moga2 barokah mendahului...

Wednesday, January 22, 2014

..................................



Menyayangi seseorang tak semestinya untuk disayangi kembali.Setiap insan yang hadir dalam kamus hidup kita semestinya akan mengucapkan selamat tinggal juga suatu hari nanti,sama ada cepat ataupun lambat,meskipun pahit namun itulah kenyataan yang harus ditelan.Pesimiskah untuk berfikiran seperti itu?Entah,aku sendiri tak mengerti kerana pengalaman benar-benar mengajar aku untuk tidak terlalu berharap pada sesiapa.Walau betapa sayang sekalipun kita kepada seseorang tak mustahil dialah orang yang pertama akan menuding jari ke arah kita kerana hati manusia mampu berubah sekelip mata tanpa kita mampu untuk menduga.
Lumrah manusia untuk menghargai sesuatu itu apabila telah kehilangan sesuatu.Mungkin kita tidak perasan dengan kehadirannya disisi,kita tidak perasan dalam diam kita telah melukainya,akhirnya bila dia tiada disisi kita akan mula terasa kehilangan.Saat itu kita akan menyesal dan akan berkata pada diri sendiri, “Kalaulah dia berada disisi aku sekarang,pastinya aku akan memberitahunya betapa aku sangat sayangkan dia.” Tapi saat itu kita hanya mampu menangis dan menangis kerana dia telah pergi jauh.
Mengucapkan sayang itu mudah tapi tak semudah untuk menyayangi.Untuk menyayangi memerlukan pengorbanan kerana tak semestinya kita juga akan disayangi.Menyayangi bererti kita semestinya bersedia untuk memberi bukannya hanya menunggu untuk diberi.Sejauh mana kita akan disayangi bukannya persoalan tapi sejauh manakah kita telah menyayangi.Memetik kata Hilal Asyraf dalam novel Sinergi, “Tak penting apa yang sahabat beri pada kita tapi lebih penting apa yang kita beri pada sahabat.”
Apapun,walau sayang mana kita pada sesuatu jangan pernah melebihi sayang kita kepada DIA yang telah menganugerahkan rasa sayang dalam hati kita.Kerana DIA kita tahu bagaimana rasa sayang itu,kerana DIA kita tahu bagaimana untuk menyayangi dan kerana DIA juga kita belajar bagaimana untuk menghargai sesuatu.Kadang-kadang DIA jauhkan sesuatu yang kita sayang kerana mahu kita belajar untuk menghargai dan pada masa yang sama menyedari yang kasih-sayang DIA yang kekal abadi untuk kita bukannya sesuatu yang kita sayang itu.
Jadi,kalau kita inginkan kasih sayang kita berkekalan,jadikanlah keimanan kepada DIA sebagai paksinya.Jika kita menyayangi kerana sesuatu kerana DIA,kita tidak akan mengharapkan balasan dari sesuatu itu kerana kita yakin dengan balasan dari ALLAH.Balasan dari DIA itu lebih berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan balasan dari manusia.
Jom berkasih-sayang kerana ALLAH.

Thursday, December 12, 2013

MUSLIM UNITED

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya sudah lama tangan ini tidak menulis.Terasa diri ini begitu banyak kekurangan.Kadang-kadang terasa begitu tidak kuat untuk meneruskan langkah,terasa ingin saja aku mengalah,berhenti di tengah jalan.Namun setiap kali rasa itu hadir,Allah hadirkan jua sesuatu untuk menyedarkan diri ini dari mimpi.Membawa aku ke jalan-Nya.Baiknya Allah,meskipun kadang2 aku melupakan Dia tapi tetap berikan aku segala nikmat.

Semalam aku mengikuti program MUSLIM UNITED.SUBHANALLAH,hati ini benar-benar terharu dengan kehadiran seorang non-muslim yang bagiku cukup2 istimewa,dengan lantang dia menerangkan mengenai ikhtilat.Malahan,dia juga berazam untuk melabuhkan lagi pakaiannya untuk menutup aurat. Allahuakbar,di saat umat islam sendiri mempertikaikan tentang islam masih ada lagi insan lain yang mencintai dan mengagumi Islam,benarlh Islam tidak pernah jatuh meskipun tidak mendapat sokongan daripada sesiapa tetapi kita yang akan jatuh tanpa Islam,Ya,itulah hakikatnya.

Nikmat Allah begitu banyak untuk kita persoalkan perintah dan larangan-Nya.Jadi sebenarnya kita yang rugi jika kita menolak Islam.Fikir-fikirkanlah kerana kita juga satu masa nanti akan bertemu dengan-Nya.

Wallahualam

Friday, September 20, 2013

some words....

sahabat,
entah kenapa kali ini hati ini begitu perit,
pedih sekali untuk aku menelan kata-katamu,
betapa jahatnya aku dimatamu,sahabat,
biarlah,
manusia boleh berkata apa sahaja,
engkau boleh membenciku,
namun,
apa yang pasti,
DIA lebih mengetahui segalanya,
diri ini tak pernah berhenti menyayangimu,
kerana,
aku cinta padamu hanya kerana-NYA,
moga2 engkau bahagia selalu.

Friday, September 13, 2013

ku rindukan-Mu

alhamdulillah...sungguh indah kurniaan Allah,,

ada saatnya kita akan merasa kesunyian sangat2,
tapi mungkin DIA ingin memberitahu DIA sentiasa ada untuk kita,
ada saatnya kita akan merasa sedih sangat2,
tapi mungkin DIA ingin memberitahu DIA rindu untuk mendengar kita mengadu pada-NYA,
ada saatnya kita akan merasa kehilangan seseorang yang tersayang,
tapi mungkin DIA ingin menegur kita bahawa kasih sayang manusia itu tidak kekal,

when we feel sad,just look at the blue sky,
remembered to HIM,
ISA we will feel so calm,

lets change ourself...
DIA sentiasa ada untuk hamba2-NYA...