Alhamdulillah,aku selamat sampai ke rumah.Petang tadi kami berjumpa dengan kak naqibah usrah kami,Kak Ziana dan suaminya Abang Afiq untuk berbincang mengenai kem adik-adik tingkatan satu.Sepatutnya diadakan pada hujung minggu ini tetapi terpaksa ditangguh atas sebab-sebab tertentu.Memanglah rasa terkilan itu tetap hadir jauh di lubuk hati namun kami pasrah mungkin itu merupakan ujian daripada Ilahi yang pastinya akan lebih mematangkan kami semua...Aku pasti itu kerana kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan...
Sejurus selepas solat maghrib di surau berhampiran kami akhirnya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di ekspo.Meskipun itu tidaklah beberapa elok tetapi biasalah jiwa remaja...Aku sendiri tidak mampu menolaknya.
Kelihatan begitu ramai orang membanjiri kawasan ekspo.Aku tersenyum...Akal jahatku mula bertanya?Agak- agaknya adakah jika ceramah agama yang di adakan,orang ramai seperti ini juga akan hadir??
Apakah bukti cinta kita kepada Ilahi????
Aku sedar aku bukannya seseorang yang baik tapi kalau boleh aku ingin mengajak kita semua berfikir sedalam-dalamnya....
mungkin itu sahaja untuk malam ini....sama-samalah kita mengejar mardhatillah...
insya Allah...
No comments:
Post a Comment