dia masih ingat lagi ketika dia baru mengenali Idham.Ketika itu jiwanya kosong,hidupnya hambar,atmanya seakan-akan mencari sesuatu.Tapi dia tidak pasti apa yang dicari.Kemewahan hidup yang dimiliki seakan tidak memberi apa-apa makna.Dia keresahan.Dia kebuntuan.
"jauh termenung."suara itu membuatkannya berpaling.lelaki yang menegurnya hanya tersenyum.mesra.wajah itu kelihatan begitu tenang.pandangannya masih terlekat di wajah itu.
"kamu ada masalah?"lelaki itu bertanya ramah.entah kenapa jiwanya sedikit tersentuh dengan keprihatinan lelaki itu namun mulutnya seakan terkunci menyebabkan dia hanya mampu berdiam diri.memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong.lelaki itu kembali bersuara.
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."Allah.buat pertama kalinya nama itu terpacul daripada mulutnya setelah sekian lama dia hidup.ketika dia berusia 6tahun,dia tidak pernah meninggalkan solat tapi itu semua dulu,sekarang sudah lain.Sudah lama dia tidak bersolat apatahlagi mengaji.
sejak dari itu dia mula mengenal Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Idham banyak membantunya.Dia mula memahami erti persahabatan yang semata-mata untuk mencapai keredaan Ilahi.Hidupnya mula disulami dengan kebahagiaan yang tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata.
namun sejak akhir-akhir ini dia dapat merasakan Idham semakin menjauhkan diri daripadanya.berkali-kali dia cuba menafikan perasaan itu tapi itulah kenyataannya.Idham sudah jarang datang melawatnya di pejabat mahupun di rumah.telefon tidak pernah diangkat.
hari itu dia dikhabarkan dengan satu berita.rupa-rupanya Idham mengalami masalah buah pinggang.kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi dan memerlukan penderma.mungkin Allah memberinya peluang untuk dia membuktikan betapa dia mencintai sahabatnya itu semata-mata kerana Allah swt.Yang pasti dia tidak perlu tahu hal itu...
keimanan adalah paksi,
bilamana kita mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
kita akan berusaha membuatnya bahagia,
dan berkongsi apa-apa sahaja agar dapat sama-sama melangkah ke syurga,
di saat dia gembira kita akan merasa senang,
di saat dia sedih kita akan merasa gundah,
itulah yang dinamakan sahabat...
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." surah Muhammad,ayat 7
moga2 barokah mendahului...
Monday, February 20, 2012
Saturday, February 18, 2012
langkahlah untuk berhijrah
5H
jadi bersama-samalah kita melestarikan erti persahabatan yang telah dibina...
salam ukhwah...
- HATI-kuat azam untuk insaf...
- HAMPIRI ORANG2 YANG POSITIF
- HINDARI ORANG2 YANG NEGATIF
- HAJAT-bermatlamat penting dan berazam untuk mencapai matlamat
- HIJRAH-bersama-samanya ada rahmat
jadi bersama-samalah kita melestarikan erti persahabatan yang telah dibina...
salam ukhwah...
palestin...nantikan aku
Kesunyian malam menggamit memoriku menerjah silam.Perlahan-lahan
mindaku semakin hanyut dibuai kenangan lalu yang pastinya tidak mungkin aku
lupakan. Keganasan manusia yang telah meragut nyawa kesemua ahli keluargaku
dengan rakusnya.Aku sering bertanya pada diriku,apakah di muka bumi ini hanya
ada aku dan ahli keluarga serta penduduk Palestin yang berjuang untuk Islam?Di
mana saudaraku yang lain?Yang berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad?
Aku jadi
penasaran.
Di saat itu,aku baru berusia enam
tahun.Apalah sangat yang aku tahu?Sekadar bermain pondok-pondok pada setiap
petang dan belajar mengaji pada waktu pagi.Kami sekeluarga hidup bahagia
hinggalah satu ketika,walid pulang dalam keadaan tergesa-gesa dan meminta kami
melarikan diri.Aku terdengar perbualan walid dan umi namun aku langsung tidak
memahaminya. Hanya satu perkataan yang masih kukuh terpahat di ingatanku.Zionis
laknatullah. Ya,aku pasti dengan itu.Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang
di telingaku suara-suara yang menjerit ketakutan.Masih terbayang-bayang
wajah-wajah yang menangis kesakitan.
“Umi mesti bawa anak-anak kita pergi
dari sini sekarang juga.Tempat ini sudah tidak selamat untuk kita
tinggal.”Jeritan walid mengejutkan kami semua.Walid berjeda seketika.
“Zionis laknatullah telah menyerang
kawasan kita.Mereka mahukan tempat ini.Mereka mahukan masjid al-Aqsa.”Umi sudah
mula menangis.Walid memeluk umi.Erat.
“Macam mana dengan abang?”Walid
hanya tersenyum sambil tangannya mengelus-ngelus rambut umi.
“Hidup abang hanya untuk berbakti
kepada bumi Palestin.Abang akan pertahankan masjid al-Aqsa.Jangan risaukan
abang.Kamu harus pulang ke Malaysia.Doakan abang syahid di sini.”Air mata umi
menitis semakin laju.Umi hanya mengangguk lemah.
Walaupun berat untuk umi tempuhi,umi
tetap tabah.Tambahan pula,umi sedang sarat mengandung.Sememangnya itulah
pengorbanan yang harus diberikan buat suami tercinta.Buat terakhir kalinya
walid mencium dahiku.Aku yang tidak mengerti apa-apa hanya membatukan diri.
“Abang janji dengan walid mesti jaga
umi dan adik.”Walid sempat berbisik di cuping telingaku.Anggukanku membuatkan
walid tersenyum.Peluru-peluru semakin lebat menghujani kami semua.Aku hanya
mengekori ibu sambil tanganku memegang erat tangan Hana.Satu-satunya adik
perempuanku yang baru berusia empat tahun.
Petang sudah mula merangkak ke
malam.Aku lihat ibu mulai kepenatan.Nafas ibu tercungap-tercungap.Aku juga
sudah keletihan kerana harus menggendong Hana.Kami berhenti rehat seketika.Kerana
keletihan,kami tertidur. Malang
tidak berbau kerana tentera Zionis Berjaya menemui tempat persembunyian kami.Di
depan mataku,umi diperkosa dan kemudian perut umi dibelah dan janin yang berada
di dalam perut umi ditarik keluar.Aku melihat umi hanya tersenyum sebelum
menghembuskan nyawanya yang terakhir.Jelas kedengaran kalimah syahadah di mulut
umi.
Tentera Zionis bertambah berang
dengan perlakuan umi yang sepertinya mengejek mereka.Tanpa perikemanusiaan
mereka memperkosa pula Hana.Air hangat mula mengalir laju membasahi pipi.Hana
meronta-ronta kesakitan.Aku tidak mampu melakukan apa-apa kerana kedua tangan
dan kakiku diikat.Mereka akhirnya mengacukan senapang di setiap penjuru tubuh
Hana.Di tangan,kepala, kaki dan perut.Dalam sekelip mata mereka melepaskan
tembakan.Bang!!!Darah memercik keluar.Badan Hana hancur berkecai.Aku
terduduk.Walid,maafkan abang.Mereka ketawa terbahak-bahak.Aku tidak pasti apa
yang berlaku selepas itu.Seingat aku,aku terjatuh dan kepalaku terhantuk batu.
HOSPITAL
SELAYANG,KUALA LUMPUR
Al-Amin melihat sekeliling.Kelihatan
walid,umi dan Hana sedang melambai ke arahnya.Umi sedang menggendong seorang
bayi.Adik.Aku bermonolog sendirian.Mereka hanya tersenyum memandangku.Walid
menghampiri lantas membisikkan sesuatu.
“Walid tak pernah salahkan
abang.Begitu juga dengan umi dan Hana.Kami sayang abang dan akan sentiasa
menanti abang di sini.”Walid mengatur langkah.Meninggalkan aku yang masih
kaget.Mereka semua akhirnya hilang disebalik cahaya.Al-Amin menangis
sepuas-puasnya.
“Alhamdulillah,adik dah sedarkan
diri.”Lelaki itu hanya tersenyum mesra kepadaku.Aku memerhati keadaan
sekeliling.Tempat ini begitu asing untukku.
“Adik jangan risau,segalanya
selamat.Berehatlah dulu.”Mataku terpejam semula.Rupa-rupanya aku sudah berada
di Malaysia.Lelaki tadi merupakan adik lelaki arwah ibukuMungkin ini yang
terbaik untuk diriku.
KEM
TAHANAN,GAZA
“Kamu yakin dengan keputusan
kamu?”Jeneral Hallens bertanya.Sinis.Ketawanya begitu mengjengkelkan.Tangannya
pantas menghalakan sebilah pedang di
leher walid.Sambil tersenyum,walid mengangguk pasti.Allahu akbar.Pedang itu
akhirnya memisahkan kepala walid daripada tubuhnya.Walid telah syahid.
☺ ☺ ☺ ☺
☺ ☺ ☺
Namun aku sedih sekali melihat
masyarakat di sini yang semakin alpa dengan kehidupan mereka.Hukum Allah sudah
tidak dihiraukan lagi.Yang ada hanya kehendak untuk memuaskan nafsu
serakah.Sungguh,aku amat kecewa melihat sikap masyarakat di sini yang langsung
tidak mensyukuri nikmat Tuhan.Tunggulah tuntutan daripada kami di padang
Mahsyar kelak.Aku nekad walau apapun yang terjadi,aku pasti kembali semula ke
Palestin.
“Palestin,nantikan aku.”
SECEBIS HARAPAN
Tanpa kusedari air mata tiba-tiba
bercucuran membasahi pipi.Suasana khali
seketika.Keriuhan para mahasiswa yang berada di sekitar seakan tidak
langsung memasuki ke dalam mindaku.Kisah silam mula melayari cepu fikiranku.Satu
demi satu peristiwa hadir di minda seperti sebuah skrin.Semakin menyesakkan dan
memedihkan.Begitu menusuk hingga ke relung hati.Cikgu Lee.Tiba-tiba nama itu
meniti di bibirku.
Madrasah Al-Islam.Pertama kali kakiku
melangkah ke sini,aku menggalas satu misi.Mencari ilmu sebanyak yang
mungkin.Sewaktu itu aku masih mentah,masih terkapai-kapai mencari erti
kehidupan.Aku berharap agar aku akan mendapat secebis harapan untuk meneruskan
perjalanan hidupku yang penuh dengan mehnah dan onak duri.
Pada mulanya keputusanku begitu
memberangsangkan.Setiap kali imtihan,aku akan dinobatkan sebagai pelajar
contoh.Aku begitu mengharapkan kepulangan ibu bapaku untuk bersama-sama
berkongsi kebahagiaan itu.Namun,aku semakin bosan untuk menanti dan terus
menanti.Jiwaku begitu dahagakan kasih sayang daripada mereka.Tidak dapat
kunafikan,kasih sayang nenek begitu melimpah namun kasih ibu bapa tiada
tandingannya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya.
Kisah hidupku tidaklah begitu
menarik.Ayahku meninggal kerana terlibat dengan dadah.Sewaktu itu,aku baru
berusia sepuluh tahun.Bayangkan pada usia yang sebegitu muda aku terpaksa hidup
dalam cemuhan masyarakat.Aku hanya tinggal berdua bersama ibuku sehinggalah
hadir seorang insan yang ku kira sebagai penyelamat ke dalam hidup kami.Uncle
Chen.Tulus,aku amat menyenangi sikapnya yang peramah dan mudah mesra.Senang
cerita,Uncle Chen sudah kuanggap seperti seorang ayah.Namun,kedukaan menjengah
kembali ke dalam kamus hidupku.Uncle Chen melarikan diri bersama ibu ke
Thailand.Aku keseorangan.Kesepian.Mujur ada nenek yang mampu mengisi kekosongan
itu walaupun tidak sepenuhnya.
Aku dapat merasakan semakin lama aku
semakin hanyut.Alpa tujuanku datang ke sini.Aku inginkan kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang aku mahu tanpa perlu dikongkong oleh sesiapapun.Jiwaku
memberontak.Lepak,rokok,lumba haram
seakan sebati dengan hidupku.Litar mana yang tidak pernah aku jejaki?Lorong
mana yang tidak pernah aku tempuhi?Juara Rempit.Gelaran itu sudah sinonim
dengan hidupku.
“Mir,jadi tak malam ni?”aku
mengangguk.
Malam ini merupakan penentu kalau
kehebatan aku di litar lumba memang tidak boleh ditandingi.Aku memang pantang
dicabar.Malam itu,seperti biasa aku .Aku tersenyum puas.Tiba-tiba telingaku
menangkap suatu bunyi yang begitu membingitkan.Aku terdiam.Polis!!!Peluh dingin
mula memercik di dahiku.Dalam kekalutan,aku dapat merasakan aku telah melanggar
sesuatu.Segalanya kabur dipandanganku.
“Amir,apa dah jadi ni?”lirih suara
nenek kedengaran di cuping telingaku.Aku melilau memandang sekeliling.Tempat
ini begitu asing di mataku.Disebalik gerigi besi yang memisahkan aku dengan
dunia luar.Nenek masih memegang erat tanganku.Diwajahnya tergambar
kekecewaannya padaku.Maafkan aku nenek.Pegangan nenek semakin mengendur.Nenek
masih mampu tersenyum ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.Aku
tergamam.’Ah,persetankan semua ini.Lepas ni kau bebas melakukan apa saja
Amir.’Keesokannya aku dibebaskan.Sejak itu merokok menjadi rutin
harianku.Pelajaran sudah lama aku tinggalkan.
“Amir,kamu sedar tak apa yang kamu
lakukan ini akan menjejaskan masa depan kamu sendiri?”
“Aku bahagia dengan hidup aku.Kau
tak perlu susah-susah habiskan masa layan orang macam aku ni.”Jawapan itu
membuatkan Cikgu Lee terdiam seketika.Dia menunduk.Aku masih tidak berganjak.Azan
Zohor mula berkumandang memecah kesunyian antara kami.Entah kenapa aku
merasakan diriku begitu kerdil di bumi ciptaan Tuhan ini.Air mataku mula
menitis membasahi pipi.Timbul rasa insaf di hatiku. Namun keegoan melangkaui
segalanya.
“Kalau tak ada apa-apa lagi aku
balik dulu.”Tanpa menunggu sebarang jawapan aku membuka langkah meninggalkan
ruangannya.
Bermula dari hari itu,Cikgu Lee tidak
pernah berhenti bertanya khabarku.Kadang-kadang dia akan memberiku
hadiah.Anehnya,hatiku terasa bahagia walaupun akalku masih belum mampu
menerima.Dalam diam,aku mula menyayangi Cikgu Lee sebagai seorang abang yang
selalu memberikan aku dorongan dan semangat untuk terus hidup.Namun perasaan
itu tidak pernah aku pamerkan kerana aku masih sangsi dengan keikhlasannya.
“Kau tahu tak sebenarnya Cikgu Lee
tu ada AIDS.Aku tak boleh nak bayangkan macam mana kalau penyakit tu
merebak.Aku tak nak jadi mangsa”.Dadaku mula berdegup kencang.Mail tersenyum
sinis memandangku.
“Biasanya,kalau orang yang ada
penyakit macam tu bukan orang baik-baik.Entah apa yang dia lakukan sampai dapat
virus tu.Mana tahu,depan kita punyalah baik,pijak semut pun tak mati tapi
rupa-rupanya penagih dadah macam ayah si Amir.Agak-agaknya orang yang rapat
dengan Amir semuanya kena musibah,tak hairanlah kalau mak sendiri tak nak
mengaku anak”.Mulut Mail semakin lantang berbicara.Aku terkedu.Kenapa mesti
diungkit hal yang telah berlaku?
Aku hanya mampu berdiam diri.Hatiku
hancur.Benarkah Cikgu Lee seperti itu?Aku tak sepatutnya mempercayai bangsa
lain.Pesan arwah datukku masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Seperti baru
semalam aku berbual dengannya. Aku mara ke ruangan Cikgu Lee.
“Aku benci kau.Kenapa kau buat aku
macam ni?Kau memang tak ada perasaan”.Aku melepaskan kemarahan.Segala barang
yang pernah aku terima aku lemparkan ke lantai.Hatiku puas.Menyedari kami
menjadi perhatian umum,laju langkah ku atur meninggalkan Cikgu Lee yang masih
terpinga-pinga.Aku sempat menoleh ke belakang.dia hanya memandangku dengan
pandangan yang kosong.Sejak itu aku langsung tidak berhubung dengan Cikgu Lee
sehinggalah suatu hari Cikgu Asmadi datang menemuiku di asrama.
“Amir,sebenarnya orang yang ikat
jamin awak hari itu ialah Cikgu Lee.Dia suruh cikgu merahsiakannya kerana takut
Amir akan salah faham.”Belum sempat aku membuka langkah,Cikgu Asmadi memaut
lenganku.Kemas.
“Kamu nak ke mana?”
“Saya nak jumpa Cikgu Lee.Saya nak
minta maaf.Banyak salah saya dengan dia.”
“Dah terlambat.”Dahiku mula berkerut
seribu, tanda tidak memahami apa yang Cikgu Asmadi perkatakan.Suasana khali
seketika.Aku masih menanti Cikgu Asmadi menyambung percakapannya.
“Dia dah tak ada.Dia tinggalkan kamu
sepucuk surat.Dia dah maafkan kamu.”Aku terduduk.Aku sedar aku telah silap
menilai Cikgu Lee.Cikgu mendapat virus HIV kerana telah menderma darah kepada
seorang mangsa kemalangan yang rupa-rupanya menghidapi AIDS. Pera/saanku begitu
sukar untuk diluahkan.Sedih,geram.Semuanya menguasai benakku.Air mataku mula
menitis laju.
Amir,
Cikgu minta maaf andai kehadiran
cikgu telah menyusahkan hidup Amir.Ikhlas cikgu katakan cikgu amat
menyayangimu.Mungkin cikgu terlalu mengikut perasaan dek wajahmu persis seperti
adik lelaki cikgu yang meninggal dunia dua tahun yang lepas.Majulah
Amir,buktikan pada orang lain yang Amir tak lemah.Cikgu yakin dengan kemampuan
kamu.Langit tak selalunya mendung,esok pasti cerah jua.
Salam sayang,
Cikgu Lee.
Aku
sudah nekad,pemergian cikgu bukanlah penyebab untuk aku berputus asa.Aku akan
buktikan aku boleh berjaya tanpa perlu bergantung kepada orang lain.Semangatku
untuk belajar mula membara. Pembelajaranku semakin baik.Aku telah mendapat 12A
dalam Peperiksaan SPM baru-baru ini dan ditawarkan belajar di Jordan dalam
bidang kedoktoran.
“Amir,jom bergambar”.Suara Hafiz
mengejutkan aku.Aku tersenyum cuma sebelum mengatur langkah menuju ke
arahnya.Terima kasih,cikgu,kehadiranmu memberikan aku kekuatan untuk terus
bangkit.Ilmu merupakan sesutu yang amat berharga.Segulung ijazah yang kugenggam
tidak akan kupersia-siakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

