta High Class nukilan pasangan bahagia novelis terkenal Dr. Farhan Hadi dan isterinya Fatimah Syarha Mohd Nordin...walaupun sudah berkali aku mengkhatamkan buku itu namun bait2 kata-katanya sudah cukup untuk menarik mataku untuk terus mengamati isi kandungannya...

aku terus meneroka sehinggalah aku menemui satu peristiwa yang aku rasakan sangat2 berguna jika dapat aku kongsikan...aku masih mengingati bait-bait tersebut walaupun mungkin banyak kata2 yang sudah ku olah dengan ayatku sendiri:

"Aku rasa presiden kita itu menyukaimu,Qaniah."Seorang kawan melontarkan pandangan.Qaniah hanya terdiam.

"Betul tu.Kamu berdua memang sepadan.Seorang soleh dan seorang lagi solehah."Kali ini Qaniah bersuara.

"Astaghfirullah,apakah baik jika seorang sahabat itu membawa sahabatnya kepada kelalaian?"

Bagi aku begitu mendalam sekali makna yang ingin disampaikan Qaniah.Seorang sahabat yang baik akan berusaha sekeras-kerasnya untuk membawa sahabat yang disayanginya ke jalan Allah dan bukannya berusaha untuk melalaikannya dengan perkara2 yang tidak berfaedah malah boleh mendatangkan dosa.Qaniah begitu takut seandainya hatinya mula merasai sesuatu yang aneh.Dia menginginkan cinta high class daripada insan yang bergelar suami.


'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

sebagai peringatan buat diri aku yang pelupa ini juga,
aku mohon kurangkanlah untuk memadankan sesiapa pun dengan mana2 insan kerana kita tidak tahu sejauh mana hati seseorang itu mampu bertahan dan seandainya timbul satu rasa yang tidak sepatutnya apakah kita ingin bertanggungjawab?wallahualam.selamat beramal

Thursday, December 6, 2012

secoret rasa

bismillahirrahmanirrahim



debaran pspm kian terasa.semuanya bagai menghimpit jiwa,semakin lama semakin menyesakkan minda.terasa begitu berat untuk meneruskan langkah.gusar juga andai ada yang bakal kecewa dengan diri yang hina ini.jika boleh ingin sahaja kembali ke saat dulu. namun itulah fitrah perjuangan kita.

buat sahabat2 yang disayangi kerana Allah,
kuatkanlah semangat kerana walau apa jua keputusan yang bakal kita terima nanti yakinlah itulah yang terbaik kurniaan dari Ilahi, hidup harus diteruskan.pertemuan kita di sini adalah satu kurniaan yang begitu indah dari Ilahi.moga2 ukhwah yang terbina ini akan terus kekal mewangi hingga ke pintu syurga kerana persahabatan kasih-sayang kita tidak lain tidak bukan adalah kerana-Nya.meskipun ramai yang mencemuh tapi yakinlah Allah amat menyayangi kita.aku berharap moga2 kalian semua akan terus tabah kerana inilah pengorbanan yang mesti kita laksanakan.

Sunday, December 2, 2012

ujian itu perasa kehidupan




seandainya engkau merasa kesunyian,
jangan lupa engkau masih ada Tuhan,
seandainya semua insan mula tidak memahami,
jangan terlupa untuk mengadu pada Ilahi,
seandainya bahumu terasa begitu berat,
ketahuilah Dia sedang meninggikan darjatmu seandainya engkau tabah untuk mengharunginya.

ujian demi ujian yang datang akan mematangkan kehidupan kerana di sebalik ujian yang menghampiri episod kehidupan memerlukan kita untuk berfikir jauh ke hadapan dalam mencari penyelesaian.seandainya kita sudah berusaha semaksima mungkin seterusnya berserahlah pada-Nya kerana hanya Dia yang layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Marilah kita renungi kisah Nabi Yusof dan Zulaikha.Kerana terpikat dengan ketampanan Yusof,Zulaikha telah membuat fitnah sehinggakan Nabi Yusof telah dipenjarakan namun apakah yang dikatakan oleh Nabi Yusof:

"Ya Allah,seandainya berada di penjara adalah yang terbaik untukku,aku reda."
Betapa kukuhnya keyakinan seorang Nabi kepada Sang Pencipta.Sememangya kehidupan dan dugaan tidak dapat dipisahkan kerana itulah yang memberi rasa kepada kehidupan.Jangan pernah terfikir untuk melarikan diri dari medan perjuangan kerana Allah sedang menguji sejauh mana keyakinan kita.Kembalilah kepada Ilahi,Pemilik Cinta Yang Hakiki kerana itulah yang menjadi kunci segala penyelesaian.

p/s:moga2 mampu menenangkan hati yang sedang keresahan,minda yang sedang kebuntuan,diri yang tidak keruan.wallahualam
           

Sunday, November 4, 2012

indahnya cinta...




cinta itu indah,
seandainya yang bercinta itu bijak dalam menunaikan tanggungjawab dalam percintaan,
cinta itu manis,
seandainya yang bercinta itu benar ikhlas untuk mencintai,
cinta itu hebat, 
seandainya yang bercinta itu sedia untuk mengorbankan dirinya bukan tenggelam di lautan nafsu tetapi di lautan cinta yang penuh dengan kesyahduan,
cinta itu harum, 
seandainya ia ditujukan pada tempat yang betul 
cinta kepada Pencipta itulah yang terutama,
kerana Si Pencipta itulah Pemilik Cinta.


p/s:just a simple post for some motivation




Saturday, November 3, 2012

sekadar luahan......

hari ini tinggal dua paper lagi untuk exam final kali ini...entah semua terasa macam main2, tak ada apa-apa pun yang serius...masa studi week yang sepatutnya digunakan untuk studi,bertanya pensyarah digunakan untuk menyiapkan kertas kerja yang hampir tujuh kali di tolak,maknanya tujuh kali jugala aku terpaksa buat semula...hampir-hampir saja aku nak berputus asa tapi alhamdulillah Dia bantu aku,Dia memberikan aku sahabat2 yang banyak sekali membantu terutama dalam memberikan diri ini semangat dan dorongan untuk terus melangkah,aku bersyukur sangat2 dengan kehadiran sahabat2...ya,aku banyak beroleh kekuatan dari mereka...ah!!!indahnya berukhwah kerana Allah...jujur aku pasti akan sangat rindu saat indah itu nanti...

dan tentang result exam aku,aku berserah insya Allah masa y ada aku akan manfaatkan tuk dua paper lagi... perjuangan itu tidak mudah kerana syurga itu indah...Dia telah menghantar aku ke sini,biarlah Dia yang menentukan perjalanku selepas ini...

dan kepada sahabat2 yang banyak sekali membantu aku,syukran jiddan kerana sudi bersama diri ini...aku amat menyayangi kalian kerana Dia...

Wednesday, October 10, 2012

sahabat untuk selamanya







puas hatiku mencari,puas mata ini meneliti namun hati ini sudah kebuntuan untuk terus mencari kerana aku tahu yang sudah pergi pasti tidak akan kembali.meskipun berat untuk meneruskan langkah tetapi itulah satu-satunya pilihan yang aku harus tempuhi,perjalanan masih panjang...sememangnya perjuangan ini bukannya mudah kerana itulah janji Allah,DIA tidak akan membebankan hamba-hamba-Nya melainkan dengan kesanggupannya...perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan dalam perjuangan...anggaplah ini sebagai dugaan untuk menguatkan jiwa agar terus mendekati-NYA...

kata-kata itu ditujukan khas buat sahabat seperjuangan yang disayangi sekalian,

teringat pula pada kata-kata Hilal Asraf: 1+1 bukanlah 2 tetapi 3 kerana bila dua orang sahabat itu saling mencintai kerana Allah akan hadir sesuatu yang akan menguatkan mereka iaitu KEIMANAN...

Tuesday, September 18, 2012

ku ingin mencintaimu kerana Ilahi



cinta merupakan anugerah yang paling terindah kurniaan dari Ilahi...bohonglah jika seseorang itu mengatakan hatinya tidak pernah jatuh cinta kerana cinta itu fitrah...rasa cinta itulah yang menyatukan dua hati insan...

saya ingin berkongsi satu mutiara tentang kisah cinta di mana Fatimah iaitu puteri kesayangan Rasulullah saw,ketika beliau di tanya oleh suaminya iaitu Saidina Ali bin Abi Tolib adakah dia pernah mencintai seseorang sebelum mereka berkahwin...

dalam tertunduk Fatimah menjawab:ya,aku pernah mencintai seseorang sebelum ini.kali ini giliran Ali  pula yang tertunduk menahan rasa kecewa dan hampa yang bersarang di hati .Fatimah menyambung lagi;aku mencintai seseorang lelaki yang amat pemurah dan sering merendah diri.dia tidak lain tidak bukan ialah Saidina Ali bin Abi Tolib...

Saidina Ali tersenyum...

SubhanAllah,indahnya percintaan itu.Percintaan yang berlandaskan syariat Islam semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi...percintaan yang akan kekal abadi hingga ke syurga,insya Allah...

sungguh,terasa hati ini begitu cemburu melihat keindahan percintaan ini...jika dibandingkan dengan cinta zaman sekarang yang hanya mengikut hawa nafsu telah mencemarkan keindahan cinta yang hakiki...

kerana cinta yang hakiki itu milik Ilahi...

Monday, September 17, 2012

Ya Rabbi,ku merindui-Mu








setiap kamu adalah pendakwah...tersentuh hati saya tatkala melihat muka hadapan buku itu...ya,setiap kita adalah pendakwah tak kira sama ada kepada orang lain mahupun kepada diri kita sendiri kerana diri kita juga hanyalah seorang insan yang sering terlupa dan sering tersilap dalam mengatur langkah...nobody is perfect,right???

mungkin kadang2 kita akan terleka sebentar tak kira sama ada kerana sesuatu kejayaan ataupun kegagalan..
kita mungkin akan terasa betapa berat amanah yang terpikul di bahu...terasa ingin berehat walaupun hanya untuk seketika...macam yang pernah saya lalui namun setelah itu saya terfikir jika junjungan besar kita mahupun para sahabat terdahulu memiliki pemikiran seperti saya bagaimanalah Islam akan bangkit...ya, mungkin kita tidak dapat menjadi mereka secara total namun kita boleh mencontohi mereka kerana merekalah pemimpin Islam yang berjaya...

sebagai penutupnya jangan takut untuk berdakwah kerana Allah itu sentiasa bersama orang2 yang suka menolong agama-Nya...Allah baik sangat kerana Dia tidak pernah menghampakan makhluknya...mungkin apa yang kita minta bukanlah yang terbaik untuk kita sebab tulah Dia tak bagi...

moga dakwah terus mewangi menerangi kehidupan kita semua!!!

Tuesday, July 31, 2012

ramadhan yang dinanti






akhirnya detik yang dinanti-nanti itu hadir jua menjengah sejenak ruang kehidupan...meskipun perjalanan masih berbatu namun kehadiran detik itu cukup-cukup memberikan nafas baru..semua yang lemah longlai akhirnya kembali bersemangat,berdiri teguh untuk mendamba reda Ilahi...

seketika dunia ini seakan disinari cahaya yang sangat-sangat indah,terasa begitu nyaman dan segar sekali...setiap hari yang dilalui dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh...terkadang rasa lelah itu tetap hadir jua namun digagahkan jua kaki ini untuk terus melangkah...tidak ingin mencemarkan keindahan,keseronokan yang dirasakan...

namun begitu kehadirannya bukanlah untuk selama-lamanya...seandainya berkesempatan kelak kita akan menemuinya lagi nanti...meskipun berat hati untuk melepaskan namun itulah suratan kehidupan...

ramadhan,
hadirmu memberikan kekuatan,
mengembalikan semangat yang kian menghilang,
aku berharap moga2 ramadhan ini dapat di isi dengan penuh kesabaran,
moga2 beroleh keberkatan...

wallahualam

Sunday, July 1, 2012

perkongsian bersama

semuanya yang ada dihadapanku ini bukanlah seperti saat-saat dulu lagi.Sungguh,jiwa ini benar2 dahagakan saat indah seperti dulu.tapi aku tetap kekal sedar waktu2 itu tidak mungkin akan kembali lagi.wajarkah aku mengeluh sedangkan aku langsung tidak mempunyai hak itu?aku yakin inilah jalan yang terbaik namun sebagai insan biasa yang sering melakukan kesilapan,rasa kecewa itu masih belum mampu untuk aku usir sepenuhnuya dari ruang hati ini.malam ini ada ceramah Israk Mikraj dan itulah yang ingin saya kongsikan bersama...

panel2nya bukan drpd calang2 orang:Tn HAJI Izelan Basar iatu penguasa saluran Astro Oasis dan Ustaz Erfino Johari iaitu pegawai khas Y.B Kementerian Pelajaran Tinggi..dan untuk makluman ustaz Erfino ni memiliki Masters dalam bidang Sains dan Degree dalam bidang Bahasa Arab...dan tajuknya ialah:
JIHAD FISABILILLAH DALAM DUNIA MODEN...

wah,begitu besar makna yang tersirat...

dan yang paling2 saya tertarik ialah pada pertanyaan ini:

siapa yang akan melahirkan satu program Islam kepada seluruh dunia kalau bukan umat Islam?adakah mahu mengharapkan kepada yang lain?kenapa?begitu pengecutkah umat Islam?

pertanyaan itu benar-benar membuatkan saya terfikir panjang...

dan kata2 terakhir yang ingin saya kongsikan:

AKU BERJALAN KE SELURUH DUNIA,
MENCARI TUHANKU...
RUPA-RUPANYA TUHANKU DI SEBALIK JUBAHKU...
-hamka-

kalau kita fikir ibu kita sangat sayangkan kita,

ketahuilah yang Allah lebih menyayangi kita...

Friday, June 15, 2012

yakinlah pada-Nya...

manusia hanya mampu merancang namun hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya...

alhamdulillah wasyukurillah hari ini hampir 3 minggu saya berada di KMPh...meskipun pada awalnya terasa begitu berat untuk menerima namun saya akur inilah yang terbaik untuk saya...mungkin impian saya untuk mengambil pengajian bahasa Arab bukanlah yang paling baik untuk saya...

ya,bercakap memang senang tetapi untuk menerima sesuatu takdir itu memerlukan kelapangan hati...itulah yang saya rasai mungkin dugaan ini tidaklah sebesar mana namun ianya sudah cukup untuk membuatkan saya menangis...

namun Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk saya...kehangatan ukhwah yang saya dapat rasakan di sini mampu membuatkan saya tersenyum dan melupakan kesedihan yang saya alami...saat itu saya merasakan benar-benar terharu,,,Allah masih memberikan saya orang-orang yang sudi memberikan semangat kepada saya meskipun saya kadang-kadang hampir berprasangka kepada-Nya...
masya Allah...besarnya kasih sayang Allah...

senang cerita nak beritahu yakinlah pada Allah!!!
itulah juga yang sedang saya katakan pada diri saya yang kerdil ini...
wallahualam....

Saturday, June 2, 2012

persoalan agama...

ramai yang persoalkan:
kenapa khinzir diciptakan sekiranya haram di makan?
kenapa malaikat diciptakan sekiranya Allah swt itu berkuasa?

persoalan2 itu kadang-kadang membuatkan kita terdiam,termenung untuk mencari jawapan yang sesuai...dan bertepatan dengan syariat terutamanya jika soalan-soalan tersebut ditanya oleh non muslim...bimbang juga kalau2 jawapan kita akan membuatkan mereka semakin bingung tantang Islam sedangkan Islam itu mudah...

alhamdulillah,
saya diberi kesempatan untuk mendengar jawapan yang tepat,insya Allah dan saya ingin berkongsi dengan seramai yang mungkin...

soalan yang pertama:
kenapa Allah ciptakan juga batu yang memang jelas tidak boleh dimakan juga?semua yang Allah ciptakan mempunyai fungsi dan hikmahnya yang tersendiri...tidak semua yang diciptakan untuk di makan..misalnya berbalik kepada soalan tadi khinzir diciptakan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang muslim itu dalam mengelakkan daripada memakannya...nah sudah jelas sebab Allah menciptakan khinzir kerana Allah ingin memberikan ujian kepada hamba-Nya dalam mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala larangannya...

soalan kedua:
Allah itu Maha Berkuasa dan mampu untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan...misalnya Allah menciptakan malaikat yang tidak pernah melanggar perintahnya malahan sering patuh kepadanya...
cuba kita renungkan seorang guru besar mahupun pemimpin negara,mampukah mereka membuat semua orang mentaati segala suruhan mereka?tentunya tidak...kerana hati manusia itu milik Allah swt..hanya Allah yang mampu mengubah hati seseorang..berkuasakan Allah?

moga2 kita dapat sedikit info daripada post yang pendek ini..
wallahualam..
moga2 barokah mendahului...
sesungguhnya hidup kita hanya untuk beribadah kepada-Nya..

Friday, May 25, 2012

come with me...

sometimes I feel that anything I ask from God,He never give me...I always feel dissapointed ...I want to cry...or shared with someone..with that I hope I will feel calm...but after that I relise that even if I tell the world about my feeling..I still feel something that not complete...something missing from my heart...then I return to the God...

praying,crying and asking for His forgiveness...whenever I go I still need Him...

maybe what I want I cannot get that but after that He will give me something that make me happy...He do not give us for what we ask but He will give what  the best for us...He know what we really really need...He always be with us in hard and easy time..He never left His slave although we always forget Him...His love more than enough for us...

when I saw the people today, I cried in my heart,,,until when they want to be like this???until when they want to return...

I know that I'm not a good person but I will try to be the best person...I want to be like our Prophet, Nabi Muhammad saw who never stop asking the people to return to the God...I want to be the best followers...
even I know that its not that easy like what I think...

I only hope that the other Muslim  also come with me...
COME!!!
LETS RETURN TO THE OUR MAIN MOTIVE...

Insya Allah,...we can get the true love...

Sunday, May 13, 2012

selamatkan bumi Ilahi





SELAMATKAN BUMI ILAHI
Uj melepaskan pandangan jauh ke hadapan.Dia menggeliat perlahan sambil menghirup udara segar sekaligus menghembuskan gas karbon dioksida yang berlebihan di dalam badannya.Sungguh indah dan tenang suasana ini.Uj melihat sekeliling.Ternyata rakan-rakan yang lain juga sedang melakukan hal yang sama seperti dirinya.Um,Un, dan Us hanya tersenyum memandang ke arahnya.
“Uj.”Serentak mereka berempat berpaling.Kelihatan Uz  sedang berlari ke arah mereka.Nafasnya tercungap-cungap.
“Kenapa ini?”Un semakin tidak sabar melihat Uz yang tidak berkata apa-apa.
“Kalau ya pun,biarlah Uz bernafas dulu.”Uj cuba menenangkan.Kasihan juga dia melihat muka Uz yang sudah pucat itu.Menahan lelah.Pastinya sudah lama dia berlari.Um mengambil sedikit air untuk diberikan kepada Uz.
Sudah lama mereka berkawan dengan Uz.Uz merupakan seekor rama-rama yang cantik.Sejak kecil lagi Uz memang selalu bermain di kawasan Uj,Um,Un dan Us tinggal.Jadi kalau ada apa-apa yang berlaku Uz yang akan memberitahu mereka kerana mereka jarang keluar dari tempat itu.Keadaan di luar terlalu bahaya buat empat ekor anak semut itu untuk bermain.
“Mereka akan musnahkan tempat ini.Kita semua akan mati.”Uz akhirnya bersuara.Mereka semua terdiam seketika.Kalau tempat ini musnah,di mana mereka semua akan tinggal?
“Siapa mereka sebenarnya?Kenapa mereka hendak musnahkan tempat kita?”Un masih belum berpuas hati.
“Entahlah,aku juga tidak beberapa mengenali mereka semua.Cuma yang aku tahu mereka semua mempunyai badan yang besar dan tinggi.Sangat berbeza daripada kita semua.Mereka hidup dalam suasana saling mementingkan diri sendiri.Mereka gemar sekali bergaduh meskipun hanya kerana perkara-perkara yang tidak penting.Hanya itulah yang aku dengar daripada kawan-kawan di tempat aku tinggal.”Ujar Uz.
“Kejam sungguh mereka semua.Inikan bumi Allah.Tidak bolehkah mereka memberi kita sedikit ruang?”
“Habis itu sekarang apa yang kita hendak lakukan?”
“Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya moga-moga dilembutkan hati mereka semua.”Akhirnya Uj bersuara.Mereka semua mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Richard,esok kita akan mulakan penebangan hutan itu.”Richard hanya mendiamkan diri.Langsung tiada sebarang respons yang diberikan.Bukan apa,entahlah sejak akhir-akhir ini jiwanya terasa kosong. Kemewahan yang dimilikinya ternyata langsung tidak memberinya kebahagiaan.Entah apa yang dicari dia sendiri tidak pasti.Yang dia tahu,dia sedang mencari sesuatu.
“Tak mengapalah,Richard.Aku masih ada kerja untuk disiapkan.Kita jumpa dipejabat sahaja esok.”Talian dimatikan.Richard kembali melayan perasaannya.Pelbagai persoalan semakin menghimpit jiwanya.Semakin lama dia terasa semakin sesak.Tumpuannya kepada pemanduan semakin hilang.Tanpa disedari dia hampir melanggar seorang lelaki tua yang sedang melintas jalan.Dia lantas memberhentikan keretanya.
“Maafkan saya pak cik.Pak cik tidak apa-apakah?”Terketar-ketar dia menuturkan kata.
“Alhamdulillah.Pak cik masih lagi sihat.Allahuakbar.Dia masih berikan pak cik peluang untuk terus hidup di bumi-Nya ini.”Richard terkesima.Ada sesuatu seakan membuatkan hatinya sayu.
“Saya hantar pak cik balik?”Dia menarik nafas lega tatkala melihat lelaki tua itu mengangguk.
“Anak ini nak ke mana malam-malam begini?”Richard terdiam.Sebetulnya dia sendiri tidak pasti ke mana arah tujunya.Cuma dia benar-benar ingin menenangkan jiwanya yang sedang kacau.Dia ingin melupakan segalanya buat sementara waktu ini.
“Pak cik tadi saya dengar pak cik sebut Allahuakbar.Apa maksudnya?”Lelaki tua itu hanya tersenyum.
“Allahuakbar.Maksudnya Allah Maha Besar.Allah merupakan Pencipta seluruh alam ini dan Dia jugalah yang mentadbir seluruh alam ini.Pak cik sedih melihat manusia sekarang semakin suka merosakkan alam ini.Sikap tamak haloba menguasai diri mereka menyebabkan mereka menjadi manusia yang angkuh.”
“Tapi selalunya mereka melakukan itu untuk membangunkan sesebuah kawasan.”Richard masih belum puas hati dengan penyataan itu.
“Ya.Benar.Pak cik tidak nafikan itu tapi terfikirkah mereka berapa banyak keluarga binatang yang tinggal di kawasan yang mereka lapangkan.Mereka juga memiliki kehidupan mereka sendiri.Mereka juga mempunyai hak untuk tinggal di bumi ciptaan Allah ini.”Sekali lagi nama itu menggetarkan relung hatinya.
“Encik.”Ketukan cermin dari luar mengejutkannya dari tidur.Dia menggosok-gosokkan matanya.Adakah dia bermimpi?Ke mana lelaki tua itu?Dia turun dari kereta dan melangkah ke hadapan.Seakan ada sesuatu yang menariknya untuk ke sana.Di hadapannya tersergam sebuah masjid yang cukup indah dan menenangkan atmanya.
“Anak.”Richard lantas berpaling.Dia benar-benar terkejut.Wajah lelaki yang berdiri di hadapannya ini persis seperti lelaki tua itu.Lelaki itu hanya tersenyum ke arahnya.
“Pak cik?”
“Ya.”
“Bantu saya pak cik.Bantu saya mengenali Allah.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Hey,Richard,kau lewat.Kerja penebangan sudah hampir bermula sebentar saja lagi.”
“Batalkan semua ini.”
“Apa?Kau dah gilakah?”
“Aku kata batalkan semuanya.Pasal kosnya biar aku tanggung.Kau jangan risau.”
“Ta...tapi kenapa?”
“Selamatkan bumi Ilahi.”Richard tersenyum penuh makna lantas menapak pergi.Farid hanya memandang dengan pandangan yang kosong.
Uj,Um,Un,Us dan Uz hanya mampu tersenyum.Mereka lantas bersujud tanda syukur kepada Ilahi.

Thursday, May 10, 2012

adakah sekadar berbicara???

Nasihat,..teguran...menunjukkan kasih sayang...kerana hanya seseorang yang benar-benar menyayangi seseorang itu akan mampu untuk menasihati orang lain yang disayanginya...namun kadang-kadang saya terfikir sejauh manakah saya melakukan apa yang saya nasihatkan...adakah saya hanya sekadar menasihati tetapi tidak mengamalkan??Nauzubillahhiminzalik...

"Maka amatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"...memberi nasihat merupakan sesuatu yang amat mulia dan akan dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah sekiranya kita mengamalkannya...sekiranya tidak diamalkan azab Allah yang besar sedang menunggu kita...

semua yang kita cakapkan...bicarakan...semuanya akan disoal di padang mahsyar nanti...
jom nilai sejauh mana kita mengamalkan apa yang telah kita katakan...

diharap semoga post yang pendek ini dapat memberikan kita sedikit manfaat...



jom nasihat sambil beramal!!!
insya Allah..moga2 barokah mendahului...
sabda Rasulullah saw:
"sampaikanlah pesanku walaupun hanya sepotong ayat."
wallahualam...

ombak rindu



Alhamdulillah kerana saya masih mampu untuk menulis pada hari...Entahlah semakin lama,rasa rendah diri semakin menebal...Semua yang saya harapkan tidak menjadi...Serasa diri ini tidak layak untuk berjuang untuk Islam...Malahan saya selalu juga berharap agar tidak ada seorang manusia pun yang melihat Islam kepada saya kerana terasa begitu banyak kekurangan dan cacat cela yang saya bimbangi akan merosakkan sedikit nilai Islam di mata sesiapa sahaja...Itulah hal yang paling saya takutkan...

Saya semakin takut untuk berhadapan dengan diri saya sendiri...Tanpa saya sedari kalau apa yang saya alami ini sebenarnya semakin membawa saya mendekati pada-Nya...semakin membawa saya untuk mengenali-Nya... semakin membawa saya untuk mencintai-Nya...Betapa butanya pandangan hati saya dalam melihat sesuatu...Semakin difikirkan semakin banyak yang saya temui...Allah hanya menguji hamba-Nya yang Dia sayangi...Kalau dulu saya selalu mengatakannya di hadapan adik-adik...di dalam usrah...sebenarnya saya langsung tidak menjiwainya...kerana saya selalu berharap kepada manusia lain untuk memberikan saya semangat dan motivasi...

Sampaikan saya lupa kepada Dia yang sentiasa ada untuk kita...Kepada Dia yang selalu menawarkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada kita semua...Ya Allah,betapa terlekanya saya...

Saya sedar semua ujian ini merupakan salah satu cara untuk Dia menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita...
MasyaAllah betapa sayangnya Allah kepada kita...

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah hamba-MU yang tidak bersyukur ini,
Engkau ampunkanlah hamba-Mu yang sering melupakan-Mu ini,
Engkau ampunkanlah hamba-Mu yang sering berbuat silap ini,
Engkau ampunkanlah Ya Allah...

Monday, April 30, 2012

pilihanraya...

pilihanraya...ternyata isu itu sedang hangat diperkatakan...sedang sibuk dipersoalkan...siapa yang bertanding??
bila pilihanraya akan diadakan??semuanya semakin lama semakin hebat,menjadi bualan harian hinggakan menjadi tajuk utama akhbar-akhbar harian...semua ahli yang bertanding mula berlumba-lumba untuk mendapatkan undian dan pastinya sanggup melakukan apa sahaja..termasuklah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk memancing undi...memang jika ditanya pastinya akan menyangkal...ah,siapa yang ingin mengaku...mana ada pencuri yang mahu mengaku mencuri..jika ada pasti dunia ini sudah lama aman...

tiada lagi insan yang bertelagah,memaki hamun sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing,untuk keuntungan masing..ah...itukah umat Islam???

saya masih mencari jawapan..ya,memang pilihanraya itu penting namun apa gunanya jika ianya hanya memecahbelahkan umat Islam???

TEPUK DADA tanya IMAN...
wallahualam...
buka mata,buka hati...


Saturday, April 21, 2012

journey of muslim




Alhamdulillah wasyukurilah akhirnya hari ini kami berjaya menyudahkan kem ibadat untuk adik-adik pelajar tingkatan satu.Journey of muslim.Ramai yang tertanya-tanya kenapa begitu nama yang diberikan.Jawapannya mudah.Solat merupakan tiang agama.Nah sudah terang lagi bersuluh solat merupakan satu titik permulaan bagi perjalanan hidup seorang muslim.Tanpa solat jiwa akan terasa kosong tanpa cinta kepada Sang Pencipta.Maka pastinya akan berlaku pelbagai kemaksiatan kerana tiada rasa takut mahupun segan kepada Dia untuk melakukan kemungkaran.

Solat dapat mencegah kemungkaran.Tidak kurang juga ramai yang hanya melakukan solat sekadar nama sahaja tanpa mengira rukun mahupun syarat ibadah tersebut.Justeru itu kem ibadah ini dilakukan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada adik-adik mengenai solat sekaligus merapatkan silaturrahim antara adik-adik tingkatan satu dengan bekas pelajar smkaka.

Kepada semua sahabat yang turut menjayakan kem ini semoga terus istiqamah.sesungguhnya tiada yang mudah dalam berdakwah.Selama lebih kurang dua hari,dua malam kami berkampung di smkaka begitu banyak perkara yang dipelajari.Ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang sentiasa memberikan dorongan kepada kami semua.syukran jiddan.Semoga kem yang diadakan dapat memberikan sedikit manfaat buat adik-adik tingkatan 1 dan juga buat diri kami semua.Amin.
wallahualam...
semoga Allah reda...

Thursday, April 12, 2012

learn to forgive

sometimes we can see the most of people say or ask for the other forgiveness...they also said that they have regret with what they do...yes,it is a good manners to ask for someone forgiveness but at the same time we also need to ask ourself
"have we forgive the others?"
if not, we should not ask for the forgiveness...yes,ask for forgiveness is more easy than give it...
but...if you try it confirm you will find the happiness...that cannot be imagine by your mind...also cannot be write or show to the world...it just you to feel it...

it will be good if before you close your eyes and sleep...you take sometime to think and try to forgive everyone that exist in your life although you do not know or do not like them...

only with that you will enjoy your sleep and when you get up from your sleep tomorrow,you can start your day with smiles and new spirit to do the best in whatever your job...

maybe its not that easy but its not waste anything if you try it...
right???
lets learn to forgive...


Wednesday, April 4, 2012

sahabat selamanya...





alhamdulillah,bersyukur kepada-Nya kerana saya dapat mengecapi rasa rindu ini yang rasanya sungguh indah tanpa mampu saya gambarkan dengan kata-kata...

ternyata untaian ukhwah yang terjalin kerana Ilahi itu terlalu bererti...begitu indah sekali...jika dibandingkan dengan perasaan cinta yang berlandaskan hawa nafsu...saling merindu untuk bersua kembali...saling menasihati kesilapan diri...saling menyayangi...masya Allah,saya benar-benar terharu...

terlalu manis rasanya rasa rindu itu...

oleh itu saya mahu mengajak anda semua untuk sama-sama mencintai sahabat anda kerana Dia...
ayuhlah bersama-sama kita kecapi rasa manis itu...

sahabatku,
seandainya bulan itu mampu berbicara akanku suruh ia berbicara padamu kalau aku begitu merinduimu,
seandainya matahari itu mampu mendengar akanku katakan padanya betapa aku mencintaimu,
namun,
aku tahu cukuplah Allah sebagai saksi,
biarlah hanya pada-Nya aku khabarkan kerinduan ini...
buatmu,sahabatku yang teristimewa...
dan aku juga berharap kau akan melakukan hal yang sama denganku,
doaku semoga untaian ukhwah kita terus berkekalan...

salam sayang buat sahabatku...

Tuesday, April 3, 2012

ujian tanda Dia sayang...


saya mengeluh lagi...ternyata perjuangan ini memang tidak semudah yang saya sangka...rancangan kami untuk membuat satu kem untuk adik-adik tercinta tertangguh lagi...namun inilah takdir yang harus saya terima...bagitu juga dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya...

sememangnya setiap perkara yang kita rencanakan pastinya akan di uji dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan itu semua pastinya untuk menunjukkan kalau Allah itu mengambil tahu tentang apa yang kita lakukan... Allah ingin menguji sama ada kita benar-benar bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu itu dan Allah hanya menguji hamba-Nya yang dirasakan tabah untuk menghadapinya...

subhanAllah...saya akhirnya tertunduk sendiri...bukan apa,mula terfikirkan sesuatu...

kenapa saya begitu cepat mengeluh?adakah ini tandanya saya sudah berputus asa?oh...tidak!!!

jika kita benar-benar mencintai dan mempercayai Dia,kita seharusnya meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada-Nya kan???saya kemudiannya beristighfar...

Ya Allah,
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segalanya...
Engkau lebih tahu apa yang tersurat dan tersirat,
Oleh itu Engkau permudahkanlah kami semua...
dalam perjuangan ini untuk mencapai reda-Mu,Ya Rabbi...

Allahumma Rabbi yasir wala tuassir...
amin ya rabbal alamin...
wallahualam...
takbir!!!


ayuh sahabatku semua!!!

Sunday, April 1, 2012

petua untuk kekal cantik...


cantik...hmm...apa itu cantik sebenarnya???

di sini saya cuma ingin kongsikan sedikit petua untuk menjadi seorang muslimah yang cantik pada pandangan Ilahi...moga2 barakah mendahului...


  • jika selama ini semasa bangun tidur anda terus sahaja melangkah ke bilik air untuk mencuci muka dengan pelbagai jenis jenama pencuci,apa salahnya jika luangkan masa sebentar untuk membaca doa bangun tidur dan senyum...alhamdulillah aku masih hidup lagi hari ini...masya Allah hari yang dimulakan dengan merafakkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa dan disertai dengan senyuman pastinya akan menjadi hari yang indah...
  • jika selalunya anda terpaksa mengambil masa untuk berhias apa salahnya jika sedikit masa digunakan untuk melakukan solat sunat dhuha...ataupun ibadah2 yang lain...anda pasti akan kelihatan lebih berseri-seri...
  • jika anda terpaksa menghabiskan duit untuk membeli gincu,pelembap bibir mahupun bedak muka rasanya lebih indah jika menghiasi bibir anda dengan kejujuran,bicara yang indah di dengar... sapukanlah di pipi anda dengan bedak taqwa yang pastinya akan menjamin kecantikan anda... seterusnya oleskanlah pada mata anda sedikit rasa insaf dan takut untuk memandang perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan lihatlah pada benda-benda yang indah...
sesungguhnya kelihatan cantik pada pandangan Allah lebih tinggi nilainya berbanding pada pandangan manusia kerana pandangan manusia itu sering menipu...

rebutlah untuk cantik pada pandangan Allah nescaya anda akan cantik pada pandangan manusia...

insya Allah...
wallahualam..
moga2 bermanfaat buat semua!!!
takbir!!!

Thursday, March 29, 2012

utamakanlah pandangan Allah

saya termenung sendirian..petang yang indah ini membuatkan saya benar-benar hanyut...angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memberikan makna yang begitu sukar untuk saya tafsirkan...saya benar-benar tersentuh...
kenapa???kerana saya mula terfikir ikhlaskah saya selama ini?atau semua ini hanyalah sekadar untuk mendapat tempat di hati manusia semata-mata?nauzubillah...

apakah selama ini semua yang saya lakukan hanyalah sia-sia sahaja?sudahlah amalan tidak seberapa inikan pula dicantascantas oleh ketidak ikhlasan yang bermukim di dalam diri dan sekaligus meranapkan pahala yang ingin dikutip...masya Allah...saya terdiam seketika...

seseorang pernah berkata kepada saya dan saya berharap saya dapat berkongsi untuk kebaikan semua...
insya Allah...

"UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH"

wallahualam...
salam perjuangan buat semua...

Friday, March 23, 2012

alangkah indahnya....








    alangkah indahnya percaturan hidup ini.SubhanAllah...saya benar-benar bersyukur kerana dapat mengenali orang-orang yang begitu banyak memberikan saya nasihat...tidak pernah jemu-jemu memberikan saya dorongan untuk meneruskan perjuangan...meskipun sukar ianya tetap harus dilalui dengan sabar dan bersemangat...

saya ingin kongsikan sedikit kata-kata yang rasanya cukup-cukup membuatkan saya terharu dan lebih bersemangat...

adikku,
kehidupan dan perjuangan itu memenatkan dan kadangkala mengundang rasa putus asa...
namun...ketahuilah bahawa penat itulah yang bakal melahirkan izzah seseorang hamba dan sesungguhnya ketabahan tinggi nilainya di sisi Allah swt...

syukran jiddan kak islah atas nasihat yang diberikan dan kepada motivator saya semoga Allah sentiasa memberkatimu disetiap detik perjalanan hidupmu...




you are always the best no matter where you are because you are a muslimah...and because that'S what i believe...

semoga kata-kata itu dapat memberikan kita semua semangat untuk terus bangkit...
ayuh...bangkitlah bersama-sama saya...
insya Allah..

wallahualam...


Wednesday, March 21, 2012

egoiskah aku?




alhamdulillah wa syukurillah kerana hari ini semua yang saya nantikan selama ini sudah terlerai...insya Allah saya terima semua ini dengan seadanya,ini semua yang terbaik untuk saya ...saya sedar itu namun sebagai insan biasa saya juga tidak mampu untuk menidakkan rasa sedih yang menghurung jauh di benak saya...saya sedikit kecewa dengan keputusan yang saya dapat terutamanya matapelajaran bahasa arab...entah terasa ingin menangis namun rasanya air mata sudah kekeringan untuk keluar lagi...saya terdiam seketika...

entah kenapa saat itu juga saya terpandang akan berita yang disiarkan mengenai saudara kita di Palestin...saya terdiam lagi tetapi kali ini lebih lama...layakkah saya untuk menggelar mereka semua sebagai saudara saya?? rupanya kesedihan,kesusahan yang saya alami hanyalah sangat kecil jika dibandingkan dengan mereka... ternyata saya terlalu mementingkan diri saya sendiri...

kalau dulu saya begitu bersemangat untuk terus berjuang kenapa kesedihan yang sedikit ini harus dijadikan alasan untuk saya terus berjuang?saya terus menyoal diri saya sendiri namun akhirnya saya menemui jalan buntu kerana musuh saya yang sebenar ialah diri saya sendiri...

buat semua sahabat saya ucapkan tahniah untuk keputusan yang telah anda perolehi...mabruk...
selamat menyambung perjuangan kita semua!!!
semoga sentiasa diredainya...
wassalam..


Monday, March 19, 2012

kenapa begini???

entah kenapa saya rasa begitu ingin untuk berkongsi cerita ini...

semalam ibu saya pulang ke rumah...katanya begitu ralit mendengar perbahasan sampai tak perasan waktu berjalan...walaupun hati saya tertanya-tanya namun saya pendamkan...biarlah ibu bercerita sendiri nanti...

akhirnya ibu bertanya apa maksud al-huda...saya pun beritahulah petunjuk...dia kelihatannya beristighfar panjang...saya semakin tertanya-tanya...

"tadi ada orang datang dan bercakap pasal masjid kat kampung kita tu...katanya nama masjid kita al-huda..."

saya masih mendengar...

"tapi bila orang tu tanya datuk kamu pasal maknanya...tahu apa dia cakap?"saya menjungkitkan bahu tanda tidak tau.

ibu menyambung

"dia kata entah tempat menyembah..."masya Allah...saya terdiam...

kalau tidak tahu mengapa berani memberitahu...saya sedih kerana kalau bilal dan imam yang mengetuai masjid berfikiran begitu bagaimana pula dengan orang-orang bawahannya nanti...

cerita ini hanyalah sekadar perkongsian...moga2 dapat memberi sedikit manfaat...
salam mahabbah...


Friday, March 16, 2012

debaran 21 mac

semakin saya cuba jauhi ternyata saat itu semakin tiba...debaran yang dirasa kian kemuncak..dalam diam saya sedang menghitung...hanya tinggal lebih kurang lima hari lagi...meskipun hati begitu berat namun itulah hakikat yang perlu saya tempuhi,akhirnya hari penentuan itu akan tiba jua...langsung tidak dapat saya gambarkan bagaimanakah nanti...apakah keputusan yang bakal saya terima...entah,hati ini cukup-cukup berdebar...

namun saya tetap sedari diri ini sudah lakukan yang terbaik...apa jua takdir yang tersurat insya Allah akan diterima dengan hati yang lapang...kerana saya yakin Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...Dia tidak memberi apa yang kita minta tetapi Dia memberi apa yang kita inginkan...

dan saya juga tidak lupa kepada pesanan seseorang kepada saya kalau hidup ini tidak selalunya mendung...ya, seandainya keputusan yang diperolehi tidaklah seperti yang diinginkan itu tandanya Allah ingin mengujikan? walau segusar mana sekalipun saya akan cuba untuk menenangkan diri sendiri...dan buat semua sahabat seperjuangan saya semoga kejayaan yang diberkati Ilahi akan menjadi milik kita semua...amin...


Wednesday, March 14, 2012

masih adakah mawar berduri untuk istanaku?


dunia merupakan perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah...


orang selalu bercakap-cakap...mengapa wanita harus dikaitkan dengan mawar?kenapa tidak kaktus ke?maklumlah kaktus juga berduri malahan rasanya lebih mampu untuk hidup berdikari jika dibandingkan dengan bunga mawar yang memerlukan penjagaan yang rapi dan teratur...jika tidak pasti tidak akan mampu bertahan... wanita...apa indahnya pada seorang wanita?adakah pada wajahnya yang mempesonakan atau pada alis matanya yang pasti akan menarik pandangan setiap mata yang melihat...atau pada senyumannya yang manis? 


jika di situlah kecantikan seorang wanita maka wanita itu tidak ubah seperti sebuah rumah yang ketika baru dan cantik pastinya akan disayangi dan dicintai ramai orang tetapi apabila sudah usang rumah itu kelak akan ditinggalkan tak bertuan...satu masa nanti akan roboh ditelan zaman...kecantikan luaran hanyalah sekadar perhiasan semata-mata yang pastinya akan suram suatu saat nanti...wajah yang cantik pasti akan dipenuhi kedutan...alis matanya yang mempesonakan pasti akan semakin pudar dan membosankan jika selalu dipandang...






wanita yang solehah ialah wanita yang hanya mementingkan pandangan Ilahi...ketika keluar rumah dia akan berkali-kali melihat di cermin,bimbang seandainya pakaian yang menyelimuti tubuhnya tidak disukai Sang Pencipta...bimbang andai akan menimbulkan kemurkaan-Nya...dia tidak gusar dengan gelaran orang lain terhadap dirinya,apa yang pasti dia sedang mencari keredaan Ilahi...


wanita yang solehah juga akan selalu menjaga pandangannya dan hanya mengangkat wajahnya ketika perlu...dia begitu takut jika ada yang melakukan kesilapan kerana dirinya...baginya...cinta-Nya hanyalah untuk Allah dan Rasul-Nya...dan mungkin buat suami yang tercinta bagi yang sudah mendirikan masjid...


seseungguhnya wanita pada pandangan Islam cukup indah...tiada yang lebih indah daripada wanita sekiranya wanita itu mampu menjaga segala yang dilarang dan melakukan segala yang disuruh nescaya syurgalah untuknya...


lihatlah contoh yang ada pada Siti Khadijah,isteri Junjungan besar kita...beliau begitu dihormati kerana memiliki hati yang ikhlas dan selalu berada di samping Rasulullah saw ketika suka dan duka bahkan sanggup mendermakan hartanya untuk Baginda berjuang menegakkan Islam...atau lihat sajalah pada Sumayyah Ummu Ammar yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk Islam...beliau merupakan wanita yang pertama mati syahid...masya Allah...


begitu indah Islam itu...


oleh itu saya merayu bangkitlah wahai wanita-wanita Islam...buktikan pada dunia bahawa wanita itu begitu tinggi martabatnya di mata Islam...jangan biarkan dirimu disentuh oleh tangan-tangan liar yang hanya akan merosakkan kesucianmu sebagai mawar yang berduri...dan janganlah gusar seandainya dirimu masih belum dipetik orang kerana Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untukmu...


akhirulkalam semoga Islam terus gah dengan kehadiranmu...




seindah mawar berduri...





Sunday, March 11, 2012

kita berkongsi...



melihat keadaan cuaca hari ini yang sejak dari pagi tadi hujan lebat membuatkan hati saya mengeluh.yalah pastinya banyak kerja-kerja harian seperti menyapu sampah terbengkalai...bukan apa pastinya kami semua hanya akan mampu berkurung di dalam rumah sahaja tanpa mampu melakukan aktiviti luar...

ketika saya membuang pandangan jauh ke luar, saya dapat merasakan sesuatu.begitu alpanya saya kalau di bumi ILahi ini bukannya saya seorang sahaja yang menghuninya,,,masih ada pohon-pohon yang menghijau dan haiwan-haiwan lain...memandangkan keadaan yang panas terik sudah hampir seminggu pastinya pohon-pohon ini begitu mendahagakan air...betapa saya mementingkan diri saya sendiri...

sepatutnya saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba yang diciptakan-Nya..seandainya saya mampu bersabar sedikit dan tidak mengeluh dengan mudahnya...

saya sedar sepatutnya saya belajar untuk menerima ketentuan Ilahi kerana saya hidup berkongsi di bumi pinjaman Ilahi ini...

wallahu alam...

Saturday, March 10, 2012

nukilan seorang perindu

     Maria membuka diari itu perlahan-lahan.Bibirnya mula terkumat-kamit membaca patah-patah perkataan yang ditulis.Jiwanya mula tersentuh.

   diariku,
  Hari ini saya mendapat tahu bahawa ibu saya yang saya sayangi selama ini sebenarnya langsung tidak menyayangi saya malahan terlalu benci melihat wajah saya ini.Saya sedih sangat namun kepada siapa harus saya mengadu?ayah?jangan haraplah...ayah bukannya selalu berada di rumah...hanya balik sewaktu lapar sahaja,rumah ini sudah seperti hotel buatnya...dan yang paling menyakitkan,saya bukanlah anak ayah...
   
   Ibu saya diperkosa oleh kawan ayah saya sendiri dan ini semua gara-gara ayah berhutang lantaran kalah berjudi...dan sebab itulah ibu terlalu membenci diri ini namun adilkah bagi saya??saya tahu tidak layak untuk berfikiran seperti itu namun saya hanyalah insan kerdil yang terlalu lemah...

   Sakit kepala saya pula semakin bertambah perit rasanya...Di sekolah saya sering pengsan,mujurlah ada rakan-rakan yang menolong...

diariku,
   Hari ini pula saya diberitahu kalau sahabat saya yang paling rapat menghidapi penyakit barah otak...saya terlalu terkejut...untuk memberitahu ibu adalah mustahil...walaupun sahabat saya itu sering menipu saya dan tidaklah berapa saya kenali namun saya yakin saya akan tetap merasakan kesakitannya...keperitannya...

  diariku,
 Tubuh sahabat saya semakin lemah...dia sudah tidak mampu berdiri lagi,hanya terbaring lemah di katil...ibu sudah hampir seminggu tidak pulang...saya lapar sangat... sahabat baik saya juga sedang lapar namun ternyata dia lebih penyabar daripada saya yang sering merungut...

   diariku,
Rasanya saatnya sudah hampir tiba...badan sahabat saya sudah mulai menggigil namun ibu masih belum pulang...ke mana ibu pergi???saya benar-benar perlukan ibu tapi kenapa ibu tiada???saya juga dapat merasakannya kerana sahabat baik saya itu tidal lain tidak bukan ialah diri saya sendiri...apapun terima kasih ibu kerana sudi melahirkan saya ke dunia ini...saya sayang ibu...

      Air mata Maria mula menitis laju.

'maafkan ibu,Humaira'


p/S;hargailah sesuatu sementara masih mampu...

Thursday, March 8, 2012

pesanan buat muslimah tersayang....





moga-moga menjadi renungan buat kita semua dalam menjadi muslimah sejati dan diredai Ilahi...
insya Allah...

nikmat oh nikmat...

salam buat semua...

hari ini saya ingin berkongsi tentang cerita salah seorang daripada sahabat adik saya yang menghidapi masalah pendengaran...pada mulanya dia menyangka itu hanyalah perkara biasa namun jangkaannya meleset apabila gegendang telinganya disahkan koyak dan dia perlu menjalani pembedahan...jika tidak kemungkinan besar dia akan kehilangan deria pendangarannya buat selama-lamanya...masya Allah,cuba bayangkan betapa susahnya untuk meneruskan kehidupan ini tanpa mendengar apa pun...dunia ini ibarat sepi tanpa satu suara pun...semuanya seakan bisu pada pendengaran kita...

dan itu membuatkan saya mula terfikir betapa besarnya nikmat yang dikurniakan Ilahi walaupun hanya pada sepasang telinga...ianya cukup-cukup bernilai...bersyukurkah kita dengan semua kurniaan ini???dan seandainya kita mengatakan kita bersyukur apakah buktinya???semua perkara memerlukan bukti yang kukuh dan penjelasan yang padat...bukankah begitu???

jika dunia hari ini memerlukan bukti yang kukuh dan benar sebelum menetapkan sesuatu keputusan apatah lagi Allah,Pemilik dan Penguasa seluruh alam...tetapi Dia tidak sekejam itu malahan sering menerima hamba-hambanya walau dalam keadaan apa sekalipun...namun sedarkah kita akan kebenaran itu???

berbalik kepada persoalan nikmat tadi rasanya tidak akan pernah habis untuk dibicarakan kerana terlalu banyak untuk dihitung,dibilang mahupun ditulis...

apa yang penting mari kita sama-sama merenung dan memikirkan sejauh mana kita menggunakan nikmat yang diberikan...

wallahualam...



Wednesday, March 7, 2012

sudah bersediakah untuk KEMBALI???

salam 1 agama buat semua...

hari-hari yang berlalu dirasakan semakin pantas berjalan hinggakan saya sendiri tidak menyedarinya... semakin lama usia ini semakin bertambah,...namun hati saya masih gusar memikirkan tentang perjalanan hidup ini...
entahlah,terasa masih belum mampu melakukan apa-apa untuk berbakti kepada agama Islam...

tapi walau apapun kita mesti selalu memandang ke hadapan...dalam apa jua yang kita lakukan, berusahalah sedaya yang boleh dan kemudian berserahlah kepada Ilahi kerana Dia lebih mengetahui segalanya...ya, mungkin kita rasa itu yang kita mahu dan itu yang terbaik untuk kita tapi mungkin juga kita harus sedar yang hanya Allah yang tahu apa yang paling baik untuk hamba yang diciptakan-Nya...maaflah saya memang tak pandai sangat nak buat ayat bunga-bunga nie...just sebagai renungan dan mungkin juga peringatan untuk kita semua...

orang yang beriman akan selalu mengingati Ilahi tetapi kadang-kadang tidak dapat dinafikan sebagai seorang insan kita sering terlupa untuk mengingati-Nya,sering terlupa untuk bersyukur kepada-Nya,sering terlupa untuk merindui-Nya...tapi ternyata kasih sayang Dia tidak terbatas,Dia pasti akan memberikan kita ujian mahupun dugaan agar kita sentiasa kembali mendekatinya...

itulah kata kuncinya..'kembali'...

walau sejauh manapun kita melangkah,kita akan tetap kembali kepada-Nya...

persoalannya....sudah bersediakah kita untuk kembali kepada-Nya???
dan jawapan itu hanya ada pada diri saya sendiri dan anda semua...




Sunday, March 4, 2012

kasih ibu hingga ke syurga...

salam ukhwah! salam mahabbah!

bila melihatkan keadaan adik saya yang baru tinggal di asrama memberi saya seribu satu rasa...rasa sedih tu memanglah...rasa kelakar pun ada...tapi walau apapun ibu kitalah yang paling susah hati...yelah..kalau boleh setiap saat nak telefon,tak boleh nak berenggang langsung...

saya pun macam itu juga..yalah bukannya pernah berpisah dengan keluarga...

bila saya fikir-fikirkan kembali tanpa saya sedari rupa-rupanya saya tertinggal untuk menilai sesuatu...

betapa besarnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya...sanggup berkorban demi kebahagiaan anaknya..
hati saya cukup-cukup terharu...saya juga mula terfikir apa yang pernah saya lakukan untuk membahagiakan ibu saya??rasanya tidak ada apa-apa yang besar mahupun istimewa...

pernah juga saya bertanya kepada ibu saya seandainya saya tidak mampu mendapatkan keputusan yang terbaik tetapi dia hanya menjawab kak long sudah lakukan yang terbaik...itulah yang penting...

saya terdiam...

betapa kasih ibu membawa ke syurga...


Saturday, March 3, 2012

kurindu pada-Mu

james melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya.ombak yang bergelora menghempas pantai. seakan mengerti gelora yang bersarang di jiwanya. dia mengeluh sendirian. suara kanak-kanak yang riang bermain langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya. fikirannya semakin jauh menerawang. semua yang dilakukan dirasakan tidak kena. ada-ada sahaja yang tidak berkenan dihati. entahlah,sejak akhir-akhir ini perasaannya sering terganggu.kemewahan yang dimilikinya langsung tidak mampu membuat hatinya tenang.sekarang,dia selalu saja mengasingkan diri.

dia dapat merasakan atmanya sedang menagihkan sesuatu tetapi apa? persoalan itu selalu membuatkan dia termenung.termenung kerana masih gagal untuk menemui jawapannya. dia masih memandang ke hadapan. kali ini lebih mendalam. begitu indah penciptaan laut ini.tetapi siapakah yang menciptakannya? semua benda pastinya ada Pencipta dan pastinya tidak terhasil dengan sendirinya. kepalanya mulai terasa sakit. dia memicit-micit kepalanya namun kesakitan yang dialaminya semakin mencengkam. terasa begitu perit sekali. pandangannya mula berbalam-balam.

***********************************************************************************
james membuka matanya. dia merasa begitu panas sekali.kelihatan api yang besar sedang menjulang-julang di bawahnya. badannya sudah berpeluh-peluh. tempat apakah ini? dia di mana?
'james,sekarang kau akan merasakan azab yang pedih kerana telah mendustakan Allah' suara itu kedengaran  jelas di cuping telinganya. dia mula ketakutan.dia menjerit meminta tolong namun suaranya seakan tersekat di kerongkong.

'tidak ada gunanya kamu menjerit. tidak ada sesiapa yang mampu menolong kamu melainkan Allah'

dia lantas terjaga.telinganya menangkap suara seorang perempuan sedang membaca sesuatu. begitu tenang hatinya. bacaan apakah itu dia tidak pasti. yang pasti itu bukanlah irama-irama yang sering didengarnya  di kelab-kelab malam dahulu. perempuan itu lantas berpaling ke arahnya. bibirnya spontan mengelopakkan senyuman.

"alhamdulillah,anak dah sedar. anak pak cik jumpa anak ni di tepi pantai.sudah hampir seminggu anak tak sedarkan diri."ramah lelaki itu berkata.

"siti,kamu tolong bawakan bubur untuk anak ini."

seorang perempuan keluar sambil menatang dulang.perempuan tadi. getus hatinya.

"tak mengapalah siti ayah ada kerja sebentar.kamu tolong tengok-tengokkan anak ini ya ?"perempuan itu hanya mengangguk.

"tangan awak belum sembuh jadi saya tolong suapkan." james hanya membatukan dirinya. perlahan-lahan perempuan itu menyuapkan bubur nasi kepadanya.tanpa disedari tangan james tertepis bubur itu dan akhirnya tertumpah di lantai.

"Allah!!!" james terpana tatkala mendengar kalimah yang terpacul itu. di luar jangkaan air matanya menitis laju. sebetulnya,dia sendiri tidak pasti mengapa dia boleh menitiskan airmata.perempuan itu terdiam.

"awak sakitkah?" james menggeleng

"si...siapa Allah?"tergagap-gagap dia menuturkan kata.




"abang." dia berpaling.

"ayah panggil.katanya ada hal yang nak dibincangkan."

"terima kasih.sekejap lagi abang pergi."Muhammad bin Abdullah. dia senang dengan nama barunya itu.sekarang hidupnya lebih terisi.baginya cukuplah cinta Allah buat dirinya. dia tidak perlukan yang lain. maafkan,abang siti. bukan niat abang untuk menolak namun dirasakan abang masih terlalu jahil dalam memiliki cinta Ilahi. biarlah abang begini. abang yakin andai ada jodoh antara kita pasti akan bersatu jua...


Tuesday, February 28, 2012

bahagiakah???

bercakap soal bahagia pastinya dengan yakin ramai akan berkata saya sudah menemui kebahagiaan...ada rumah besar,suami@isteri yang handsome@cantik,ada anak-anak yang cute,ada pekerjaan yang bagus dan macam-macam lagilah....tapi apa sebenarnya bahagia ni???ish2...susah jugak...lebih susah dari addmaths lagi...

bahagia itu subjektif...kadang-kadang daripada luaran kita nampak seseorang itu sangat bahagia dan gembira namun disebalik semua gelak tawa dan senda guraunya tidak mustahil terselit seribu kedukaan yang sedang menghimpit...

ikutkan pandangan mata,mata akan menipu,ikutkan pandangan nafsu sering melulu tapi jika kita ikutkan pandangan hati itulah yang hakiki..yang pastinya akan membawa kita kebahagiaan abadi...

tapi bukannya senang untuk mencari pandangan hati yang benar-benar ikhlas dan suci kerana hati kita sering kalah dengan hawa nafsu,sering tertipu dengan pandangan mata...

namun walau apapun,sentiasalah mencuba untuk mendekati Ilahi kerana kita tak akan pernah rugi...
cintakan Ilahi dan berusaha untuk melakukan hal-hal yang disukai-Nya sebanyak mungkin...
insya Allah,kita akan merasa bahagia...
kedengaran mudah tetapi untuk mengamalkannya tidaklah semudah itu tapi berusahalah selagi yang termampu kerana Allah menilai kepada usaha bukan pada hasilnya...
selamat berbahagia!!!

anda boleh melawati:



wallahualam...

5 target


  • membentuk peribadi muslim yang patuh kepada Islam secara menyeluruh.
  • membentuk keluarga yang Muslim
  • membentuk masyarakat Islam.
  • membentuk negara Islam.
  • membentuk semula sistem khilafah
anda boleh melawati:

Saturday, February 25, 2012

To Allah we return...

sememangnya hidup ini bukanlah seindah yang kita jangka...kerana ianya penuh dengan dugaan dan cabaran... dan semua itu semata-mata untuk menguji keimanan hamba-hamba yang di kasihi-Nya...Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya...terjemahan ayat al-Quran itu begitu mendalam ertinya namun diri ini bukanlah seseorang yang mahir dalam menafsirkan ayat-ayat Allah yang suci itu...namun yang pasti ayat itu banyak mengajar kita untuk terus bersabar,terus berusaha dalam melewati hari-hari yang sukar...

dunia hanyalah merupakan perhiasan yang tidak kekal...setiap apa yang terjadi dalam hidup kita...yang pernah kita lalui,tidak kira sama ada pahit ataupun manis pasti mempunyai hikmah disebaliknya...apa yang penting pegangan kita dengan janji-janji Ilahi yang sememangnya pasti...

mungkin pada awalnya kita akan merasakan sedikit perit dan sakit kerana kita semua hanyalah insan biasa yang memiliki kelemahan tersendiri...tapi jangan lupa kerana kita juga memiliki kelebihan yang tersendiri...asif jiddan kerana kali ini memang ketandusan idea untuk dikongsikan...

Allah did not promise that life would be easy but He did promise that He would be with you in every single step of our life as long as you want Him too...

syukran sahabatku,Ilya atas kiriman mesej yang begitu bermakna...

harap post yang terlalu pendek ini dapat menyuntik sedikit rasa insaf dalam sanubari diri saya dan anda semua...


sinarilah hidupmu dengan nur iman...

Tuesday, February 21, 2012

aku cemburu...


setiap kali merenung wajah adik lelakiku yang baru berusia setahun dua bulan itu,aku merasa cemburu.cemburu bila memikirkan betapa dia masih suci,masih belum ternoda dengan sebarang dosa.begitu jauh sekali dengan diri aku ini yang seringkali membuat dosa.diri ini sudah terlalu kotor dipaliti dengan maksiat.andai dibandingkan dengan pasir di muka bumi ini pastinya dosa aku melebihinya.

dosa...sesuatu yang paling ditakuti oleh semua manusia...namun bila aku melihat dunia hari ini,aku menjadi bingung.manusia seakan-akan langsung tidak mengenal erti apa itu dosa...kemungkaran dilakukan tanpa segan silu....ke mana hilangnya jati diri Muslim?seandainya beginilah sikap manusia sekarang,tidak mustahil jika satu hari nanti sudah tiada lagi nilai Islam di dunia ini...

ketika itu juga aku mula terfikir apa yang aku telah lakukan?adakah hanya sekadar berdiam diri dan menjadi penonton setia?aku menggeleng...betapa hinanya diri ini...jika tidak mampu berbuat apa-apa untuk Islam...

aku merenung lagi ke dalam diriku...