moga2 barokah mendahului...

Sunday, December 2, 2012

ujian itu perasa kehidupan




seandainya engkau merasa kesunyian,
jangan lupa engkau masih ada Tuhan,
seandainya semua insan mula tidak memahami,
jangan terlupa untuk mengadu pada Ilahi,
seandainya bahumu terasa begitu berat,
ketahuilah Dia sedang meninggikan darjatmu seandainya engkau tabah untuk mengharunginya.

ujian demi ujian yang datang akan mematangkan kehidupan kerana di sebalik ujian yang menghampiri episod kehidupan memerlukan kita untuk berfikir jauh ke hadapan dalam mencari penyelesaian.seandainya kita sudah berusaha semaksima mungkin seterusnya berserahlah pada-Nya kerana hanya Dia yang layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Marilah kita renungi kisah Nabi Yusof dan Zulaikha.Kerana terpikat dengan ketampanan Yusof,Zulaikha telah membuat fitnah sehinggakan Nabi Yusof telah dipenjarakan namun apakah yang dikatakan oleh Nabi Yusof:

"Ya Allah,seandainya berada di penjara adalah yang terbaik untukku,aku reda."
Betapa kukuhnya keyakinan seorang Nabi kepada Sang Pencipta.Sememangya kehidupan dan dugaan tidak dapat dipisahkan kerana itulah yang memberi rasa kepada kehidupan.Jangan pernah terfikir untuk melarikan diri dari medan perjuangan kerana Allah sedang menguji sejauh mana keyakinan kita.Kembalilah kepada Ilahi,Pemilik Cinta Yang Hakiki kerana itulah yang menjadi kunci segala penyelesaian.

p/s:moga2 mampu menenangkan hati yang sedang keresahan,minda yang sedang kebuntuan,diri yang tidak keruan.wallahualam
           

No comments:

Post a Comment