moga2 barokah mendahului...

Saturday, March 3, 2012

kurindu pada-Mu

james melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya.ombak yang bergelora menghempas pantai. seakan mengerti gelora yang bersarang di jiwanya. dia mengeluh sendirian. suara kanak-kanak yang riang bermain langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya. fikirannya semakin jauh menerawang. semua yang dilakukan dirasakan tidak kena. ada-ada sahaja yang tidak berkenan dihati. entahlah,sejak akhir-akhir ini perasaannya sering terganggu.kemewahan yang dimilikinya langsung tidak mampu membuat hatinya tenang.sekarang,dia selalu saja mengasingkan diri.

dia dapat merasakan atmanya sedang menagihkan sesuatu tetapi apa? persoalan itu selalu membuatkan dia termenung.termenung kerana masih gagal untuk menemui jawapannya. dia masih memandang ke hadapan. kali ini lebih mendalam. begitu indah penciptaan laut ini.tetapi siapakah yang menciptakannya? semua benda pastinya ada Pencipta dan pastinya tidak terhasil dengan sendirinya. kepalanya mulai terasa sakit. dia memicit-micit kepalanya namun kesakitan yang dialaminya semakin mencengkam. terasa begitu perit sekali. pandangannya mula berbalam-balam.

***********************************************************************************
james membuka matanya. dia merasa begitu panas sekali.kelihatan api yang besar sedang menjulang-julang di bawahnya. badannya sudah berpeluh-peluh. tempat apakah ini? dia di mana?
'james,sekarang kau akan merasakan azab yang pedih kerana telah mendustakan Allah' suara itu kedengaran  jelas di cuping telinganya. dia mula ketakutan.dia menjerit meminta tolong namun suaranya seakan tersekat di kerongkong.

'tidak ada gunanya kamu menjerit. tidak ada sesiapa yang mampu menolong kamu melainkan Allah'

dia lantas terjaga.telinganya menangkap suara seorang perempuan sedang membaca sesuatu. begitu tenang hatinya. bacaan apakah itu dia tidak pasti. yang pasti itu bukanlah irama-irama yang sering didengarnya  di kelab-kelab malam dahulu. perempuan itu lantas berpaling ke arahnya. bibirnya spontan mengelopakkan senyuman.

"alhamdulillah,anak dah sedar. anak pak cik jumpa anak ni di tepi pantai.sudah hampir seminggu anak tak sedarkan diri."ramah lelaki itu berkata.

"siti,kamu tolong bawakan bubur untuk anak ini."

seorang perempuan keluar sambil menatang dulang.perempuan tadi. getus hatinya.

"tak mengapalah siti ayah ada kerja sebentar.kamu tolong tengok-tengokkan anak ini ya ?"perempuan itu hanya mengangguk.

"tangan awak belum sembuh jadi saya tolong suapkan." james hanya membatukan dirinya. perlahan-lahan perempuan itu menyuapkan bubur nasi kepadanya.tanpa disedari tangan james tertepis bubur itu dan akhirnya tertumpah di lantai.

"Allah!!!" james terpana tatkala mendengar kalimah yang terpacul itu. di luar jangkaan air matanya menitis laju. sebetulnya,dia sendiri tidak pasti mengapa dia boleh menitiskan airmata.perempuan itu terdiam.

"awak sakitkah?" james menggeleng

"si...siapa Allah?"tergagap-gagap dia menuturkan kata.




"abang." dia berpaling.

"ayah panggil.katanya ada hal yang nak dibincangkan."

"terima kasih.sekejap lagi abang pergi."Muhammad bin Abdullah. dia senang dengan nama barunya itu.sekarang hidupnya lebih terisi.baginya cukuplah cinta Allah buat dirinya. dia tidak perlukan yang lain. maafkan,abang siti. bukan niat abang untuk menolak namun dirasakan abang masih terlalu jahil dalam memiliki cinta Ilahi. biarlah abang begini. abang yakin andai ada jodoh antara kita pasti akan bersatu jua...


No comments:

Post a Comment