Alhamdulillah, duit itu cukup untuk membeli beberapa
kilogram beras. Dia tersenyum. Walaupun jauh disudut hatinya, dia sedih kerana
hasratnya tidak tercapai namun kesedihan itu tidaklah sebesar mana dibandingkan
dengan kegembiraan yang dirasakan sekarang. Sekurang-kurangnya dia dapat
membantu sesuatu. Dia tahu ayahnya terpaksa melakukan itu. Dia sentiasa faham
itu.
Sebaik sahaja kakinya menapak ke dorm, lantas dia membuka plastik
yang diberikan ayah tadi. Hujan-hujan macam ni mudah terasa lapar, bekalan
biskut di dalam locker semakin berkurang namun dia tidak mahu menyusahkan
ayahnya lagi. Matanya terpacak pada bungkusan nasi di dalam plastik tadi, dia
tersengih. Dia tahu emaknya tidak pernah lupa untuk mengirimkan nasi, selalu
saja ada kiriman makanan dari rumah hinggakan ramai kawan-kawan yang mengatakan
cemburu dengannya. Ibu bapa diorang selalu datang melawat dengan membawa
makanan dari luar ataupun bekalan biskut-biskut sahaja kerana tak sempat untuk
memasak. Kadang-kadang pernah juga dia mengajak ahli dormnya makan bersama.
Bukan main gembira diorang bila di ajak.
“Marilah makan, tapi masakan kampung jelah ye.” Sekelip mata
sahaja ketiga-tiga ahli dormnya sudah berada dihadapannya.
“Takpe, emak kau masak sedap weyh. Aku suka. Beruntung kau
dapat emak macam tu.” Dia tersenyum cuma. Ya, memang dia bertuah kerana
memiliki seorang emak yang sentiasa ingat pada keadaan dia, y sentiasa fikir
sama ada dia kenyang atau lapar, sama ada dia sihat atau sakit. Sejak dari
sekolah rendah dia dah terbiasa membawa bekal makanan ke sekolah. Tambahan, itu
adalah salah satu cara dia untuk berjimat.
Tapi kali ni dia cuma berseorang sahaja di dorm. Yang lain
semua keluar bandar, mencari bekalan masing-masing. Dia sahaja yang mengambil
keputusan untuk tidak keluar memandangkan duit yang tidak mencukupi. Usai
sahaja makan, dia bergerak ke meja, sambung menelaah buku. Dia cukup risau
andai dia tidak dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan nanti. Dia mahu membanggakan kedua orang tuanya. Oleh itu,
masa yang ada cuba digunakan dengan sebaiknya.
-bersambung-
No comments:
Post a Comment