moga2 barokah mendahului...

Saturday, October 3, 2020

DI SEBALIK 'RAHSIA'

 Tiada apa yang betul betul kita tahu, yang betul betul kita yakin akan terjadi seperti mana yang kita idamkan. Sejauh mana sempurnanya perancangan kita, mesti Allah akan akhiri dengan perancangan-Nya dan semua itu adalah rahsia. Rahsia yang kita sendiri tak dapat meneka, mahupun terjangkau dek akal kerana sehebat mana pun kita, setinggi mana pun pangkat kita, seluas mana pun ilmu kita, kita tetap hamba-Nya. Dia yang menciptakan kita, bahkan setiap aliran darah kita adalah milik-Nya. Setiap urat saraf kita dibawah penguasaan-Nya.

"Maka nikmat Tuhan-mu yang mana lagi ingin kamu dustakan."


Sebagai hamba kita sering tersasar, sebagai hamba kita sering terhenti, hati kira rapuh, ingatan kita sering alpa. Dalam pada semua nikmat Allah kita guna, satu saat Allah tak bagi sesuatu yang kita idamkan, kita terus buruk sangka. Hati itu raja dalam diri, andai rosak hati, maka rosaklah semuanya. Dan sebagai hamba, setiap saat tugas kita untuk menjaga hati agar tidak pernah lari jauh dari-Nya. Sucikan hati, nescaya hari-hari kita akan lebih indah.

TIGA PROSES BERSIHKAN HATI 

- Buang satu demi satu sikap mazmumah yang masih ada dalam diri

- Tanam satu demi satu sikap mahmudah ke dalam diri

- Kekalkan sikap mahmudah yang ditanam

Tidak ada yang pernah sempurna, apa yang mampu kita lakukan, sentiasa buat yang terbaik. Untuk menjadi baik, kita tak perlu ubah diri 100% dimata manusia, itu hipokrit namanya, tapi ubahlah dengan perlahan-lahan untuk sentiasa lebih dekat dengan Pencipta. Allah Maha Tahu sedangkan kita tak tahu apa-apa.

Salam muhasabah😊🌈🌈🌈

No comments:

Post a Comment