"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." surah Muhammad,ayat 7
moga2 barokah mendahului...
Friday, February 10, 2012
sejenak...
seketika kita merenung sekeliling.kelihatan sang suria sedang memancarkan sinarnya yang terang,pohon-pohon sedang menari lembut ditiup hembusan sang bayu ,kedengaran sang burung sedang menyanyi gembira,berkicau menggamitkan suasana.Aku tersenyum lagi.Bibirku lantas mengucapkan hamdalah,merafakkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan ini.Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di bumi Ilahi.Namun,apa yang aku lakukan untuk menunjukkan rasa syukur ini?Persoalan demi persoalan mula menjengah ruang minda.Semakin menyesakkan jiwa ini.Aku tertunduk.Terdiam seketika. SubhanAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment