moga2 barokah mendahului...

Friday, February 10, 2012

kerinduan ini

Hari ini entah kenapa aku merasakan benar-benar kesepian.Aku benar-benar seperti teraba-raba dalam terang. Jiwa ini terasa kekosongan,seperti dahagakan sesuatu.Ya Rabbi,aku benar-benar merindui-Mu.Kadang- kadang aku benci dengan diriku sendiri.Kenapa aku masih mengharapkan cinta@perhatian daripada manusia?Aku tahu cinta manusia itu tidak kekal namun kenapa aku masih mengharapkannya?Aku cuba untuk membuangnya, belajar untuk menerima seadanya tapi ternyata ianya tidak semudah yang aku sangkakan.Aku memang sedang berperang dengan perasaanku sendiri.Bila bersendirian begini,barulah terasa kalau cinta Ilahi itu yang paling bermakna dalam kehidupan ini.Walau apapun cinta kepada seseorang yang bergelar manusia tetap tidak dapat aku elakkan.Maafkan aku ,Ya Allah kerana terkadang cinta itu melebihi cintaku pada-Mu.Insan yang hina ini gagal untuk mencintai-Mu dengan sepenuh hati.Aku akan terus mencuba walaupun aku tahu ianya amat sukar.
Bantulah daku Ya Rabbi...

No comments:

Post a Comment