moga2 barokah mendahului...

Tuesday, January 1, 2013

assalamualaikum tahun baru...

2013
pejam celik2 tahun baru sudah menjengah tiba.tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirainya,mempertemukan kita dengan tahun baru yang pastinya akan menjanjikan seribu satu dugaan dan cabaran yang memerlukan pengorbanan dan kecekalan jiwa untuk mengharunginya.

buat saya masa untuk tinggal di matrik pahang ini hanyalah tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi.masa berlalu begitu pantas.rasanya masih baru hari pertama ketika kaki saya melangkah masuk ke kawasan matrik ini.semua yang berlaku pastinya akan meninggalkan seribu satu kenangan dalam kamus hidup ini.seandainya anda ada membenci sesuatu peristiwa atau saat itu janganlah terlalu terlampau membencinya kerana satu saat nanti pastinya anda akan merindui saat itu.dan seandainya anda merasa sudah penat dengan sesuatu itu janganlah mengeluh kerana sebenarnya itulah yang akan mematangkan anda dalam mengharungi arus kehidupan kelak.semua yang terjadi dalam hidup ini bukanlah satu kebetulan tetapi inilah suratan dari Tuhan. hidup,mati,jodoh pertemuan...itu semua adalah ketentuan-Nya...takdir Allah tidak pernah salah tetapi kita yang sering tersalah menafsirkannya...kerana itulah perbezaan antara hamba dan Pencipta...

hamba sering tersilap dalam menilai.janganlah sesekali mengharap agar anda akan menemui seseuatu yang sempurna akan tetapi berusahalah untuk mencari kesempurnaan itu dalam diri anda dulu kerana mungkin ada yang anda terlepas pandang.hakikatnya,tidak ada satu pun yang sempurna di dunia ini melainkan junjungan agung kita Nabi Muhammad saw.peribadi beliau adalah yang paling agung.

janganlah juga berfikir kalau andalah manusia yang paling banyak diuji kerana pastinya masih ada ramai lagi manusia yang menanggung ujian lebih berat dari anda.bagi saya setiap manusia itu diuji dengan sesuatu mengikut kemampuannya dan kerasionalannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu.Allah mempunyai cara yang tersendiri untuk menguji hamba-Nya.

akhirulkalam,moga2 post kali ini dapat memberikan kita sedikit manfaat untuk meneruskan perjalanan.salam ukhwahfillah.

Ibnu Mas'ud berkata:
"perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah..."

salam amul jadid 2013

No comments:

Post a Comment